AirAsia from KL to Ujung Pandang,Indonesia by tengkuaizat.com.
Cuaca semasa dalam perjalanan ke Indonesia.

Fuhh, dah seminggu lebih blog gua bersawang. Al maklum aje la, gua dah pi Indonesia selama seminggu. Dekat indonesia, speed internet dia jauh lagi rendah dari Malaysia dari segi kestabilan. Speed tenet diaorang memang laju,tapi tak stable. Guna wired macam guna wireless. Hasrat gua untuk tengok live streaming Sukan SEA bolasepak final Malaysia vs Vietnam terkubur begitu je. Apa pun tahniah buat team Malaysia, berjaya jugak dapat emas walaupun dikritik hebat. Kasi gam sket mulut2 busuk tuh.

Gua ke Indonesia menaikki AirAsia yang menyediakan penerbangan terus ke Ujung Pandang,Makassar. Tak perlu lagi transit² ke Jakarta dulu. Mudah dan senang,hehe. Thx to AirAsia pilot,Kapten Chandra Mohen yang berjaya membawa gua ke Indonesia dengan begitu cool sekali. :D

Iklan Airasia by tengkuaizat.com.

Semacam je iklan AirAsia ni,haha!
Flavour of the day? Tiffany Ong ^_^

Gua ke Indonesia bukan semata mata untuk bercuti, tapi lebih kepada menghadiri majlis graduasi kakak gua. Dia dah jadi dokte,haha. Universiti Hassanudin @ Makassar menjadi tempat pertapaan kakak gua selama 5 tahun ++. Sekarang semua dah selesai,huhu.

Congratz! by tengkuaizat.com.
Student2 Malaysia di Universiti Hassanudin,Makassar Indonesia yang berjaya tamatkan degree diaorg. Semua sekarang bergelar dokte :D


Setelah settle semua perkarang tentang kakak gua, baru la puas nak bercuti. Memang betoi2 lepas geram,haha. Kakak gua bawak 1 family pi ntah mana2, macam2 tempat dia heret kami.
Masa mula-mula sampai, kami dah pun dinasihati supaya tidak makan di kedai sebarangan. Kedai disana bukan macam kat Malaysia,kalau kedai melayu pun belum tentu halal. Masuk kedai nampak pakai sopan tutup litup,nama melayu sume tapi rupanya tu kedai Buddha. Memang susah nak bezakan,so kena hati hati.

.

Kalau nak cari makanan halal di Indonesia, pergi je ke kedai Minang. Dah tentu makanan dia halal,kata kakak gua la.

Style Kedai Masakan Padang by tengkuaizat.com.
Kedai Minang masakan Padang, masuk je kedai ni gua terus ingat Sickchild. Haha.

Dia je yang tau kenapa :P

Gua letak je bontot kat dalam kedai ni, terus bersepah lauk dia letak atas meja. Baru nak sound sket, masa bila la plak gua order segala ikan tongkol ni. Rupanya kedai Minang memang macam tu, dia hanya akan charge makanan yang ko makan sahaja. Bagus bagus baguss. Cisdel punya kakak, bukan nak bagitau awal². Hehehe.

Aku tamak by tengkuaizat.com.

Gua memang tamak,dah dapat teh o free pun still nak guk jus tembikai susu. Hehehhe.

Harga masakan padang by tengkuaizat.com.
Ni harga makanan dekat Indonesia, ribu ribu beb!


Lepas habis makan, kami semua ke Karebosi.

Karebosi Makassar by tengkuaizat.com.
Atas padang bola, bawah tanah shopping mall!

