Semenjak gua baca karangan pra-sejarah Nuffnang topotato,gua jugak nak bercerita sejarah pahit manis gua bersama nuffnang.
Ada lagi readers blog ni yang taktau nuffnang tu binatang ape,meh sini gua terang sikit.

Nuffnang ni lebih kurang sebuah syarikat pengiklanan. Para blogger register dengan Nuffnang, copy-paste code yang diberi oleh pihak nuffnang ke dalam blog masing². Dan secara automatik iklan akan terpampang di blog. Earning akan naik apabila ada orang click iklan tu. Tapi kalau dapat kempen iklan dari Nuffnang, kamu hanya memerlukan ‘unique hits’ untuk menaikkan earning. Lagi tinggi unique hits,lagi lebat earning masuk. ^_^

Nuffnang kempen buffered earning tengkuaizat

Mula mula tu earning nuffnang ni memang macam taknak naik langsung,tapi lama kelamaan dia up sikit demi sedikit. Bak kata otai,slow and steady ^_^. Starting earning nuffnang ni memang sangat menyakitkan hati,seminggu dpt rm0.25 aje?! nak masuk toilet pun tak boleh.

Mungkin berkat sebab gua setia kat nuffnang,earning tu makin lama makin laju je naik,hehe. Gua start bertapak di TengkuAizat.com bulan mac, dan start menggunakan nuffnang dalam bulan Mei. 3 bulan pertama tu la earning naik tersengguk sengguk,sampai rasa nak tukar ke advertiser lain je.

Tapi ntah macam mana lepas 3 bulan tu gua dapat 1 kempen dari nuffnang,kalau tak salah iklan Celcom S.O.X. Earning tak banyak pun,tapi ok la as 1st kempen kan? Syurga gua bersama nuffnang selepas kempen pertama,gua dah mula menikmati kemanisan nuffnang ^_^. Earning makin laju je naik,tak tau apasal ahahaha. Nak earning banyak kena la setia kan? :D

Dalam masa 5 bulan berblogging menggunakan nuffnang,gua berjaya kumpul around RM92. Saje je nak kumpul duit tu banyak2 sikit hohoho. Ada orang cakap cukup je RM50 terus cashout sebab nanti earning lagi cepat naik,ye ke? hehehe gua masih menanti cek dari nuffnang yang dijangka tiba awal bulan 12 nih yeay! Dalam masa 5 bulan jugak, gua dapat 13 kempen. Ade yang masyukk ade yang tak. ^_^

4 hari selepas cash out nuffnang yang pertama, dah ada earning terkumpul rm14.48 ^_^

Apapun yang pasti, blog Kak Jie lagi lebat earning dia. Tengok je la kehebatan seorang ibu berblogging,sampai rentung bandwidth dibuatnya. Ahahaha,pelawat tiap minggu tak sah kalau tak cecah ribu ribu. Kan kak jie? :P

Ya,aku berlagak :razz:

p/s : Entry ni sebenarnya sebab jeles dgn topo,wakakakaka. Topo bikin berapi adjer :P

Posts yang berkaitan