Sukan SEA : Bolasepak Malaysia live? memang kartun!

Ape ni tekan tekan talaha?! sakit punai den!

Waktu bolasepak Malaysia masih di peringkat grouping, Shabery hot chick cakap ape? Taknak siarkan live sebab brodcasting rights mahal sgt. RM3.5million dalam masa yang singkat, tak sempat cari penaja, taknak bazir duit rakyat blablabla bersembur sembur air liur.

Bila game pertama Malaysia start dengan penuh gaya selepas baham Timor Leste 11-0, dah ramai bising apasal takdak live blablabla.
Menteri tetap ulang pendirian,tak nak bazir duit rakyat.

Bila game kedua Malaysia yang agak kontroversi dek kerana Reff korea, Malaysia kalah dengan Vietnam 1-3.
Orang duk bising lagi mana live blablabla,jawapan menteri tetap sama. Lagipun diaorang kata ada live pun tak guna, mustahil dapat beat game ke tiga, Thailand. Mentaliti player rendah blablablabla. Nyampah gua.

Bila game ketiga start,gua tengok game ni dari awal sampai habis streaming dari tv thailand je. Memang hati berdebar debar gak. Dalam otak duk pikir yang Malaysia memang takde harapan dah la nak pi semi final. Thailand power siott, gua makin gundah gulana bila Thailand leading 1-0 hasil freekick Omprompompom Naratiuwtiuw yang cantik menjolok jolok gawang gol Malaysia. Keeper Malaysia, Sarbinee dah cuba sebaik mungkin untuk stunt ala-ala hero hindustan tapi gagal. Dalam hati gua ada jugak sekelumit perasaan yang bahawa Malaysia akan menang. Tapi otak pikir sebaliknya, lagi lagi bila Thailand leading.

Dengan streaming online tersekat sekat, gua menjerit sorang kat rumah bila Malaysia score gol penyamaan. Dan sekali lagi gua meroyan bila Malaysia score pada masa kecederaan. Memang masa tu airnaikkapla laa. Tak ingat dunia punya happy.
Start Malaysia singkirkan Thailand la lagi ramai orang mengamuk kenapa takda live sukan sea bila team terbaik kita tengah on form.

Untitled.png
Peberbit Sukan RTM.

Bila dah beat team power, baru kelam kabut nak deal. Menteri punya jawapan pulak sudah semestinya dia dengar keluhan rakyat. Sebab tu usaha jugak untuk ada live. HAHA! RTM cakap tak sempat nak cari sponsor sbb harga 3.5 juta terlampau tinggi. Bagi gua, depa ni memang suka buat kerja last minute. Gua geram betoi la. Apa pun,terima kasih jugak buat RTM yang masih lagi ada inisiatif untuk menyiarkan sukan kegemaran ramai ni. :D

Lepas menang dgn Thailand, macam macam benda keluar. Haha,tipikal right?

Menteri mahu bola sepak raih emas

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mahu skuad bola sepak bawah 23 negara menamatkan penantian 20 tahun pingat emas pada Sukan SEA XXV, Laos yang sedang berlangsung.

Pembangunan bola sepak ke Kabinet

“Keputusan negara penganjur yang mengenakan caj tinggi dalam masa yang singkat menyebabkan RTM tidak cukup masa untuk mencari penaja ekoran mereka tidak mahu menggunakan duit rakyat untuk tujuan penyiaran ini.”

Tabung mampu bantu pembangunan bola sepak

Bekas tonggak tengah Selangor, Zainal Abidin Hassan pula memuji penyatuan yang ditunjukkan Ahli Parlimen dari kedua-dua pihak yang meletakkan kepentingan bola sepak negara mengatasi perbezaan politik.
( ye ke ni? Myuskil jap)

-Utusan

Menteri suruh kita ambil tahu tentang sukan, tapi dia sendiri yang liat nak siarkan tentang sukan. Nasib baik sekarang dunia ade internet.
Majulah sukan untuk negara? Haha,geli ketiak ar.

Zaquan Adha

Apapun gua harap Zaquan Adha cepat pulih dan mampu datang balik ke Laos untuk fight bersama Malaysia dalam semi-final.

Difahamkan, ujian awal di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) semalam, mendapati Zaquan mengalami luka kecil di mata kiri.

Keadaan itu menyebabkan dia perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan pengesahan doktor, sama ada masalah yang dialaminya itu akan memudaratkannya jika dia beraksi juga.

Difahamkan, doktor akan memberi pengesahan mengenai keadaan mata Zaquan pagi ini.( Utusan Ahad 13/12/09)

Kalau Malaysia masuk final, gua berjaya sumbat mulut petai dengan stokin busuk. Muahaha,tak kenal sapa petai? Pi harimaumalaya punya forum ^_^

ps : Kalau la RTM tak jadi tunjuk live,korang boleh check kat link ni untuk streaming game.
http://laofootball.blogspot.com/

pss : Gua nak ke Indonesia esok untuk 1 minggu, agaknya kat indo ada tak channel tunjuk bola Malaysia nanti? ^_^

UPDATE 10.30PM 13/12/2009
Esok 14/12/2009 comfirm ada live bola sepak Sukan SEA Malaysia vs Laos kat TV2 pukul 8 malam!
YAAAAAABEDAAABEDOOOOOOO!

tapi…. gua tetap takleh tengok. dah ada di indonesia dehh T__T

Posts yang berkaitan

Review, pengalaman

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

22 Responses to “Sukan SEA : Bolasepak Malaysia live? memang kartun!”

Leave Comment

(required)

(required)


CommentLuv Enabled