Segala macam mak nenek ada kat Karebosi ni, tapi peniaga kat sini demand gila. Seperti di Malaysia, bidang perniagaan di sini juga dikuasai oleh kaum cina sebenarnya! Cuma cina nama indonesia. Contoh terbaik, Agnes Monica :P

Ada satu kedai tu, terang2 ada tanda harga. Sbb dia tau muka kacak gua ni pelancong, dia terus padam tanda harga cepat². Pokemon betoi. Kedai tu nama Matrix Communication tapi jual kain,hhahaha. Dalam Karebosi ni ada satu kedai makan special,KoziCozy!
Sistem kedai makan tu senang je, ko beli makanan menggunakan kad KoziCozy, bila dah abih kredit ko bole pi topup. Lebih kurang card touch n’ go la. Cuma dia di implementasi kepada kedai makan bersistemkan food court. Harga? Boleh tahan mahalnye.

Nasi Ayam by tengkuaizat.com.
Kat Malaysia makan nasik ayam, atas flight makan nasik ayam, dah sampai indon pun makan nasik ayam. Cehh.

Tropicana Aiskrim by tengkuaizat.com.
Aiskrim bersama buah2 tropika,tak sedap. hahahaha,gua tak suka buah pelik2.

Gua suka makan aiskrim kosong adjer :P

Aiskrim bersama cokelat by tengkuaizat.com.

Aiskrim bersama cokelat bakar,Cokelat tu dibakar di sekeliling gelas. So dia keras kat gelas. Sedapp.

Dah habis puas melantak macam macam, kami semua berangkat la pulang. Selama 1 minggu gua ada kat sana, gua tengok kereta sini majoriti guna MPV/4×4 punya kereta. Jalan sana berdebu,selut penuh merata rata dek kerana pembangunan. Majoriti perangai orang sana suka kencing + ludah merata rata. Dan yang paling best kat sini semestinya pengangkutan awam dia! Ko keluar la pukul berapa sekali pun tak perlu risau akan masalah tiada public transport. Teksi diaorang pakai Toyota Vios siot! Ada yang guna Wira,Waja,Kia dan lain lain. Kereta lain lain tapi harga semua sama,flat rate!

Selain teksi, ada lagi satu public transport yang memang famous kat sana. Di panggil ‘angkutan kota’ atau lebih dikenali sebagai ‘Petek-petek’, van berwarna biru ni sentiasa ada dimana mana. Harga jauh lagi murah dari teksi, dan lagi mudah dapat dari teksi. Pintu van tu tak pernah tutup,haha. Siapa yang bercadang nak ke Indonesia, pi la try naik petek petek. Hehe. Atas jalan raya,paling maksimum speed pun dalam 60km/h sahaja. Sebab apa? memang tak boleh nak drive laju laju, jalan diaorang jem gila. Kalau kat Malaysia,jalan 3 lane tu mmg akan jadi 3 lane sahaja. Tapi kalau kat Indonesia, selagi jalan 3 lane tu boleh muat jadi 6 lane, selagi tu diaorang redah. Macam mana moto menyelit dalam jem, macam tu la kereta kat sana. Lagi otai!

Lagi 1 perangai yang agak pelik diaorang ni,bawak kereta kompem ada hon. Tak pernah lagi gua naik teksi yang takde tekan hon. Perangai drebar teksi sini lain, dia kalau boleh nak hantar lagi cepat lagi bagus. Kalau kat Malaysia, teksi slow macam siput. Nak untung la katakan. Kat Malaysia tu kalau hon dan lebih kepada marah,tapi di indonesia tidak. Hon tu digunakan untuk alert orang lain. Kalau dia nak mintak jalan ke,dia takkan bagi highbeam. Dia akan tekan hon je, dan kereta lain tak marah pun. Lagi bagi dia jalan ada la.

Masa hari last di Indonesia, gua dalam teksi on the way back home. Bila teksi tu dah sampai ke destinasi je, tetiba gua dengar bunyi…
Atukkk! Ohh Atukkk!

Gua dengan kakak dah check handphone masing², sapa pulak yang guna ringtone Upin Ipin ni haa. Skali drebar teksi punya henset daaa. Muahahaha,bangga jap kat dalam teksi :P
Di Indonesia, Upin Ipin adalah rancangan Malaysia yang paling dapat sambutan! Dari patung hingga ke baju Upin Ipin bersepah kat sana.

