Posts Tagged ‘lelaki’

16 alasan mengapa lelaki menyayangi wanita

Tuesday, April 6th, 2010

16 alasan lelaki menyayangi wanita

16 Alasan Mengapa Lelaki Menyayangi Wanita…..

  1. Mereka selalu wangi, meskipun hanya wangi sabun LUX.
  2. Cara mereka makan begitu lucu.
  3. Waktu berjam-jam yang mereka gunakan untuk berdandan dan dressup, dan ternyata hasilnya sangat cantik.
  4. Mereka selalu panas, meskipun udara di luar sangat sejuk.
  5. Mereka selalu nampak menarik, tak peduli baju apa pun yang mereka kenakan.
  6. Cara mereka berusaha untuk dipuji.
  7. Cara mereka berdebat err, lawak. Comel pun ade :P
  8. Senyum mereka.
  9. Selalu cair dengan suara mereka, terutamanya selepas bergaduh.
  10. Cara mereka mengatakan, “Kita jangan bertengkar lagi yee?”
  11. Cara mereka menerima kita seadanya. (more…)

Perbezaan Lelaki dan Perempuan Part II

Monday, September 28th, 2009

Kalau sebelum ni gua ada tunjuk perbezaan otak lelaki dan perempuan, sekarang gua publish part II.
Gua malas, korang je bagitau betul ke tak.
Hanya gambar berkata kata,lu orang nilai :P



Read More for more picture ^_^

(more…)

Perbezaan otak lelaki dan perempuan~~

Thursday, September 10th, 2009

skadar gurauan..jgn amek seius da la..hahaha..

Post ni bukan bertujuan untuk menggalakkan ‘gender war’,post ni post yang menegakkan keadilan. Hehehe,takde berat sebelah mana² gender pun :D

Dalam kepala wanita ;

  • umum tahu driving skills kebanyakkan wanita mmg worst
  • memang punca sakit kepala
  • membebel je keje
  • tau salah ‘kita’ je!
  • keperluan ditinggalkan kerana kemahuan!
  • ingat nak shopping je
  • pantang nampak benda berkilat
  • kuat gosip
  • sangat marah kalau kaum lelaki tak igt date² tertentu
    eg : Birthday,anniversary dan lain lain
  • yang lain boleh rujuk gambar
    (more…)

Keroncong Hujan – Allahyarham Yasmin Ahmad

Saturday, August 8th, 2009

Pernah dengar lagu keroncong?

Sangat best tau tak dengar lagu keroncong dipagi hari,lagi lagi kalau lagu tu berkaitan dengan orang yang dah tiada.

http://2.bp.blogspot.com/_J9FA6L8BCuQ/ReY1vCSt7-I/AAAAAAAAACI/yJyAiiA6_hI/s320/mukhsin20.jpg

Inom Yon dan Ahmad Hashim, ibu bapa Allahyarham Yasmin Ahmad

Lagu ciptaan Inom Yon dan Ahmad Hashim yang berjudul ‘keroncong hujan’ memang best, dengan alunan lagu ni yang mendayu dayu mmg sesuai untuk sesiapa yang suka melayan perasaan,hehe.

Jom kita layan lagu keroncong! :P
(more…)

Yasmin Ahmad Dihina + 1 Ogos Updated!

Sunday, August 2nd, 2009
f0c5730a23746eb2b451070b15fedaf6
Beberapa hari selepas kematian Yasmin Ahmad, akhbar kosmo! telah menerbitkan artikel tentang beliau dengan bertajuk “Daripada striker bola kepada pengarah tersohor”.

Apa semua ni? Orang tu dah meninggal la,rumput pun tak tumbuh lagi kat kubur dia dah ada artikel yang tak sedap didengar. Perlu ke akhbar Kosmo! mendedahkan secara terang terangan bahawa siapa sebenarnya Yasmin Ahmad dulu dan sekarang.

