malaysia vs korea selatan 25 julai 2010

[Ulasan Bolasepak] Malaysia vs Korea Selatan 25 Julai 2010

Tahniah kepada pasukan Malaysia U23 yang berjaya menundukan Korea Selatan U23 1 – 0
Gol dari Safiq Rahim minit ke 50.

Salam semua. Seperti yang gua cakap pada post lepas, gua pergi ke stadium untuk menonton Malaysia vs Korea Selatan. Terima kasih kepada Astro Arena, gua pergi sana tak keluar satu sen pun. Mula mula perancangan gua nak bergerak dalam rombongan besar, tapi disebabkan masalah logistik dan peribadi, kami terpaksa pergi berasingan. So gua pergi berdua merempit dari Setapak sampai Bukit Jalil.

Sampai area Bukit Jalil, jalan jem gila. Tapi bukan sebab bola sangat pun, sebab clash dengan orang yang nak ke stesen bas bukit jalil. Ahahaha, saje je citer kasi gempak sket. Sampai kat stadium, awan dah mendung.

Stadium Nasional Bukit Jalil

Awan mendung, nasib gua baik sebab sampai sebelum hujan.

Sampai sana, selesai n seludup apa yang patut ke dalam stadium, gua jumpa budak budak Ultras Malaya dari HarimauMalaya.Com. Diaorang ni memang gua dah kenal sebab game game Malaysia sebelum ni pun gua memang lepak dengan diaorang. Sempoi je semua, kalau korang berhajat nak tengok game Malaysia kat stadium, jangan segan join diaorang. Tempat kebiasaannya diaorang akan duduk di Level 2 Opposite VIP or Level 2 Curva Opposite VIP jugak.

Jangan lu orang salah join pi duduk kat area banner tulisan pelik tu dah ler, lalalalala. ;)

Malaysia vs korea selatan 25 julai 2010

Game baru nak start, hujan lebat.

Okay, sedikit ulasan mengenai game dari gua yang tak seberapa ni.

10 Minit – Gua rasa Korea lambat panas. Malaysia mempunyai peluang terbaik pada minit ke-4 tapi tersasar ke kanan gol.

20 Minit – Game nampaknya makin rancak dan Malaysia semakin berhati hati untuk menyerang. Korea attack kiri kanan tapi pertahanan Malaysia kental. Patut di berikan pujian. Pergerakan kedua dua pasukan sedikit terbatas akibat hujan, padang sedikit licin.

30 Minit – Bola terkena anu Aidil Zafuan, dia senak dan mengurut urut pehanya seketika, demi masa depan bersama Rita Rudaini :P

40 Minit – Korea banyak attacking dari kiri, tapi pertahanan Malaysia cemerlang untuk buang bola walaupun ada dua percubaan Korea yang terkena palang gol. Satu daripadanya adalah tandukan dari corner kick. Malaysia kena improve lagi dalam bab ni.

Tamat separuh masa pertama. Semasa separuh masa pertama, memang dah nampak yang Safiq Rahim berjersey no 10 ni hardworking dan rajin. Dia banyak intercept dan curi bola dari opponent berbanding rakan rakannya yang lain.

49 Minit – Malaysia dapat free kick. Safiq Rahim ambil. Bola dapat di tahan pertahanan Korea dan berjaya dicuri semula oleh Safiq Rahim. Dia solo melepasi dua defender korea dan rembat. Malaysia memperoleh gol pertama. Semua sorak tak ingat dunia.

60 Minit – Zaquan ade peluang untuk passing bola ke tengah tapi dia nak beat jugak last defender korea, dan gagal. Ini pun perlu diberi tumpuan lebih sket, dalam erti kata lain, jangan tamak. If dia cucuk bola ke tengah, memang player Malaysia sorang je kat tengah tu tak di jaga sesiapa. Agak frust gua.

70 ~ 90 Minit – Malaysia mula berani mengasak lebih ke dalam base Korea, back line Malaysia naik tinggi. Korea cuba mempergunakan keadaan ini dengan long ball untuk bypass offside trap back line Malaysia. Ada 3~4 kali jugak Korea dapat melepasi back line, tapi pujian harus diberikan kepada pertahanan Malaysia yang dengan cergasnya turun ke bawah dan menutup gerakan Korea.

Permainan Malaysia agak sedikit goyah di hadapan pintu gol lawan, dengan dummy ball yang ‘kadang kadang jadi’ dan kecekapan defender korea intercept passing. Kelebihan Malaysia dalam perlawanan ini memang nampak dari awal permainan, iaitu counter attack n thru ball. Malaysia ada speed kiri kanan, tapi tak balance. Selalu attack satu side, so opponent macam dah dapat baca next movement player Malaysia.

Apapun, gua suka tengok player Korea terkapai kapai bila kena counter. Banyak kali jugak tadi bola rembat semua pergi direct kat goal keeper korea.

Memang tadi gua sorak kaw kaw punya, dengan bendera Malaysia tergantung siap. Terima kasih sekali lagi kepada budak budak HarimauMalaya.Com yang taja kertas hitam kuning masa celebrate tadi. Dengan nyanyian dari dikir barat, sampai lagu Barisan Kita semua sepakat nyanyi ramai ramai untuk player Malaysia.

Bagus Safiq Rahim, dia tak lupa penyokong Malaysia yang tak seberapa banyak ni masa celebrate goal.

Gua balik dalam keadaan hujan lebat, sampai rumah memang dah basah kuyup. Tapi ape ade hal, MALAYSIA menang punya pasal hujan lebat basah kuyup pun hati ada senang!

p/s : Awekss korea yang berbaju merah semuanya hot hot belaka, ngaumm!
pss : ‘Awekss n bapak awekss korea’ yang berbaju merah tapi IC warna biru kulit sawo matang, tu semua kaum tak sedar diri.

Ni video goal Safiq Rahim.

Ni pulak video kami celebrate goal, cuba la carik gua kat mana :P

Posts yang berkaitan