Minyak naik ke turun ni?!
Tuesday, June 30th, 2009Harga Petrol RON97 Naik 20 Sen
Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 dari RM1.80 sekarang ini kepada RM2.00. Ini akan berkuatkuasa pada 1 Sept 2009 bila RON95 yang akan berharga RM1.75 diperkenalkan.
Aduh,GTR150 aku guna minyak RON97! Macam mana ni?!
Bak kata Kak Jie,
makcik pakcik kat kampung bukannya tahu pun pasal RON RIN nih
“Awat mahai ikan ni Chong…”
” Minyak dah naiklah makcik”
” Awak jangan nak tipu, lori awak guna RON95 bukan RON97?.
-Dialog dari Kak Jie
Apa yang orang akan faham,minyak akan naik!
CHOYY!
Apa beza minyak RON97 dengan RON95 ni?
Dekat Malaysia,sekarang ni ada 3 jenis minyak.
RON97,RON95 dengan RON92.
Ada yang kata minyak RON92 adalah minyak untuk kereta lama sahaja atau hanya untuk kereta yang menggunakan karburetor.
Tau tak minyak Shell V-Power? Ada orang cakap tu minyak RON98,yang ni aku tak sure.
RON = Research Octane Number/Octane Rating *belajar chemistry sket today*
RON adalah RESEARCH OCTANE NUMBER dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam engine
Secara ringkas,
Semakin tinggi RON = semakin tinggi rintangan = semakin susah minyak tu nak dibakar/diletupkan dalam engine = Lagi kurang ‘Knocking’ = Lagi selamat enjin

