Title gempak tak? haha

Semakin hari semakin menjadi jadi virus Influenza A H1N1 ni. Sekolah gua,SMK Taman Melati je dah ada 2~3 orang H1N1. Gua tak tau pe cerita sekolah sekarang ni,maklum la dah 2 minggu terperap dalam rumah.
Jangan melarat la swine flu ni,gua pun rasa macam nak demam. Selsema batuk semua dah rasa. Adoi,jgn la H1N1.
Gua juga dimaklumkan yang 10 orang budak sekolah aku yang demam diarahkan pulang,haha. Sejak bila sekolah gua begitu concern tentang penyakit-penyakit ni pun gua taktau. Mungkin Datin Panglima Zavirah,pengetua rambut ala2 Dark Vader tu dah tau apa tu erti penyakit merbahaya.
Kalau tak sebelum ni,punya la kejam datin tu. Hanya budak SMK Taman Melati je yang tau perangai datin sorang ni.
Kelmarin gua ke Hospital Besar Kuala Lumpur,follow-up kaki robot gua. Perghhh bukan main ramai dekat area ‘pesakit luar’ tu,hampir semua kes demam. 85% demam 15% lain lain. Cuak pun ade gak,mana la tau ada minah cun kena H1N1 tak pasal2 je berjangkit.
Mak gua gi jumpa member2 dia dekat wad lama dia sementara aku tunggu giliran. Lama gak orang tua ni bersembang. Dari info mak gua, sebenarnya kes Virus selsema babi H1N1 ni dah terlampau banyak di HKL. Wad sampai overload,cuma tak kepoh kepoh kat tv je.
Gila la ini virus,dah la boleh mutate. Macam X-Men la pulak
Terbaru,Presiden Costa Rica, Oscar Arias telah dijangkiti virus selesema babi atau influenza A(H1N1) menjadikannya ketua negara pertama yang didapati menghidap selesema babi.
Presiden pun tak terlepas dari selsema babi,hahaha.
11 Ogos – Jumlah kematian akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) terus meningkat apabila enam lagi mangsa dicatatkan hari ini menjadikan 38 kes setakat ini. Sebanyak 270 kes baru dilaporkan yang kesemuanya jangkitan tempatan menyebabkan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,252 kes *utusan*
Tiap tiap hari ada orang masuk goal sbb H1N1,banyak betul penyakit pelik akhir2 ni… Akhir zaman kot.
Sampai kerajaan suruh buat solat hajat utk memohon perlindungan daripada penyakit maut ni. Jom masing2 dengar kuthbah jumaat ni pasal selsema babi ![]()
Sedikit info tentang virus selsema babi H1N1
1. Apakah Selesema Babi?
Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A.
Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau
tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai
sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi)
2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yang wujud?
Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4
subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus
yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian
Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine
Influenza (Selesema Babi).
Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan
gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen
daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant).
Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya
menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia.
Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus
H1N1.
3. Apakah tanda ‘symptoms’ dan gejala Selesema Babi pada manusia?
Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema
manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan
berasa sejuk dan lesu.
Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.
Credit to Wikipedia
Gua tak sure sama ada ‘selsema’ atau ‘selesema’. Jadi gua mix dua2 dalam post ni,haha.

