Apa yang penting? Kerjasama ^_^

Umum mengetahui bahawa skuad bola sepak Malaysia baru sahaja menamatkan penantian rakyat Malaysia selama 20 tahun setelah mendapat pingat emas pada kejohanan Sukan SEA yang berlangsung di Vientien, Loas baru baru ini setelah mengalahkan Vietnam dengan jaringan 1-0.

Perghh,ayat intro takleh bla arr. Haha.

Ada lagi rakyat Malaysia yang bising. Malaysia menang nasib je sebab own goal dari player Vietnam? Gua pedulik apa, janji menang.
Kalau takde si Safiq yang buat inner crossing tu takde nye Malaysia nak dapat 1 gol. Pi tengok balik video final tuh.

Gua dah tak nampak mana mana pihak ulas tentang skuad bola sepak WANITA Malaysia yang pergi ke Laos baru baru ni. Depa ni pi makan angin kot, tu pasal kena titik kaw² punya. Ni skuad bolasepak padang ke futsal nih? Lawan 3 game, semua game kena titik lebih daripada 5 gol. Ape kejadahnya? Malaysia masih belum ada lagi league yang proper untuk skuad bola sepak padang WANITA, so pendapat gua tak payah la menghabiskan duit hantar depa ni masuk any competition. Bikin malu aje.

Gua kompem ramai tertanya tanya macam mana minah² ni boleh masuk selection skuad negara walaupun takde league kan? FAM pilih diaorang berdasarkan kejohanan² futsal yang dianjurkan. Futsal dengan bola padang jauh beza beb.

Dah sesat jauh nihh,haha.

Tan Truong – Pelakon terbaik masa final!

Lepas kecoh 1 Malaysia selepas kemenangan bersejarah skuad Malaysia bawah 23, skuad ni terus dijadikan skuad senior. Tak lama lepas tu kecoh pasal player Vietnam yang hanya dapat silver medal mendapat ganjaran RM720,000 seorang! Ganjaran tersebut diberi oleh govt. Vietnam + sponsor pasukan Vietnam.

2~3 hari lepas tu terus keluar dekat paper,PENGERUSI FAM sms dari London siott. Setiap seorang pemain Malaysia diberikan ganjaran RM30,000 seorang. Nampaknya Rita Rudaini makan besar la ek? haha. Ganjaran bukan dapat kat player sahaja. Jurulatih, penjaga diet dan semua yang terlibat dalam membentuk skuad Malaysia ni akan mendapat ganjaran.

Ada makhluk yang membuat perbandingan tentang ganjaran yang diterima, kebanyakkannya mempersoal kenapa player Malaysia tak dapat ganjaran yang setimpal seperti player Vietnam? Setiausaha Agung FAM jawab…

Menurut Azuddin, adalah tidak adil bagi sesiapa yang membandingkan jumlah imbuhan yang diterima oleh pemain kita dan Vietnam.

‘‘Apakah matlamat membanding-bandingkan imbuhan yang diterima oleh pemain kita dan Vietnam?

‘‘Bagi saya biarlah mereka (Vietnam) dengan cara mereka dan kita dengan cara kita.

‘‘Kita memberi imbuhan mengikut kemampuan kita. Jumlah yang kita beri adalah jumlah yang kita mampu.

‘‘Saya percayai para pemain kita berpuas hati dengan imbuhan yang mereka terima. Saya percaya mereka tidak menilai kejayaan mereka dari sudut wang ringgit,’’ katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

- Utusan

Lalalalala. Apo pendapek? Perlu ke pemain Malaysia menerima imbuhan yang lagi besar dari jumlah sekarang?
Atau RM30,000 tu sudah memadai dengan jasa besar mereka membawa pulang pingat emas setelah 20 tahun kemarau?

.

p/s : istilah PENGERUSI FAM tak sama dengan SULTAN.
PENGERUSI kena buat kerja, SULTAN bagi orang kerja. Itu beza! Blah la wei nyanyok.

pss : Kepada player Malaysia yang rasa RM30,000 tu masih tak cukup, tak mengapa. Boleh lagi mencuba nasib dalam Anugerah Olimpian Majlis Olimpik Malaysia (MOM), bulan depan. Kalau menang dapat lagi RM10,000 ^_^

Posts yang berkaitan