Transformers: Revenge of the Fallen @ GSC Pavilion
Sape ingat yang aku pernah buat entry pasal Chevrolet trio?
Hari kedua Transformers: Revenge of The Fallen di tayangkan di Malaysia, aku dengan pantas menerjah ke panggung wayang di Pavilion.
SUMPAH BEST GILA!
Pasangan trio ni memang memainkan peranan yang hebat,masing masing mempunyai watak yang tersendiri,hehehe.
Aku punya kelam kabut nak tengok cerita ni,sampai aku sanggup tipu mesyuarat pengawas….hehehehe
Aku cakap aku ade hal,cikgu panggil…. Keluar dari bilik mesyuarat pukul 3.45, tiket start pukul 5.15 (aku suruh member² reserve tiket untuk aku,dan diaorg msg cakap tiket 5.15)
Sampai rumah,mandi blablablabla instant gila,tengok jam dah pukul 4.30!
GILA APE?! Kalau aku naik Putra LRT yg sangat efisyen tu comfirm aku terlepas tengok Transformer punya!
LRT Melati – KLCC (35~45 minit)
KLCC – Pavilion (10~15 minit berjalan kaki)
Jadi aku decide untuk naik kenderaan kamen rider aku,GTR150 walaupun perut aku lapar gila!…hehehe
Aku sampai Pavilion pukul 4.45,fuhh nasib baik sempat lagi…..
Jumpa member di KFC Pavilion,diaorg tengah makan.
Rupanya tiket pukul 5.30, diaorg saje kenakan aku.
Cilakeyu!
Lepas makan,terus masuk wayang….
Nasib baik tak terlepas babak awal,sebab babak awal dah macam klimax!Siapa yang terlepas,baik korang beli tiket lain lerr T_T
Sambungan dari Transformers, Transformers: Revenge of the Fallen menceritakan tentang kebangkitan the Fallen, ketua Megatron untuk menentang Optimus Prime
Pada part awal² lagi dah ada aksi yang best² bangatt! Jadi jangan miss part starting cerita nih,hehehe.

Bumblebee masih memainkan peranan dalam Transformers: Revenge of the Fallen dengan Autobots yang lain,cool kereta ni! hehehe.
Ini Megan Fox,dia awek aku. Fullstop!
Hahaha,Transformers: Revenge of the Fallen memperlihatkan kerjasama Autobots dengan manusia untuk memerangi kejahatan Decepticon.
Sesungguhnya aku sangat berpuas hati dengan apa yang aku bayar.
RM12 untuk 2 jam 30 minit di penggung wayang yang dilengkapi sound sistem yang gempak² belaka.
Cerita ni la antara cerita terpanjang yang aku pernah tengok di panggung,hehe.
Menurut pakcik google,setiap part dalam movie ni mengambil masa selama 38 hari untuk disiapkan. Ini termasuklah dengan grafik,sound sistem,suara latan dan sebagainya. Gila laaa,memang setimpal masa dan hasil yang dikeluarkan. Goodjob!
Tengok gambar letup letup ni,hebat bukan? ![]()
Semua nampak real! Takde nampak macam robot kartun keluaran Cicakman,sirius.
Megan Fox makin hott di dalam Transformer Revenge of the fallen,dan aku semakin terpikat….hahahahaha.
Ohh Megan,*big big big* ![]()
Sape tak gi tengok lagi,pergi la tengok cepat cepat.
Dan dengar nasihat aku,jangan miss part awal² ![]()
Dan satu lagi,jangan bagitau kawan kawan korang yang dah tengok transformers ni kalau korang nk tengok kat wayang.
Nanti jadi macam aku,depan panggung wayang ade orang mesej jalan cerita Transformers: Revenge of the Fallen!
*Ajipp! U’re fuckin spoiler! ARRGHH!*
Aku memihak kepada Decepticon,korang? hehehe ![]()
Posts yang berkaitan
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.














kau kata megan fox tu awek kau?
ha tgk ni
http://weeklyworldnews.com/celebs/4783/megan-fox-is-a-man/
[Reply]
blowie Reply:
June 26th, 2009 at 11:10 pm
ARRGHHH! Fuckin holy shit! NYAHHH
[Reply]
mmg best aku pun dh tgk…hehe…tunggu ye aku blk nnti…
[Reply]
blowie Reply:
June 27th, 2009 at 7:16 pm
bnyk cerita aku nk dgr dari ko ni,hahaha
[Reply]
Suraya?! nape bitau pasal megan fox! biarlah kami dalam keadaan tertipu! lagi seronok! megan fox. aku terpaksa meninggalkan mu. hahahaha
*p/s: AKU CONCENTRATE MASE DIE LARI LARI PART LAST2 tu! omg!
bapok tercantik la aku penah tgk! now i know why men like pondan. hahahaha
[Reply]
blowie Reply:
June 27th, 2009 at 7:17 pm
suraya dah selamatkan aku dari melakukan hubungan sejenis,hahahahaha
[Reply]
kesian pada aku
tak tengok lagi
tak pe la..aku download je la
la la la~~~
[Reply]
blowie Reply:
June 28th, 2009 at 11:09 am
dah ade ke link download?
[Reply]
Kenapa Bumblebee lebih famous dari Optimus Prime?
[Reply]
blowie Reply:
June 28th, 2009 at 11:08 am
bumblebee famous dipermulaan cerita je kan?
Watak Optimus Prime tenggelam sket sbb dia mati
[Reply]
hahahaha apa yg big? eeww gatal betul aizat neh HAHAHA
er, bumblebee comelllll gila. optimus prime x comel
saya memihak pada BUMBLEBEE. fullstop hahahahaha :up: :up:
best gilaa. smua bangun lepas cite neh abis.satu hall begema dgn tepukan
[Reply]
blowie Reply:
July 1st, 2009 at 3:04 am
takk! Bumblebee tak comel! Megan Fox jugak comel
[Reply]
TraNsfoRmer…
:XO: :XO: :XO: :XO: luv it..
[Reply]