pergh. aku pun keseraman baca nie. esok nak gi daftar masuk UNiSEL balik. Siap suh bawak surat pengesahan doktor. takbleh blah btol. Haha.
.-= aman´s last blog ..Office Web Bakal Menyokong 3 Pelayar Web Sahaja? =-.
[Reply]
blowie Reply:
August 12th, 2009 at 10:21 pm
haha,semua orang goyang sekarang ni. dah braper banyak Uni/Sekolah yg tutup dah
[Reply]
blowie Reply:
August 12th, 2009 at 10:37 pm
btw bro,susah ke nk komen kat blog ni? dapat error pe ye?
[Reply]
tu h1n1 dah memfakap babi la tuh..huhuhu
.-= Roslan Nazri´s last blog ..FA Community Shield Chelsea vs Man Utd Di Maulana =-.
[Reply]
blowie Reply:
August 12th, 2009 at 10:34 pm
hahaha,virus paling annoying~!
[Reply]
meh smyg hajat rmai2
.-= x-po´s last blog ..KINI ADVERTLETS, OH! =-.
[Reply]
blowie Reply:
August 12th, 2009 at 10:36 pm
jom jom jom,nantikan jumaat ni :up:
[Reply]
kesian.. babi tuh tak bersalah… hahaha
tapi orang babi tuh tak kene ken H1N1?
pelik ar.. hagaknye depa pon dah macam babi… lepak sial~
[Reply]
blowie Reply:
August 12th, 2009 at 10:28 pm
hahahaahhaa,babi pun ade geng daa
[Reply]
nasib baiklah aku tak kena selsema babi ni masa g KL hari tu. demam biasa jek. huhu.
klau doc tanya aku muntah ke tak, aku jawab je YA, confirm kena kuarantin terus.. nasib baik aku jawab, ala doc, demam biasa je ni. muntah pun tada.
skrg ni beransur pulih dah. cuma batuk je tak ilang2 lagi. nak tercabut anak tekak ni klau batuk. haha..
p/s: blowie, ko pakai plugin apa ye utk smiley2 tu. geram betul aku nengok. blog aku xde smiley r..
.-= baloot´s last blog ..(Pertandingan) Dapatkan eBook Percuma – How To Make Money With YouTube =-.
[Reply]
blowie Reply:
August 12th, 2009 at 10:27 pm
nasib baik bro x kne itu virus babi,haha
bro nk smiley pack ni ke? hee
:vangry: :up:
:pirate:
bole aje,bro baca kat sini
http://www.noktahhitam.com/emoticon-pack-for-wordpress.html
[Reply]
okeh makacih blowie.. :XO:
.-= baloot´s last blog ..(Pertandingan) Dapatkan eBook Percuma – How To Make Money With YouTube =-.
[Reply]
sama2 berdoa moga virus ni cepat berlalu.
.-= e´s last blog ..tengah cari theme =-.
[Reply]
blowie Reply:
August 13th, 2009 at 7:32 am
aminn~~
[Reply]
Ujian Allah…manusia terlalu degil untuk menerima keburukan yang dinyatakan dalam Al-Quran tentang BABI..ini hanya gejala kecil yang diturunkan untuk menyedarkan manusia…adakah manusia itu akan sedar?
.-= wanwma´s last blog ..No.1 Dari 100 Tokoh Paling Berpengaruh Di Dunia =-.
[Reply]
blowie Reply:
August 15th, 2009 at 2:56 am
sebenarnya majoriti orang bukan islam dah tau tentang keburukan BABI,tapi diaorg cakap daging babi tu sedap.
Nafsu makan BABI diaorg lagi kuat,hahaha.
[Reply]
smlm i kene check nasib baik takda pape.
cube bygkn i kene kuarantin, x dpt nk msg dgn u sbb u ta amik numbe phone i pn +_______+
*eh bdk schl lg ey?
[Reply]
blowie Reply:
August 15th, 2009 at 3:00 am
bak sini no phone u,wahahaha.
bkn u dh tau ke aritu? masa kita chat dlm twitter dgn eny debab,korang ckp i bwh umur lg
[Reply]
haha.
ko dok umah sbb penyakit sndri.
eh, aku bebaru ni demam trok.
g jumpa doktor, elok da.
skrang kwn2 sebilik aku dmm plak.
kena kuarantin lak tu,
haha!
akibat anas yg comel ini.
xD
[Reply]
blowie Reply:
August 15th, 2009 at 3:02 am
ko mmg! pembawa bala penyakit,hahahaha
[Reply]
dijangka 10% akan kena. banyak tuh kan. hehe
.-= KNizam´s last blog ..Chef Wan Bakal Muncul Dalam Oprah Winfrey Show ! Malaysia Boleh! =-.
[Reply]
blowie Reply:
August 15th, 2009 at 3:04 am
gila laaaa,sekarang ni nak pegi hospital pun dah takot.
mana taknya,elok2 takde H1N1 bila pegi hospital je kena H1N1
[Reply]
aku dh selsema neh T.T
.-= amoi´s last blog ..TM NET oh TM NET! =-.
[Reply]
blowie Reply:
August 15th, 2009 at 3:10 am
abis la ko wahai amoii,tanda tanda dh ade dah tuuuu
[Reply]
mulut ko jgn longkang

.-= amoi´s last blog ..TM NET oh TM NET! =-.
[Reply]
blowie Reply:
August 17th, 2009 at 3:06 am
awat? takot ka? hahaha
[Reply]
bahaya lah virus nieh
hee
[Reply]
blowie Reply:
August 21st, 2009 at 2:08 am
mane awk tau bahaya? penah jumpe ke? hehehe
.-= blowie´s last blog ..Askar sanggup atau terpaksa mati di medan perang? =-.
[Reply]
haha…aku pun terdemam lak time musim h1n1 nie…tak pasal2 jek kena kuarantin…. dah missed kuliah free.
.-= fahmi087´s last blog ..Aku Nak Membebel Sebentar =-.
[Reply]
blowie Reply:
August 21st, 2009 at 2:10 am
hahahaha,mesti best gila kena kuarantin.
takleh gi mane2
.-= blowie´s last blog ..Askar sanggup atau terpaksa mati di medan perang? =-.
[Reply]
fahmi087 Reply:
August 21st, 2009 at 12:28 pm
best tu tak gak…bosan lebih dari biasa. makan tido je kerja aku seminggu. rugi la missed kuliah…
[Reply]
titLe bEst arrrrrrrrr, , ,
[Reply]
err..sal selsema or selesema 2 stu jew yg btul lowh..
dowg da tkar ejaan bru..
ney sure pnye..ejaan diew ‘SELESEMA’..
okeh??
don’t confius keh..
[Reply]