Pusingan Roda Kekalahan
England menyertai Piala Dunia sebanyak 13 kali dari tahun 1930 hingga 2006. Malangnya, dari situ, hanya sekali sahaja England berjaya memenangi Piala Dunia, iaitu pada tahun 1966 apabila England berjaya mengalahkan Jerman Barat dengan jaringan 4-2. Pencapaian terbaik selepas 1966 pula adalah tahun 1990, di mana England mendapat tempat ke empat, kalah dengan pasukan Itali. Ramai yang menganggap kekalahan berpanjangan ini adalah satu sumpahan bagi pasukan England. Kegagalan pasukan England menjuarai Piala Dunia setiap kali pertandingan diadakan sentiasa sahaja mengikuti kitaran berikut :
Fasa 1 : Sebelum Perlawanan Yakin Pasukan England Pasti Memenangi Piala Dunia
Pada fasa ini, kebanyakan tokoh dan pengurus pasukan mengatakan dengan penuh yakin England dapat menang. Ramalan ramalan ini datang daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin politik dan negara, pengurus kelab, jurulatih, dan penyokong. Antara pengurus pasukan yang terkenal, Alf Ramsey, turut meramalkan kemenangan England pada tahun 1966 dan ia menjadi kenyataan. Beliau satu satunya pengurus yang berjaya membawa pasukan England memenangi Piala Dunia. Tetapi, ramalan beliau tidak sentiasa tepat.

Alf Ramsey – England the 3 Lions! Meowww!
Apabila pasukan England kalah pada tahun 1970, beliau terperanjat dan berkata, “Kita harus teruskan perjuangan dan melihat ke hadapan, Piala Dunia di Munich pula. Peluang kita untuk menang nampaknya lebih cerah.” Malang sekali, England gagal, malah tersingkir di peringkat kelayakan lagi pada Piala Dunia 1974 dan 1978.
Glenn Hoddle, pengurus pasukan England pada tahun 1998 mengakui, “saya sebenarnya yakin yang England dapat memenangi Piala Dunia ini.” Beliau berkata begitu sebaik sahaja pasukannya tersingkir daripada perlawanan. Seorang lagi pengurus pasukan yang pulang awal, Ron Greenwood, berkata sebelum perlawanan, “Saya benar- benar yakin England menjuarai Piala Dunia tahun 1982.” Pada Piala Dunia 2006 pula, pengurus pasukan England, Sven Goran Eriksson berkata, sebulan sebelum perlawanan bermula, “Saya yakin kita pasti menang kali ini.”

Eriksson – Lihatlah keyakinan saya selepas menggunakan Yun Nam Hair Care!
Saya yakin England pasti menang, yakin…
Bukan pengurus pasukan sahaja yang berfikiran begini. Salah seorang pemain pasukan England, Johnny Hynes dengan hampa memberi komen sebaik sahaja England tersingkir pada tahun 1958, ” Semua orang di England percaya kita ditakdirkan memenangi Piala Dunia tahun ini.”
Mereka percaya kemenangan itu milik pasukan England kerana disitu lahirnya sukan bola sepak dunia. Tiada pasukan negara lain yang layak menerima kegemilangan itu. Kepercayaan ini dipegang oleh ramai tokoh sukan, pemain dan penyokong.
Ahli sosiologi, Stephen Wagg, yang masih berpijak di bumi nyata pernah menulis, “Sebenarnya, England hanya negara yang meminati bola sepak, sama seperti negara-negara lain. Pasukan bola sepaknya juga sama seperti pasukan bola sepak negara-negara lain.” Kenyataan ini sedang diterima perlahan-lahan oleh semua.
Bersambung…
Buku Soccernomic tulisan Simon Kuper, antara penulis buku sukan bola sepak terkemuka di dunia dan Stefan Szymanski, profesor bidang ekonomi dan merupakan dekan kursus MBA di Cass Business School, London.
Buku ni ditulis dalam bahasa Inggeris, dan telah di translate ke Bahasa Melayu. Seperti yang gua janjikan di twitter, gua akan kongsikan benda benda menarik dalam buku ni. Nak detail hangpa boleh pi beli buku ni, gua share yang mana hot hot sajee, hehe.
p/s : Sokong kelab England tak semestinya sokong England


aku tak berapa nak berkenan dengan pemilihan pemain england..ntah pape :vangry:
aizuddin´s last [type] ..Pengalaman Memenatkan Di Singapura
[Reply]
Gua rase ade something wrong kat team England sejak 1966 sampai sekarang….
meor´s last [type] ..Jom Kenali Legend – Azizul Abu Haniffah
[Reply]