Posts Tagged ‘lagenda budak setan’

[Photo] Trip to Bukit Broga

Thursday, December 9th, 2010

[Photo] Trip to Bukit Broga, Semenyeh.

Signboard kaki bukit broga

Minggu lepas ramai aweks email gua merayu rayu mintak gua update blog, okay okay gua update. Reti sabar tak? Haha. Minggu lepas jugak gua janji nak update tentang Bukit Broga, bukit famous yang ada dalam scene filem Lagenda Budak Setan. Haa skarang ni baru berpeluang nak update, tu pun sebab Kuala Lumpur tengah hujan mencurah curah pagi ni. Kalau tak, memang gua dah hilang dari rumah. Jogging pepagi tengok budak SPM pi skolah~!

Entry ni memang bersepah gambar, so kalau internet connection kurang memuaskan tu harap maaf la, lu orang akan terseksa sikit nak tengok entry ni. Lagipun banyak gambar syok sendiri gua je, lu orang tak suka tak payah tengok. Gambar² hot tits Bukit Broga gua tak publish, buat kenangan sendiri sudah hahaha.

Direction : Kalau lu orang berhajat untuk ke Bukit Broga jugak, memang tak susah untuk cari tempat ni.
Pergi Semenyeh, cari signboard Universiti Nottingham, dan korang lalu je jalan tu.
Sampai jumpa universiti, korang continue terus jalan tu sampai jumpa kedai rabbit disebelah kanan, dan korang boleh park kereta di ladang kelapa sawit sebelah kiri lu orang.

Pukul 5 pagi gua dah bertolak. Entry ni biar gambar yang lebih banyak berkata kata, gua pemalas.

(more…)

Review : Lagenda Budak Setan 2010

Friday, June 4th, 2010

POSTER LAGENDA BUDAK SETAN

Review : Lagenda Budak Setan 2010

Agak lama jugak gua tinggalkan blog ni, bukan taknak update tapi setiap kali nak update  ade je masalah. Lupa topik la, tenet slow la, blog takleh bukak la itu la ini la. Pagi pagi ni la best sket gua nak henjut blog ni, line streamyx masih dalam keadaan dara dan cergas. Berbalik tentang kisah Lagenda Budak Setan Yang Gilakan Janda yang ditayangkan di seluruh pawagam pada 3 Jun.

Gua punya la eksited nak pi tengok cerita ni, sehari sebelum tu lagi gua dah pi wayang beli terus tiket. Sebab apa gua eksited? Gua pernah tempek trailer Lagenda Budak Setan disini, so cerita ni ada dalam ‘senarai wajib tengok’ gua Gua testing panggung wayang baru TGV yang baru bukak kat Wangsa Walk Mall, sangat selesa! Maybe sebab wayang baru kot, lagipun gua beli couple seat. Oops. :P

Title : Lagenda Budak Setan 2010
Duration : 1 Jam 40++ minit
Type : Romantic ‘Comedy’ =.=
My Rate : 3/5 stars

Sedikit info – Cerita ini hasil adaptasi daripada novel karya Ahadiat Akashah, yang fames pada tahun 90′an. (more…)

Trailer : Lagenda Budak Setan

Sunday, April 4th, 2010

[Quickpress]

Lagenda Budak Setan

Ye, memang gua obses dengan Lisa Surihani. Semenjak pandang pertama kami di restoran mamak suzy corner ampang, gua obses tahap 3 terhadap filem filem dia. I’m Not Single, antara feveret gua. Hari khamis ni ade cerita baru Lisa Surihani kat panggung, gua kompem pi tengok.

Berbalik kepada kisah Lagenda Budak Setan, gua taktau sangat info pasal movie ni. Apa yang pasti, movie ni adalah hasil daripada olahan novel karya Ahadiat Akashah yang fames pada zaman 90an.

Gua sanggup tunggu trailer dia load sampai habis walaupun youtube memang slow nak mampuih waktu tengah hari.

Dari apa yang gua tengok kat trailer, filem ni ada peluang nak meletup. Angle cantik, sound system best, part tampar menampar yang nampak real, part kubur dan banyak lagi. Huhu ni baru trailer je beb, harap harap la movie ni best bila tengok full version nanti.

Dan rasanya Farid Kamil memang cun dari dulu sampai sekarang bila bawa watak antagonis.
(more…)

Search
Chat Chot


FeedBurner RSS



Page 1 of 11

Copyright © 2012 TengkuAizat ^_^. Search Engine Optimization by Star Nine. Distributed by Wordpress Themes

Creative Commons License
Blog Tengku Aizat is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.
Based on a work at www.tengkuaizat.com.