Posts Tagged ‘piala’

Jadual Waktu Siaran Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 RTM

Wednesday, June 16th, 2010

Jadual Waktu Siaran Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 RTM
Jadual Waktu Siaran Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 RTM.

Gua rasa bukan gua sorang je menyirap dan tersirap pabila perlawanan bola sepak piala dunia 2010 tak disiarkan di RTM. Ya, rumah gua memang ada Astro, tak perlu risau lagi tentang siarang piala dunia. Semuanya akan disiarkan secara langsung, takde hal punya.

Tapi kadang kadang bila gua bertapa kat rumah member yang kosong, kedai makan yang takde astro, gua menyirap separuh jiwa raga bila perlawanan bola sepak piala dunia 2010 tidak disiarkan di RTM. Time gua predict RTM akan siarkan siaran langsung, time tu la dia nak tunjuk sukan SUKMA yang ntah apa apa tu. Siapa nak tengok ulangan sukan SUKMA pukul 2 pagi? Kalau tayang drama melayu pun gua boleh terima akal lagi la.

Gua lepak ‘rumah bujang’. Megi dah siap masak 6 paket, Pepsi dah terhidang, keropok untuk mengunyah tunggu masa untuk dijamah. Sekali bukak RTM, dia tunjuk SUKMA selangor menang main galah panjang. WTF?! (more…)

Final Piala FA 2010 – Kedah vs Negeri Sembilan

Saturday, April 10th, 2010

Image

Final TM Piala FA 2010
Kedah vs Negeri Sembilan

Mungkin ada yang belum tahu lagi bahawa malam ini akan berlangsung Final TM Piala FA 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kedah dan Negeri Sembilan merupakan pasukan yang layak ke final untuk musim ini, so apa ramalan tuan puan? Adakah Sang Jelapang padi mampu bungkuskan hoben jang hoben?

Kedah layak secara mutlak selepas menundukkan Terengganu dengan agregat 4-1 (Kedah menang 2-0 di SSINS), manakala N Sembilan layak menundukkan Selangor di Shah Alam dengan jaringan 2-1, dan tunduk 0-1 di Paroi. Agregat seri, namun layak atas peraturan gol di tempat lawan.

(more…)

Kelantan vs. Negeri Sembilan football epic!

Sunday, November 8th, 2009

Keputusan Akhir Final Piala Malaysia 2009

Kelantan [1]
Negeri Sembilan [3]

user posted image

  • Masuk stadium dah kecoh,masuk berebut rebut macam monyet. Penyokong mana? No komen.
  • Start game memang best. Havoc macam kat EPL.
  • Sesi sorak menyorak bermula,siapa yang ambil corner kick akan menjadi mangsa balingan botol air dari penyokong tercinta. Penyokong mana? No komen.
  • Negeri Sembilan dapat gol pendahuluan yang agak awal. Moral pemain kelantan terganggu.
  • Kelantan dah start macam cilakak. Especially dekat bahagian defense. Curious dengan percaturan Sathianathan. Kesian Indra Putra, macam main bola sorang sorang. Teamate lain? tidur kot.
  • Start 2nd half, air dah mendidih. Perang dah nak bermula. Tak sampai 45 saat Negeri Sembilan dapat lagi 1 gol. Krew RTM injured at neck terkena balingan cinta penyokong, penyokong mana yang buat? No komen.
    (more…)
Search
Chat Chot


FeedBurner RSS



Page 1 of 11

Copyright © 2012 TengkuAizat ^_^. Search Engine Optimization by Star Nine. Distributed by Wordpress Themes

Creative Commons License
Blog Tengku Aizat is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.
Based on a work at www.tengkuaizat.com.