Hidup Berani Untuk Gagal
Monday, December 7th, 2009HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
Hari ni gua nak bercerita sedikit tentang HIDUP BERANI UNTUK GAGAL . Dah lama rasanya tak tulis post yang agak personal, selama ni banyak post merapu rapik aje muahahaha. Back to the topic, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Gua nak bercerita pasal kegagalan dalam berbisnes. Dah banyak dah gua tengok orang buat drama pasal tikam belakang, kawan makan kawan dan sebagainya dalam berbisnes sampai tercetus kegagalan dalam hidup. Lepas tu mula la hidup terumbang ambing. Kawan kawan? Duk enjoy ntah mana mana.

Tinggal Kenangan ^_^
Punca gagal? Senang je. Bad management,bad attitude. Dan yang paling penting, duit modal untuk run cybercafe ni bukan duit hasil titik peluh dia. See? Bila dah dapat modal pun senang, kerja semua jadi sambil lewa. Dia lupa tentang HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Bila dah bos sambil lewa, akan ada makhluk makhluk sekeliling yang berani untuk mengambil kesempatan. Tak boleh salahkan diaorang yang mengambil kesempatan bukan? Diaorang berani sebab apa? Tokey buat bisnes sambil lewa.
Bukan melayu je yang mudah lupa,cina india semua sama. Tapi jarang gua tengok cina yang run bisnes main main. Biarpun bisnes mereka tu tak la bagus mana, tapi komitmen terhadap bisnes memang tinggi. Mereka HIDUP BERANI UNTUK GAGAL , berani untuk explore benda benda baru.
Pada peringkat awal bisnes, tempat member gua run cybercafe ni ade 2 lagi persaingan. Memang sengit. Semuanya HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Yang bestnya lagi semua CC ni @ 1st floor. So macam adil la kan,takde sekor cc pun yang duk ground floor. Awal bisnes memang sakit beb. Sehari dapat rm60++ je! Macam mana mau hidup? Aircond ada 2,yang besar punya. Lampu lagi,pc lagi. Perghh,nak bayar bil letrik pun tak lepas. Tapi bos tu HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, dia run jugak cc. Dia update dengan kehendak pelanggan,akaun syarikat dijaga rapi. Sebut je ape masalah,berdesup dia pi settle.
Manusia mudah lupa. Lupa akan prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Makin hari perniagaan makin maju. Sampai tokey cc cina datang cc member aku ni haa, mintak nak syncronise kan harga. Perghh,tengok semangat berniaga cina tu. Sanggup tebal muka pi cc lain semata mata nak kurangkan persaingan. Dia HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
Dari sehari income RM60++ jadi RM900++. Bila dah senang, start enjoy. Orang kaya la katakan. Dah takda istilah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dalam diri. Takde simpanan untuk saat saat kecemasan. Cybercafe diabaikan. Moralnya kat sini, nak buat bisnes biar sirius. Tokey sibuk honeymoon, pekerja sibuk renovate cc. Bila tokey balik, apa yang dia cakap? ‘BagusX3,ni hadiah honeymoon aku eh? haha’. Pekerja mana yang tak berapi telinga dengar macam tu. Kita kat sini susah payah, dia boleh senang lenang. Memang dia bos, tapi dia ada share partner. Share partner dia je la yang asyik take care cc tuh. Bila gua mention ‘pekerja’ tu maknanya termasuk sekali dgn share partner dia. Tokey dah start hidup untuk gagal. Share partner je yang HIDUP BERANI UNTUK GAGAL je pun susah jugak kan?
(more…)
