Posts Tagged ‘remaja’

[Pendapat] Budak 15 tahun mati ditembak polis di shah alam

Friday, April 30th, 2010

Remaja mati ditembak polis 2010

Innalillahiwainnailahirajiunn. Hidup mati di tangan tuhan. :cry:

Takziah kepada pemergian allahyarham Aminul Rasyid, perlajar tingkatan 3 SMK Seksyen 9, Shah Alam. Moga Allah mencucuri rahmat keatas roh adik.  Amin.

Dah banyak news yang korang boleh baca, gua rasa semua orang pun dah tau. Tapi gua taknak letak kat sini, kang berjela jela entry ni. Hanya nak bagi point point ringkas untuk kita semua berfikir seketika.

Dalam situasi sekarang, ramai orang menyalahkah pihak polis dalam kes kematian Allahyarham Aminulrasyid Amzah. Ramai orang kata, polis tak patut bunuh budak berusia 15 tahun. (more…)

Remaja dijatuhi hukuman 150 jam khidmat komuniti

Tuesday, October 20th, 2009

http://ibnismail.files.wordpress.com/2009/05/mat_rempit.jpg

KANGAR 19 Okt. — Seorang remaja hari ini dijatuhi hukuman 150 jam khidmat komuniti dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Trafik di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya sehingga mendatangkan kecederaan parah kepada seorang anggota polis trafik.

Keputusan dibuat Majistret Mohd. Fadhly Yaacob, selepas mengambil kira kesalahan dilakukan Aizat , 21, dari Jalan Sekolah Derma, di sini, 5 Ogos 2007, yang dianggap serius.

“Kesalahan dilakukan kamu serius kerana melanggar anggota polis yang sedang bertugas. Kalau tidak ambil kira umur kamu 19 tahun ketika itu (kejadian) kamu sudah pasti dipenjara atau didenda,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan bapa remaja itu menyediakan bon RM5,000 sebagai jaminan tertuduh berkelakuan baik selama tempoh setahun.

Aizat yang diwakili peguam Pyara Singh ketika membuat pengakuan bersalah berkata, beliau insaf atas perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya. – Bernama

(more…)

Search
Chat Chot


FeedBurner RSS



Page 1 of 11

Copyright © 2012 TengkuAizat ^_^. Search Engine Optimization by Star Nine. Distributed by Wordpress Themes

Creative Commons License
Blog Tengku Aizat is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.
Based on a work at www.tengkuaizat.com.