Final Piala FA 2010 – Kedah vs Negeri Sembilan
Saturday, April 10th, 2010
Final TM Piala FA 2010
Kedah vs Negeri Sembilan
Mungkin ada yang belum tahu lagi bahawa malam ini akan berlangsung Final TM Piala FA 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kedah dan Negeri Sembilan merupakan pasukan yang layak ke final untuk musim ini, so apa ramalan tuan puan? Adakah Sang Jelapang padi mampu bungkuskan hoben jang hoben?
Kedah layak secara mutlak selepas menundukkan Terengganu dengan agregat 4-1 (Kedah menang 2-0 di SSINS), manakala N Sembilan layak menundukkan Selangor di Shah Alam dengan jaringan 2-1, dan tunduk 0-1 di Paroi. Agregat seri, namun layak atas peraturan gol di tempat lawan.

