KTMB Wifi

Salam semua. Kat post ni gua nak kasi berita gembira ( siapa tak gembira kalau dapat benda free ) dimana abe NoktahHitam @ Edwin kita dapat peluang membuat proposal untuk bagaimana nak meramaikan lagi jumlah pengguna train KTMB ni dan salah satu proposal nya adalah WiFi Percuma Didalam Train KTMB. ;-)

Mengikut perkhabaran abe NoktahHitam semalam kepada gua dan Azman Ishak di Restoran Ali Maju, Setiawangsa, benda ni berkemungkinan akan dilaksanakan dengan kerjasama Celcom. Sekarang ni abe NoktahHitam melakukan survey untuk menyokong proposal dia yang bakal di submit mungkin di awal bulan jun. Tapi selepas jun pun kalau sesiapa nak jawab survey ni masih boleh, tiada dateline kata abe NoktahHitam. :up:

Sila klik link ini untuk menjawab survey ringkas NoktahHitam.

Meh la kita sama sama membantu menjayakan projek ini insya-Allah. Siapa tahu satu undi anda dapat memberikan kemudahan kepada semua pengguna train satu hari nanti kan?

p/s : Terima kasih jugak kepada abe NoktahCinta ehh silap NoktahHitam sebab blanje gua teh 3 layer, teh ais n nasik gorek mamak. Katanya gua student muda kachak lagi, sian dia tengok aku haha.

Okay ‘muda kachak’ tu gua yang tambah. :crazy:

Tiba tibaa je terbau nasi minyak, apakah? :P

pss : Perlukah gua bukak mulut tentang gadiscomel.com? Hehehe :naughty:

Random Posts