Posts Tagged ‘filem 2010’

The Malay Chronicles : Bloodlines 2010 Trailer

Monday, April 26th, 2010

Short Entry.

Dulu gua pernah ngomel ngomel tentang Filem 2010 – Hikayat Merong Mahawangsa a.k.a The Malay Chronicles.

Kat post tersebut gua ada sebut serba sedikit tentang filem ni dan kat entry tu jugak ada trailer cerita ni. Dua hari lepas, KRUSTUDIO meng’upload’ trailer baru cerita Hikayat Merong Mahawangsa @ The Malay Chronicles : Bloodlines.

Berdasarkan apa yang gua tengok dari trailer no. 2 dia, satu je gua cakap. Superb!
(more…)

Trailer : Lagenda Budak Setan

Sunday, April 4th, 2010

[Quickpress]

Lagenda Budak Setan

Ye, memang gua obses dengan Lisa Surihani. Semenjak pandang pertama kami di restoran mamak suzy corner ampang, gua obses tahap 3 terhadap filem filem dia. I’m Not Single, antara feveret gua. Hari khamis ni ade cerita baru Lisa Surihani kat panggung, gua kompem pi tengok.

Berbalik kepada kisah Lagenda Budak Setan, gua taktau sangat info pasal movie ni. Apa yang pasti, movie ni adalah hasil daripada olahan novel karya Ahadiat Akashah yang fames pada zaman 90an.

Gua sanggup tunggu trailer dia load sampai habis walaupun youtube memang slow nak mampuih waktu tengah hari.

Dari apa yang gua tengok kat trailer, filem ni ada peluang nak meletup. Angle cantik, sound system best, part tampar menampar yang nampak real, part kubur dan banyak lagi. Huhu ni baru trailer je beb, harap harap la movie ni best bila tengok full version nanti.

Dan rasanya Farid Kamil memang cun dari dulu sampai sekarang bila bawa watak antagonis.
(more…)

Filem 2010 – Hikayat Merong Mahawangsa a.k.a The Malay Chronicles

Tuesday, February 23rd, 2010

Semalam baca paper ada satu artikel tentang promosi filem terbaru KRU studios, Hikayat Merong Mahawangsa.. Filem ni berjaya mendapat tempahan beberapa negara luar dan juga dikenali sebagai The Malay Chronicles: Bloodlines. Gile gempak kan?

Tengok intro macam best jugak, total cost pengambaran pun telan RM8 juta. Harap KRU studios lebih produktif dan berani keluarkan filem2 berkualiti tinggi dengan bajet bersesuaian. Kalau boleh jadi macam taikun filem Phang Brothers kat hong kong tu.

Dari trailer yang gua tengok, grafik dia kali ni memang sempoi gile. Gua tabik la sama KRU. Rasanya CGI filem ni jauh lebih baik daripada Cicakman yang agak ntah-ape-ape tu. Tapi nak puji lebey lebey pon tara bole maa, kena tonton dulu filem ni. Gua dah google tentang tarikh bila filem ni akan berada di pawagam, tapi takde pulak detail. Yang pasti, tahun 2010. (more…)

Search
Chat Chot


FeedBurner RSS



Page 1 of 11

Copyright © 2012 TengkuAizat ^_^. Search Engine Optimization by Star Nine. Distributed by Wordpress Themes

Creative Commons License
Blog Tengku Aizat is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.
Based on a work at www.tengkuaizat.com.