Posts Tagged ‘indonesia’

Visit Indonesia – Trip to East Indonesia

Wednesday, December 23rd, 2009

AirAsia from KL to Ujung Pandang,Indonesia by tengkuaizat.com.
Cuaca semasa dalam perjalanan ke Indonesia.

Fuhh, dah seminggu lebih blog gua bersawang. Al maklum aje la, gua dah pi Indonesia selama seminggu. Dekat indonesia, speed internet dia jauh lagi rendah dari Malaysia dari segi kestabilan. Speed tenet diaorang memang laju,tapi tak stable. Guna wired macam guna wireless. Hasrat gua untuk tengok live streaming Sukan SEA bolasepak final Malaysia vs Vietnam terkubur begitu je. Apa pun tahniah buat team Malaysia, berjaya jugak dapat emas walaupun dikritik hebat. Kasi gam sket mulut2 busuk tuh.

Gua ke Indonesia menaikki AirAsia yang menyediakan penerbangan terus ke Ujung Pandang,Makassar. Tak perlu lagi transit² ke Jakarta dulu. Mudah dan senang,hehe. Thx to AirAsia pilot,Kapten Chandra Mohen yang berjaya membawa gua ke Indonesia dengan begitu cool sekali. :D

Iklan Airasia by tengkuaizat.com.

Semacam je iklan AirAsia ni,haha!
Flavour of the day? Tiffany Ong ^_^

Gua ke Indonesia bukan semata mata untuk bercuti, tapi lebih kepada menghadiri majlis graduasi kakak gua. Dia dah jadi dokte,haha. Universiti Hassanudin @ Makassar menjadi tempat pertapaan kakak gua selama 5 tahun ++. Sekarang semua dah selesai,huhu.
(more…)

Ambalat! Save my sister T_T

Saturday, June 6th, 2009

Pelajar Malaysia Di Indonesia Dinasihati Jangan Berdebat Isu Panas


Oleh Mohd Nasir Yusoff

JAKARTA, 3 Jun (Bernama) — Semua pelajar Malaysia di Indonesia dinasihatkan agar tidak berdebat mahupun berbincang mengenai beberapa isu panas yang sedang dimainkan oleh media massa Indonesia sekarang, termasuk tuntutan bertindih ke atas Ambalat di perairan Sulawesi dan isu Cik Puan Manohara Odelia Pinot.

Menteri Penasihat Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia di sini, Dr Junaidi Abu Bakar berkata beliau mengeluarkan peringatan itu kepada semua pemimpin pelajar di 13 kampus di mana terdapat pelajar Malaysia, bagi mengelak terjadinya perdebatan yang tidak terkawal sehingga mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

“Pesan saya kepada semua pelajar dan pimpinan Persatuan Kebajikan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) seboleh-bolehnya kita janganlah berdebat dengan mana-mana pihak dari Indonesia. Biarlah pihak berkuasa menangani pemasalahan ini termasuk isu Ambalat dan juga Manohara,” katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata di samping itu, pelajar Malaysia juga dinasihatkan lebih berhati-hati semasa menghadiri kuliah, pulang kuliah dan juga ketika berada di khalayak ramai serta memberitahu teman-teman lain sekiranya ingin pergi ke sesuatu tempat.

“Jika ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, harap dimaklumkan segera kepada saya atau Kedutaan Besar Malaysia atau pihak berkuasa tempatan,” katanya yang menambah bahawa semua pelajar sudah mempunyai nombor hubungan dengan beliau mahupun para pegawai kedutaan.

Mengenai laporan media massa bahawa ada pihak tertentu akan mengusir pelajar-pelajar Malaysia dari kampus mereka, beliau berkata Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia telah memberi jaminan kepadanya bahawa hal itu tidak akan berlaku.

“Saya telah berhubung dengan pihak Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi di sini dan diberitahu bahawa setakat ini tidak ada apa-apa arahan dikeluarkan ke arah itu berkaitan perkembangan terbaru isu-isu dua hala Malaysia-Indonesia,” kata Junaidi.

Satu laporan dari Medan hari ini menyebut sebuah pertubuhan tempatan, Pertubuhan Masyarakat Pancasila Indonesia (MPI) memberi jaminan akan melindungi mahasiswa Malaysia yang belajar di pelbagai universiti di Indonesia sama ada daripada diusir mahupun diganggu keselamatan mereka.

Junaidi yang juga Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia berkata MSD sentiasa memantau perkembangan mahasiswa yang berada di semua universiti di sini.

Beliau meminta ibu bapa di Malaysia yang memerlukan maklumat lanjut supaya menghubunginya melalui SMS ke telefon bimbitnya bernombor 6281808811111 atau email ke alamat [email protected]

Katanya sehingga kini belum ada sebarang aduan diterima daripada mana-mana pelajar Malaysia di sini mengenai sebarang ancaman ke atas mereka.

– BERNAMA

Ambalat? What the heck is that?!

(more…)

Phuket,Bali or Pattaya?

Monday, May 4th, 2009

Perghh,berhabuk sudah blog ni. T_T

Agak sibuk tgn ASS-I-MEN,ahahaha. Tambahan pula dengan perasaan malas yang menebal,rasa tersangat lah berat untuk melakukan sesuatu kerja……
melainkan tido :mad:

Okay,aku dgn kawan² bercadang untuk bercuti pada akhir tahun ni…
Ada 3 tempat yang menjadi pilihan :up:

-Phuket,Thailand
-Pattaya,Thailand
-Bali,Indonesia

Semua internasional beb :grin:
Kami mungkin pergi berempat sahaja,tanpa keluarga. Weeeehuuu!
Feel bercuti dengan rakan sgt best,tak sabar tak sabar tak sabar! :razz:

(more…)

Search
Chat Chot


FeedBurner RSS



Page 2 of 212

Copyright © 2012 TengkuAizat ^_^. Search Engine Optimization by Star Nine. Distributed by Wordpress Themes

Creative Commons License
Blog Tengku Aizat is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.
Based on a work at www.tengkuaizat.com.