[Photo] SHOUT! Awards 2009! DAMN GOOD!
Monday, July 20th, 2009
Jumaat lepas aku ke Bukit Jalil untuk menyaksikan Malaysia dan Manchester United training,selepas training selesai aku terus ke Shout! Award di stadium tertutup Bukit Jalil.
Boleh bayangkan je la kesesakan lalu lintas yang berlaku,dua event besar dalam satu masa…. Tempat bersebelahan je pulak tu,perghhh. Jumlah motosikal yang ada kat sana mengalahkan jumlah dekat kilang motor,pheew.
Entry ni khas untuk Shout! Award yang pada awalnya dilabel award yang ntah apa apa. Lagu mengarut la itu la ini la,korang nak Dato Siti Nurhaliza masuk ke? Boleh jalan laa,sebab award ni lebih kepada independent artis,funky and stylo. Diaorang nak ketengahkan bakat bakat baru yang berpotensi meletup.

