Posts Tagged ‘mati’

[Pendapat] Budak 15 tahun mati ditembak polis di shah alam

Friday, April 30th, 2010

Remaja mati ditembak polis 2010

Innalillahiwainnailahirajiunn. Hidup mati di tangan tuhan. :cry:

Takziah kepada pemergian allahyarham Aminul Rasyid, perlajar tingkatan 3 SMK Seksyen 9, Shah Alam. Moga Allah mencucuri rahmat keatas roh adik.  Amin.

Dah banyak news yang korang boleh baca, gua rasa semua orang pun dah tau. Tapi gua taknak letak kat sini, kang berjela jela entry ni. Hanya nak bagi point point ringkas untuk kita semua berfikir seketika.

Dalam situasi sekarang, ramai orang menyalahkah pihak polis dalam kes kematian Allahyarham Aminulrasyid Amzah. Ramai orang kata, polis tak patut bunuh budak berusia 15 tahun. (more…)

Budak mati didera bayi mati dibuang

Thursday, April 15th, 2010

bayi dibuang

Manusia atau binatang, rasanya manusia sebegini lebih hina dari binatang. Binatang pun mengerti tentang ikatan kekeluargaan. Binatang pun tahu sayang anak. Manusia sebegini, anak dibuang di tong sampah, lubang jamban, tepi jalan, dlm kotak sampai ada yang mati kerana dihurung semut. Layak ke dipanggil manusia?

Hari ni, bukak je paper utusan ade kes kanak kanak mati didera. Lagi? Adoi. Kali ni skrip cerita dia lebih kurang sama je. Bapak tiri bawak anak dia pi hospital lepas tak sedarkan diri. Budak tu penuh lebam dekat badan, muka dan pipi. Akhirnya budak tu mati di hospital dan bapa tiri di tahan polis untuk siasatan lanjut. (more…)

Selesema BABI H1N1 Membabi di Kuala Lumpur

Wednesday, August 12th, 2009

Title gempak tak? haha

Semakin hari semakin menjadi jadi virus Influenza A H1N1 ni. Sekolah gua,SMK Taman Melati je dah ada 2~3 orang H1N1. Gua tak tau pe cerita sekolah sekarang ni,maklum la dah 2 minggu terperap dalam rumah.

Jangan melarat la swine flu ni,gua pun rasa macam nak demam. Selsema batuk semua dah rasa. Adoi,jgn la H1N1.

Gua juga dimaklumkan yang 10 orang budak sekolah aku yang demam diarahkan pulang,haha. Sejak bila sekolah gua begitu concern tentang penyakit-penyakit ni pun gua taktau. Mungkin Datin Panglima Zavirah,pengetua rambut ala2 Dark Vader tu dah tau apa tu erti penyakit merbahaya.

Kalau tak sebelum ni,punya la kejam datin tu. Hanya budak SMK Taman Melati je yang tau perangai datin sorang ni.

Kelmarin gua ke Hospital Besar Kuala Lumpur,follow-up kaki robot gua. Perghhh bukan main ramai dekat area ‘pesakit luar’ tu,hampir semua kes demam. 85% demam 15% lain lain. Cuak pun ade gak,mana la tau ada minah cun kena H1N1 tak pasal2 je berjangkit.

(more…)

Keroncong Hujan – Allahyarham Yasmin Ahmad

Saturday, August 8th, 2009

Pernah dengar lagu keroncong?

Sangat best tau tak dengar lagu keroncong dipagi hari,lagi lagi kalau lagu tu berkaitan dengan orang yang dah tiada.

http://2.bp.blogspot.com/_J9FA6L8BCuQ/ReY1vCSt7-I/AAAAAAAAACI/yJyAiiA6_hI/s320/mukhsin20.jpg

Inom Yon dan Ahmad Hashim, ibu bapa Allahyarham Yasmin Ahmad

Lagu ciptaan Inom Yon dan Ahmad Hashim yang berjudul ‘keroncong hujan’ memang best, dengan alunan lagu ni yang mendayu dayu mmg sesuai untuk sesiapa yang suka melayan perasaan,hehe.

Jom kita layan lagu keroncong! :P
(more…)

Yasmin Ahmad Dihina + 1 Ogos Updated!

Sunday, August 2nd, 2009
f0c5730a23746eb2b451070b15fedaf6
Beberapa hari selepas kematian Yasmin Ahmad, akhbar kosmo! telah menerbitkan artikel tentang beliau dengan bertajuk “Daripada striker bola kepada pengarah tersohor”.