Di Indonesia jugak, cerita selain bahasa Inggeris akan di translate bahasa ke bahasa Indonesia. Sangat tak best! Sebab apa dia tak letak subtitle je? Orang Indonesia kebanyakkannya masih belum boleh baca T__T. 1st time gua tengok Bruce Lee dalam cerita The Big Boss cakap Indon,muahahaha. Rakyat Indonesia sangat la mementingkan negara bangsa diaorang. Pantang dicubit pasti melenting. Signboard iklan diaorang semua berbahasa Indonesia,JANGAN HARAP NAK JUMPA TULISAN CINA,TAMIL dan sebagainya!

Dah habis cerita shopping,sekarang cerita mandi manda plak!
Pulau Samalona, Makassar!

Permandangan pulau samalona by tengkuaizat.com.

Kalau korang nak pulau pantai secantik bali tapi takde bau colok hindu,pulau samalona di Makassar adalah jawapannya :D

Nak pergi ke pulau ni kena naik bot selama 20 minit dari tanah besar. Hari gua pergi tu cuaca tak berapa baik,dalam perjalanan tetiba hujan lebat. Cuak jugak beb! Dalam bot nelayan kecil + bumbung tanpa dinding, hujan lebat gila kat sekeliling. Tak nampak apa apa pun,cuma kelabu asap je. Ombak besar gila plak tu,fuhh. Pengalaman yang memang gua ingat. Sampai je kat pulau Samalona ni, gua dah basah lencun. Belum mandi lagi dah basah, ape kes? haha.

Peace! by tengkuaizat.com.

Gua dan dokte berlagak bos,muahahaha

Si Kachak by tengkuaizat.com.

tengok air laut dia,siyes best siot!
1st time aku mandi pantai berenang dengan ikan laut yang penuh colorful!

Jangan Salah Faham by tengkuaizat.com.
Gambar ni sebenarnya aku nak tumbuk camera yang aku tengah record. hehe,bukan tayang body naa :P

Pendek kata, memang berbaloi la pi kat pulau ni berbanding korang pi bali. Pantai cantik gila, tapi ramai taktau. Kalau kat bali tu dah crowded sgt. Dan orang kat pulau ni tersangat lah humble, kadang kadang aku terasa dilayan macam raja pulak dah. Depa ni hidup susah, so depa tak sombong. Siap masak segala bagai untuk family gua. Thx to Ibu Lina, jasamu akan ku kenang :D

Siput besar yang dikedai berharga RM500++ boleh dapat free je kat sini. Tapi hari tu gua tak boleh nak bawak balik sebab beg semua mmg dah full load + cuaca laut sangat tak elok.
Dari coral hidup hingga coral yang dah mati semua korang boleh dapat kat sini,memang priceless wa cakap lu.

At pulau samalona by tengkuaizat.com.
Adik beradik bahagia,haha.
sorang tertinggal kat Malaysia :P

Ahahaha,sepanjang gua ada di Indonesia, tiap tiap malam gua call awek Malaysia. Package prepaid sini jaul lebih murah dari Malaysia. 500 rupiah boleh 300 sms, 1 ribu rupiah baru dalam 45sen. Hahaha. Kalau gua guna nombor Maxis kat Indonesia, 1 sms RM2 dan 1 minit RM2.50sen untuk call. Bapak mahal. Di Indonesia juga, call lagi murah dari sms. :P

Ini la sedikit sebanyak pengalaman gua di Indonesia, tak larat dah. Gua nak tido. Mat malemmm,mat bobooo (Slamat malam,slamat tidur :P )

p/s : Lagi gambar di FlickR

pss : Ada satu kedai makan nama D’cost di Pannakkukang Mall, ambil order guna PDA Ipaq HP je siot! Setiap pekerja ada 1 PDA! Shit Sweet la!

Posts yang berkaitan