Posts Tagged ‘facebook’

Berhati hati ketika kutuk yahudi di Facebook

Thursday, July 1st, 2010

hati hati ketika ber facebook

Salam semua. Gua rasa tak perlu lagi gua kenalkan apa itu facebook, dengar je facebook semua orang dah tau. Sampaikan goverment promote ’1 Malaysia’ pon nak guna facebook. Haha, post kali ni ringkas je. Sekadar peringatan kepada semua  di atas apa yang berlaku kepada account kawan gua.

Gua tau ramai diantara lu orang yang mempunyai perasaan anti-jews/israel yang sangat tinggi, mengalahkan askar yang nak pi berperang. Tapi lu orang semua kena ingat, Facebook lu orang yang penuh dengan gambar gambar posing lu orang tu operated by jewish.

Memang la lu orang boleh buat dengan apa lu orang punya suka kat account sendiri, tapi lu orang kena ingat yang Facebook sentiasa memerhatikan apa yang lu orang buat. Korang nak kutuk israel sebab attack flotilla ke, nak kutuk Anwar Ibrahim sebab ada connection dengan jewish ke, nak kutuk zionis ke, semua tu boleh. Tapi ingat, Facebook ada Terms Of Services (TOS). (more…)

Facebook : Hina Nabi Muhammad dan Sultan

Thursday, February 11th, 2010

http://www.sales2marketing2.com/facebookRevolution/images/facebook-logo.gif

Gua emo betul bila tengok ada remaja remaja WARGANEGARA MALAYSIA yang tak sedar diri menghina Nabi Muhammad SAW. Yang pastinya gua cakap bukan berdasarkan omong kosong. Dah la hina Nabi Muhammad, dia boleh pulak mempermain mainkan kemangkatan sultan kita.

Negara Malaysia ada rukun negara, siapa tak boleh ikut anda dipersilakan tukar warganegara. Jadi la rakyat singapore ke, rakyat vietnam ke, rakyat china ke, janji kamu dan kamu semua yang tak reti hormat prinsip rukun negara ni keluar dari Malaysia.

Rukun Negara ada 5, meh gua nak ingatkan balik. Gua tau ramai dah lupa. Ada yang tak boleh bercakap bahasa Malaysia pun, macam mana nak hafal rukun negara kan?
(more…)

Blogger’s Tee Arrived, tapi….

Thursday, October 29th, 2009

Perghh nak dekat 2 bulan jugak gua meroyan nak tshirt Blogger’s Tee yang cik Saffa jual ni, akhirnya penantian tu tamat jugak semalam ^_^.

Tengku Aizat Blogger's Tee ^_^

Tengku Aizat Blogger's Tee ^_^

Kesian gua tengok cik saffawati nih, dengan exam final dia sempat luang masa utk urus blogger’s tee ni. Kejap orang tu ngieuuu ngieeee kejap orang ni ngieuuu ngieeee ade saje orang yang cari cik saffa ni sebab nak tau perkembangan tshirt. Gua pun tensen tgk saffa tensen,haha!

Ape pun gua tetap dapat blogger’s tee lewat sehari dari orang lain. Tagline Pos Laju ‘Pasti Sampai Esok‘ sudah tidak boleh digunapakai.
Geram gak gua bila sampai depan pagar rumah,ada sehelai ‘sampah’ atas jalan. Gua kutip,baca. Rupanya ‘Sorry Note’ pos malaysia,damn! Kalau gua tak prasan note tu,kompem gua tak dapat lagi tshirt ni. Aduyaii. :x
Encik posto,sila selit note pos laju ditempat yang lebih selamat selepas ini. Terima Kaseyy!

Gua baru tau kalau dapat sorry note tu,tak boleh collect barang pada date kita dapat note. Mesti angkat barang sehari selepas dapat note. Aduiyai,kempunan lagi satu hari. Bazir duit minyak je pegi pejabat posto.

Bila dah collect, gua segera inform cik saffa. Takut dia ternanti nanti ape status item yg dihantar.
Mujur je la tshirt yang gua order ngam ngam hap shooi!
Bak kata kak finafedora;) bertambah kachak la awak nanti..
Muahahahahaha,ye akak chun! Saya memang kachak :P

Dengan logo twitter,wordpress,blogger dan facebook kat tshirt tu mmg gua nampak kachak ngiahahhahaa.

Tapi…..
(more…)

Search
Chat Chot


FeedBurner RSS



Page 1 of 11

Copyright © 2012 TengkuAizat ^_^. Search Engine Optimization by Star Nine. Distributed by Wordpress Themes

Creative Commons License
Blog Tengku Aizat is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.
Based on a work at www.tengkuaizat.com.