Apa semua ni? Orang tu dah meninggal la,rumput pun tak tumbuh lagi kat kubur dia dah ada artikel yang tak sedap didengar. Perlu ke akhbar Kosmo! mendedahkan secara terang terangan bahawa siapa sebenarnya Yasmin Ahmad dulu dan sekarang.

Ya,memang betul Yasmin Ahmad tu khunsa. Khunsa adalah seseorang yang mempunyai kedua dua jantina. Dulu dia jadi lelaki,tetapi pabila dia menyedari ciri fizikal dia cenderung kepada perempuan,dia memilih jantina dia sebagai seorang perempuan. Mengikut undang-undang islam juga menyuruh seseorang memilih jantina mengikut kecenderungan fizikal dan mental,jika mempunyai dua jantina.

Umum tahu Yasmin Ahmad khunsa, gua pun tau. Tapi perlu ke akhbar kosmo! mendedahkan segala latar belakang Yasmin Ahmad, ketika dia seorang laki-laki sehingga merubah jantina kepada perempuan. Dengan tajuk akhbar yang agak mengaibkan, gua pasti keluarga Yasmin Ahmad agak kecewa dengan artikel akhbar Kosmo!

Mengaibkan orang yang dah mati? Gua tak sampai hati, korang?

Hati keluarga siapa yang tak terguris kalau pekung aib keluarga dibuka secara umum. Tambahan lagi orang yang diaibkan tu dah meninggal. Kesian kat Yasmin Ahmad ni.

Ada orang YM gua, dia cakap itu ini tentang Yasmin Ahmad. Siap cakap ni balasan tuhan bagi sebab dia mempersendakan agama di dalam filem filem arahan Yasmin Ahmad.  Memang betul filem² dia ada bahagian bahagian yang sensitif, tambahan pula bahagian yang sensitif tu melibatkan hal hal agama.

Tapi bagi gua, biarlah…… Orang tu dah meninggal, seeloknya kita sedekahkan Al-Fatihah. Bukan bercakap tentang keburukan dia lagi dah. Itu antara dia dengan tuhan sekarang. Kita yang duk pot pet ni buat dapat dosa mengumpat je, Yasmin Ahmad juga dapat pahala.

Ada orang cakap gua ni cepat sentap dengan artikel artikel sensitif macam ni. Bukan gua sorang je yang tersentap dengan artikel macam ni beb…

Anak Mahathir pun tersentap juga,haha. Gua dah agak dah benda sensitif macam ni kalau kat Malaysia mesti orang marah. Bukan gua sorang.

Dalam malaysiakini Marina Mahathir berkata :-

akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai “makhluk yang hina”, aktivis wanita itu berang dengan media berkenaan yang melaporkan pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya sewaktu dikenali dengan nama asalnya.

“Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya (Yasmin).

“Remuk perasaan keluarganya,” kata Marina.

“Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya.

“Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya. -petikan malaysiakini-

Betul la kata member gua, orang buat baik sikit pun ko tak ingat. Orang buat jahat sampai mati ko ingat.
Dah,daripada gua mengumpat Yasmin Ahmad ni lebih baik gua tengok iklan² dia yang penuh bermesej tu. Lagi best muhasabah diri.

Kalau korang ingat dialog ni,
‘Rambut sama pacak, tapi masing masing buat hal sendiri’ – Hasil karya iklan Yasmin Ahmad,iklan petronas.
Sendiri faham la…

--------------------------------------------
1 ogos 2009
  • Akhbar Kosmo telah meminta maaf diatas artikel yang menyinggung perasaan tempoh hari.
  • Majalah 3 siarkan edisi special tentang Yasmin Ahmad. Best! Diikuti dengan cerita Mukhsin yang disiarkan selepas tamat rancangan Majalah 3.
  • Gua eksiden motor,kantoi lap depan balai polis gombak. Tangan kanan retak. Kaki kiri maybe retak jugak,nak gi hospital balik.
  • Blog mungkin lama tak berupdate,bapak susah bogging guna sebelah tangan!

Apa yang penting?

Pegi mampos! Haha.


Search
Chat Chot


FeedBurner RSS



Page 1 of 212

Copyright © 2012 TengkuAizat ^_^. Search Engine Optimization by Star Nine. Distributed by Wordpress Themes

Creative Commons License
Blog Tengku Aizat is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.
Based on a work at www.tengkuaizat.com.