Ya,memang betul Yasmin Ahmad tu khunsa. Khunsa adalah seseorang yang mempunyai kedua dua jantina. Dulu dia jadi lelaki,tetapi pabila dia menyedari ciri fizikal dia cenderung kepada perempuan,dia memilih jantina dia sebagai seorang perempuan. Mengikut undang-undang islam juga menyuruh seseorang memilih jantina mengikut kecenderungan fizikal dan mental,jika mempunyai dua jantina.

Umum tahu Yasmin Ahmad khunsa, gua pun tau. Tapi perlu ke akhbar kosmo! mendedahkan segala latar belakang Yasmin Ahmad, ketika dia seorang laki-laki sehingga merubah jantina kepada perempuan. Dengan tajuk akhbar yang agak mengaibkan, gua pasti keluarga Yasmin Ahmad agak kecewa dengan artikel akhbar Kosmo!

Mengaibkan orang yang dah mati? Gua tak sampai hati, korang?

Hati keluarga siapa yang tak terguris kalau pekung aib keluarga dibuka secara umum. Tambahan lagi orang yang diaibkan tu dah meninggal. Kesian kat Yasmin Ahmad ni.

Ada orang YM gua, dia cakap itu ini tentang Yasmin Ahmad. Siap cakap ni balasan tuhan bagi sebab dia mempersendakan agama di dalam filem filem arahan Yasmin Ahmad.  Memang betul filem² dia ada bahagian bahagian yang sensitif, tambahan pula bahagian yang sensitif tu melibatkan hal hal agama.

Tapi bagi gua, biarlah…… Orang tu dah meninggal, seeloknya kita sedekahkan Al-Fatihah. Bukan bercakap tentang keburukan dia lagi dah. Itu antara dia dengan tuhan sekarang. Kita yang duk pot pet ni buat dapat dosa mengumpat je, Yasmin Ahmad juga dapat pahala.

Ada orang cakap gua ni cepat sentap dengan artikel artikel sensitif macam ni. Bukan gua sorang je yang tersentap dengan artikel macam ni beb…

Anak Mahathir pun tersentap juga,haha. Gua dah agak dah benda sensitif macam ni kalau kat Malaysia mesti orang marah. Bukan gua sorang.

Dalam malaysiakini Marina Mahathir berkata :-

akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai “makhluk yang hina”, aktivis wanita itu berang dengan media berkenaan yang melaporkan pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya sewaktu dikenali dengan nama asalnya.

“Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya (Yasmin).

“Remuk perasaan keluarganya,” kata Marina.

“Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya.

“Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya. -petikan malaysiakini-

Betul la kata member gua, orang buat baik sikit pun ko tak ingat. Orang buat jahat sampai mati ko ingat.
Dah,daripada gua mengumpat Yasmin Ahmad ni lebih baik gua tengok iklan² dia yang penuh bermesej tu. Lagi best muhasabah diri.

Kalau korang ingat dialog ni,
‘Rambut sama pacak, tapi masing masing buat hal sendiri’ – Hasil karya iklan Yasmin Ahmad,iklan petronas.
Sendiri faham la…

--------------------------------------------
1 ogos 2009
  • Akhbar Kosmo telah meminta maaf diatas artikel yang menyinggung perasaan tempoh hari.
  • Majalah 3 siarkan edisi special tentang Yasmin Ahmad. Best! Diikuti dengan cerita Mukhsin yang disiarkan selepas tamat rancangan Majalah 3.
  • Gua eksiden motor,kantoi lap depan balai polis gombak. Tangan kanan retak. Kaki kiri maybe retak jugak,nak gi hospital balik.
  • Blog mungkin lama tak berupdate,bapak susah bogging guna sebelah tangan!

Apa yang penting?

Pegi mampos! Haha.


Search
Chat Chot


FeedBurner RSS



Page 1 of 11

Copyright © 2012 TengkuAizat ^_^. Search Engine Optimization by Star Nine. Distributed by Wordpress Themes

Creative Commons License
Blog Tengku Aizat is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.
Based on a work at www.tengkuaizat.com.