Posts Tagged ‘sepak’

[Bolasepak AFF Suzuki Cup 2010] Malaysia vs Indonesia FINAL

Sunday, December 26th, 2010

Malaysia Vs Indonesia AFF Suzuki Cup Final 2010

AFF Suzuki Cup 2010 Final Malaysia vs Indonesia 2010

Short Update lagi sekali : Hari ini skuad bolasepak kita turun berjuang di pentas akhir AFF Suzuki Cup, Malaysia vs Indonesia 2010. Siapa turun stadium? Kepada yang nak join ultras, gate keramat Ultras Malaya di 2Q 2nd tier telah diberikan kepada Indonesia. Penat dah Encik Freddie deal dengan FAM, tapi tetap terlepas jugak tempat tu. So our new location will be on gate 2K. Meh la kita berhimpun kat sana, kasi goyang sama itu garuda!

AFF Suzuki Cup 2010 Final 1st leg

Malaysia vs Indonesia 2010
Tiket :       RM30
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Waktu :    8.00pm
Tarikh :   26 Disember 2010

(more…)

[Bolasepak AFF Suzuki Cup 2010] Malaysia vs Vietnam Semi Final

Tuesday, December 14th, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 Semi Final Malaysia vs Vietnam

AFF Suzuki Cup 2010 Semi Final Malaysia vs Vietnam 2010

Short Update : Esok ada game Malaysia. Siapa turun stadium? Jumpa gua kat sana, kalah memang belakang kira. Kalau menang, gua puas. Kalau kalah, apa boleh buat kan?

AFF Suzuki Cup 2010 Semi Final 1st leg

Malaysia vs Vietnam 2010
Tiket :       RM20
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Waktu :    8.30pm
Tarikh :   15 Disember 2010
(more…)

Peraturan asas bolasepak yang perlu kamu tahu

Saturday, August 21st, 2010

Bola dalam alat sulitKelas hari ini membicarakan tentang bola, bukan bola yang dipukul mahupun yang tergantung,
tetapi bola yang disepak. Bolasepak :)

Bercerita tentang bola sepak, gua rasa masing masing cakap yang korang dah khatam dah dengan peraturan asas bolasepak. Gua tak kesah la semua tu, sebab masing masing ada mata telinga. Sekarang ni main game bola kat PC pun boleh belajar basic rule tentang bolasepak kan?

Hehe.

Gua menyampah betul kalau lepak kedai mamak, orang tu sembang lebat pasal bola pompang pompang macam bunga api masa celebrate chinese new year, tapi rule backpass pun taktau.

Malu bertanya sesat jalan.

Dah lah taktau, lagi pompang pompang ref salah la player salah la.

Takpe, dalam post ni, gua kasi bacis rule utk football. Baca dan fahami supaya lu orang boleh bersembang bola ala ala ex manager cap ayam, Fara Benitez. (more…)

Jadual Waktu Siaran Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 RTM

Wednesday, June 16th, 2010

Jadual Waktu Siaran Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 RTM
Jadual Waktu Siaran Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 RTM.

Gua rasa bukan gua sorang je menyirap dan tersirap pabila perlawanan bola sepak piala dunia 2010 tak disiarkan di RTM. Ya, rumah gua memang ada Astro, tak perlu risau lagi tentang siarang piala dunia. Semuanya akan disiarkan secara langsung, takde hal punya.

Tapi kadang kadang bila gua bertapa kat rumah member yang kosong, kedai makan yang takde astro, gua menyirap separuh jiwa raga bila perlawanan bola sepak piala dunia 2010 tidak disiarkan di RTM. Time gua predict RTM akan siarkan siaran langsung, time tu la dia nak tunjuk sukan SUKMA yang ntah apa apa tu. Siapa nak tengok ulangan sukan SUKMA pukul 2 pagi? Kalau tayang drama melayu pun gua boleh terima akal lagi la.

Gua lepak ‘rumah bujang’. Megi dah siap masak 6 paket, Pepsi dah terhidang, keropok untuk mengunyah tunggu masa untuk dijamah. Sekali bukak RTM, dia tunjuk SUKMA selangor menang main galah panjang. WTF?! (more…)

Updated!~ [Quickpress] Malaysia vs Syria 30 Disember @ Bukit Jalil!

Wednesday, December 30th, 2009

BOLA MALAM NI! TIKET FREE!

Sorry la sebab agak lambat nak inform tentang benda ni. My server down again. Blame Rawanaz, haha.

Entry pendek kali ni memang khas nak ajak korang semua yang macam lalang tu, datang ke stadium kasi tunjuk sikit yang hangpa sokong pasukan kebangsaan kita, pasukan Malaysia yang akan menentang Syiria di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam.

Dan yang paling penting, tiket FREE beb!

Kalau setakat sokong bila menang, kutuk bila kalah baik tak payah la wei.

Ada yang bagi alasan macam² untuk tidak datang ke stadium walaupun tiket sudah diberi percuma. Tengok TV lagi best la, takot kat stadium ada perang perang antara penyokong la. Itu semua bullshit. Kalau betul nak sokong,datang aje la. Kalau betul ada pergaduhan pun, stadium tu besar kot. Lagipun game ni friendly je, so kompem stadium yang besar nak mampus tu takkan penuh. Suka hati korang la nak duduk kat mana.

Kalau ada yang terasa, sorry beb. Gua ultras.
(more…)

Search
Chat Chot


FeedBurner RSS



Page 1 of 212

Copyright © 2012 TengkuAizat ^_^. Search Engine Optimization by Star Nine. Distributed by Wordpress Themes

Creative Commons License
Blog Tengku Aizat is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.
Based on a work at www.tengkuaizat.com.