Posts Tagged ‘laos’

[Sukan SEA 09] Ganjaran untuk Skuad Bolasepak Malaysia?

Tuesday, December 29th, 2009

Apa yang penting? Kerjasama ^_^

Umum mengetahui bahawa skuad bola sepak Malaysia baru sahaja menamatkan penantian rakyat Malaysia selama 20 tahun setelah mendapat pingat emas pada kejohanan Sukan SEA yang berlangsung di Vientien, Loas baru baru ini setelah mengalahkan Vietnam dengan jaringan 1-0.

Perghh,ayat intro takleh bla arr. Haha.

Ada lagi rakyat Malaysia yang bising. Malaysia menang nasib je sebab own goal dari player Vietnam? Gua pedulik apa, janji menang.
Kalau takde si Safiq yang buat inner crossing tu takde nye Malaysia nak dapat 1 gol. Pi tengok balik video final tuh.

Gua dah tak nampak mana mana pihak ulas tentang skuad bola sepak WANITA Malaysia yang pergi ke Laos baru baru ni. Depa ni pi makan angin kot, tu pasal kena titik kaw² punya. Ni skuad bolasepak padang ke futsal nih? Lawan 3 game, semua game kena titik lebih daripada 5 gol. Ape kejadahnya? Malaysia masih belum ada lagi league yang proper untuk skuad bola sepak padang WANITA, so pendapat gua tak payah la menghabiskan duit hantar depa ni masuk any competition. Bikin malu aje.

Gua kompem ramai tertanya tanya macam mana minah² ni boleh masuk selection skuad negara walaupun takde league kan? FAM pilih diaorang berdasarkan kejohanan² futsal yang dianjurkan. Futsal dengan bola padang jauh beza beb.

Dah sesat jauh nihh,haha.
(more…)

Sukan SEA : Bolasepak Malaysia live? memang kartun!

Sunday, December 13th, 2009

Ape ni tekan tekan talaha?! sakit punai den!

Waktu bolasepak Malaysia masih di peringkat grouping, Shabery hot chick cakap ape? Taknak siarkan live sebab brodcasting rights mahal sgt. RM3.5million dalam masa yang singkat, tak sempat cari penaja, taknak bazir duit rakyat blablabla bersembur sembur air liur.

Bila game pertama Malaysia start dengan penuh gaya selepas baham Timor Leste 11-0, dah ramai bising apasal takdak live blablabla.
Menteri tetap ulang pendirian,tak nak bazir duit rakyat.

Bila game kedua Malaysia yang agak kontroversi dek kerana Reff korea, Malaysia kalah dengan Vietnam 1-3.
Orang duk bising lagi mana live blablabla,jawapan menteri tetap sama. Lagipun diaorang kata ada live pun tak guna, mustahil dapat beat game ke tiga, Thailand. Mentaliti player rendah blablablabla. Nyampah gua.

Bila game ketiga start,gua tengok game ni dari awal sampai habis streaming dari tv thailand je. Memang hati berdebar debar gak. Dalam otak duk pikir yang Malaysia memang takde harapan dah la nak pi semi final. Thailand power siott, gua makin gundah gulana bila Thailand leading 1-0 hasil freekick Omprompompom Naratiuwtiuw yang cantik menjolok jolok gawang gol Malaysia. Keeper Malaysia, Sarbinee dah cuba sebaik mungkin untuk stunt ala-ala hero hindustan tapi gagal. Dalam hati gua ada jugak sekelumit perasaan yang bahawa Malaysia akan menang. Tapi otak pikir sebaliknya, lagi lagi bila Thailand leading.

(more…)

Search
Chat Chot


FeedBurner RSS



Page 1 of 11

Copyright © 2012 TengkuAizat ^_^. Search Engine Optimization by Star Nine. Distributed by Wordpress Themes

Creative Commons License
Blog Tengku Aizat is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.
Based on a work at www.tengkuaizat.com.