POSTER LAGENDA BUDAK SETAN

Review : Lagenda Budak Setan 2010

Agak lama jugak gua tinggalkan blog ni, bukan taknak update tapi setiap kali nak update  ade je masalah. Lupa topik la, tenet slow la, blog takleh bukak la itu la ini la. Pagi pagi ni la best sket gua nak henjut blog ni, line streamyx masih dalam keadaan dara dan cergas. Berbalik tentang kisah Lagenda Budak Setan Yang Gilakan Janda yang ditayangkan di seluruh pawagam pada 3 Jun.

Gua punya la eksited nak pi tengok cerita ni, sehari sebelum tu lagi gua dah pi wayang beli terus tiket. Sebab apa gua eksited? Gua pernah tempek trailer Lagenda Budak Setan disini, so cerita ni ada dalam ‘senarai wajib tengok’ gua Gua testing panggung wayang baru TGV yang baru bukak kat Wangsa Walk Mall, sangat selesa! Maybe sebab wayang baru kot, lagipun gua beli couple seat. Oops. :P

Title : Lagenda Budak Setan 2010
Duration : 1 Jam 40++ minit
Type : Romantic ‘Comedy’ =.=
My Rate : 3/5 stars

Sedikit info – Cerita ini hasil adaptasi daripada novel karya Ahadiat Akashah, yang fames pada tahun 90′an.

Okay, komen gua tentang cerita ni.

(Rujuk Poster)
Pelakon 1 – Seperti biasa, walaupun papan tetap menawan. Dia memainkan watak sebagai Ayu dengan penuh emosi. Sangat comel. Walaupun dia nampak sebagai pelakon utama, sebenarnya scene dia dalan Lagenda Budak Setan tak banyak pun disebabkan jalan ceritanya.
Ohh Lisa Surihani, gua tak dapat lupa kali pertama gua bertentang mata dgn pelakon ni kat Suzey Corner, Ampang. Chomel siot!

Pelakon 2 – Gua taktau la kenapa, dalam i’m not single gua boleh layan lagi Farid Kamil punya style. Tapi dalam Lagenda Budak Setan, dia macam kurang ‘kick’ sket. Maybe gaya dia yang terlebih bersahaja tu terus mem-spoilkan watak dia sendiri, terutamanya part bini dia nak bersalin. Lebih lanjut sila pi tengok wayang, hehe. Tapi dia tetap berjaya membawa watak Kasyah, lelaki yang digelar setan di kolej dan sentiasa berlagak cool di depan kawan kawan.

Pelakon 3 – Que Haidar yang membawakan watak sebagai Azmi, seorang lelaki urban berbaju kemeja sepanjang masa, kaki perempuan, panas baran, kaki botol dan ‘kaki netek’. Sangat ringan tangan terhadap Ayu, bekas kekasihnya. Dan Azmi dalam cerita Lagenda Budak Setan sangat menarik perhatian, kerana lakonan dia tu betul betul nampak timbul. Pendek kata, lakonan dia menjadi. ;)

Pelakon 4 – Pelakon baru yang bernama Shiqin Kamal. Kalau gua review lebih lebih pasal minah ni nanti boleh kasi spoil satu cerita plak. Sebab minah ni adalah key cerita ni masa klimax nanti. Dia membawa watak sebagai Emilia. Apapun, scene minah ni banyak sangan kantoi. Ada satu part tu dia sebut ‘marah’ ada nada slang utara sket, macam pelat huruf ‘R’. Time tu babak sedih serius, satu panggung boleh gelak kaw kaw punya. Dubbing kantoi, malas record balik ke ape? Nampak kan macam mana pelakon ni dah kasi spoil mood cerita secara keseluruhan? :down:

Pelakon 5 – Fazura yang membawakan watak sebagai Kate, bos kepada syarikat yang Kasyah mintak kerja selepas syarikat Emilia lingkup. Sekalung tahniah kepada Fazura, walaupun gua tak berapa suka dia tapi lakonan dia pada tahap terbaik. Nampak bersahaja, sesuai dengan watak bos yang ada hati kat pekerja sendiri. Scene Kate ni tak banyak pon, hanya muncul selepas klimax. Berjayakah Kate menambat hati Kasyah? Pi tengok sendiri.

Jalan cerita.
Awal – Best, banyak humor. Realistik.

Middle – Start jiwang bunga bunga pabila Kasyah dan Ayu berkenalan.

Klimax – Kasha pergi buat kajian selama setahun, Ayu dot dot dot dot dan tiba tiba muncul Emilia. Boleh dikatakan setiap scene semasa kemunculan Emilia ni kantoi dan kasi spoil satu cerita.

Middle – Cerita dah agak ntah ape ape. Function Kasyah-Ayu-Emilia macam hilang seketika.

Penutup – Sampah. Ntah apa apa, terlampau banyak tanda soal dan tak brapa real.

Pada pengakhiran cerita Lagenda Budak Setan, dikatakan akan ada sambungan terhadap cerita Lagenda Budak Setan. Berdasarkan novel Ahadiat Akashah, novel Lagenda Budak Setan mempunyai 2 lagi sambungan iaitu
Katerina‘ dan
Kasyah : Lagenda Berakhir‘. So berkemungkinan besar juga cerita Lagenda Budak Setan akan ada lagi 2 sambungan.

Pendek kata, cerita ini boleh dilayan sesiapapun. Dan cerita ini juga hampir boleh digelar sampah bagi gua. Sebab apa? Trailer Lagenda Budak Setan yang gua tengok 2 bulan lepas, sangat berbeza dengan apa yang gua tonton semalam. Kalau trailer gua bagi 5 bintang, cerita full dia dapat 3 bintang je.

Banyak sangat hole dalam cerita ni, director kelahiran India Sharad Sharan terlampau ambil risiko mingkin.

Bagi anda yang betul betul nak pi wayang tengok cerita jiwang meleleh, Lagenda Budak Setan tak seberapa meleleh. Tapi still jiwang ;)

p/s : Apasal semua budak ‘setan’ suka ‘janda’ haa? :P

pss : Gua berjaya spoilkan beberapa rakan semalam, lepas tengok wayang je gua terus sms sinopsis LBS kat mereka yang bertuah. Mulia kan hati gua? Hahahahahaha. Salah sorang mangsanya adalah catt. Nasib baik gua tengok wayang awal :P

Nota kepada diri sendiri dan sesiapa sahaja yang dah menonton LBS ;
Bestnyeee kalau gua dapat bos yang sanggup tadahkan air kencing gua! :crazy:

Posts yang berkaitan