Pada pagi khamis 13 Ogos 2009, kita telah dikejutkan dengan berita tergempar iaitu perginya seorang Ustaz Asri yang terkenal dengan kumpulan nasyid ‘Rabbani’

Kecoh sekejap twitter gua pada jam 12 tengah hari tadi,masing masing sedang bertwitter tentang kesahihan berita mengenai Ustaz Asri yang meninggal dunia. Segera gua bukak akhbar-akhbar online,utusan malaymail metro harakah berita harian semua gua terjah.
Ternyata betul apa yang dikatakan di twitter,bahawa Ustaz Asri telah meninggal dunia pada jam 11 pagi 13 ogos.
Ustaz Asri atau nama sebenarnya Mohamad Asri Ibrahim adalah vokalis utama kumpulan nasyid yang meningkat naik dengan lagu lagu terkenal beliau antaranya ialah intifada, pergi tak kembali, qiblat, maulana, nawaitu, iqrar, anak soleh dan banyak lagi.
Berita tersebut telah diwar-warkan di laman web Harakah Daily.
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) – Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.
Berita yang tersiar di laman tersebut memberitahu pemergian Ustaz Asri ketika membuat persembahan di RTM. Ustaz Asri telah pergi meninggalkan kita kira-kira jam 11.15 pagi.
Allahyarham yang berusia 40 tahun rebah semasa menghadiri program SYAHADAH musim kelima terbitan RTM di Angkasapuri. Allahyarham yang berasal dari Klang,Selangor meninggalkan seorang balu,Halizah Shahzan dan enam orang anak. Jenazah akan dikebumkan di Tanah Perkuburan Islam MBSA Seksyen 21 Shah Alam,selepas solat isyak. Dia dihantar ke Hospital Pantai untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut saksi, Allahyarham jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia. Ustaz Asri meninngal dunia di tempat kejadian selepas jatuh dan tidak sedarkan diri.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
Sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Ustaz Asri.

alfatihah….begitulah kehidupan.
.-= safar´s last blog ..Google cuba ambil alih YOUTUBEISLAM =-.
[Reply]
blowie Reply:
August 15th, 2009 at 3:24 am
betoi,apa saja yg hidup pasti akan mati
[Reply]
al-fatihah.
[Reply]
blowie Reply:
August 15th, 2009 at 3:31 am
amin~~
[Reply]
al-fatihah
[Reply]
blowie Reply:
August 15th, 2009 at 4:02 am
susah lg ke nk komen kat blog aku? lambat respon eh?
[Reply]
al-Fatihah…
sesungguhnya pemergian arwah merupakan suatu kehilangan yang besar dalam industri nasyid.semoga arwah aman di sisi Allah s.w.t & ditempatkan bersama-sama orang yang beriman…
amin…
.-= Pria Pujangga Studio´s last blog ..OST: John Ottman – Orphan =-.
[Reply]
blowie Reply:
August 21st, 2009 at 1:55 am
1 kehilangan besar nih
.-= blowie´s last blog ..Askar sanggup atau terpaksa mati di medan perang? =-.
[Reply]
Pria Pujangga Studio Reply:
August 21st, 2009 at 6:46 am
Semestinya…raihan sorang dah pergi,hijjaz sorang dah pergi dan skrg rabbani sorang jugak dah pergi. Subhanallah…kuasa Tuhan semua tu…
.-= Pria Pujangga Studio´s last blog ..Movie: West Of Brooklyn =-.
[Reply]
al-fatihah kawan mak aku kenal rapat dgn dia.
[Reply]
blowie Reply:
August 21st, 2009 at 1:56 am
lama ko tak mengomen disini
.-= blowie´s last blog ..Askar sanggup atau terpaksa mati di medan perang? =-.
[Reply]