RacunTikus.jpg image by Marshall_Bart

Racun Tikus

Apa la nak jadi,makin hari makin pelik berita yang keluar di akhbar.

Baru baru ini kalau siapa yang perasan,ada berita dari [X Bernama] tentang Cubaan Meracun Adik oleh Budak 5 tahun.

Macam pelik bukan? tapi inilah kejadian yang berlaku.
Semakin hari,semakin ramai kanak-kanak yang terpengaruh dengan adegan di dalam tv.

Ni artikel tentang Cubaan Meracun Adik oleh Budak 5 tahun.

Nusa Sini, 15 Mei,
Sungguh menyedihkan, Aiman,5, seorang kanak kanak kecil cuba meracun adiknya sendiri.
Dipercayai bermotifkan rasa cemburu,Aiman sanggup merancang untuk meracuni adiknya yang baru berusia 4 bulan.

Kejadian ini bermula ketika ibu Aiman baru beberapa bulan melahirkan seorang anak perempuan.
Kehadiran adik kecilnya itu telah membuatkan ayah dan ibu aiman mencurahkan perhatian dan kasih sayang
yang melebihi kepada bayi itu, menyebabkan Aiman terasa terasing.

Entah dari mana Aiman mendapat idea untuk meracun adiknya itu,polis mempercayai bahawa berkemungkinan besar Aiman
terpengaruh dengan adegan drama TV kegemarannya,Sindarella. Aiman mengambil racun tikus yang berada di
stor rumahnya dan ketika ibunya tidur keletihan. Dia kemudiannya telah menyapukan racun tersebut
di puting payu dara ibunya tanpa disedari oleh wanita berusia 31 tahun itu. Dengan harapan adiknya akan keracunan ketika menyusu,dan apabila adiknya terkorban maka seluruh perhatian keluarga akan kembali
kepadanya.

Tetapi tuhan maha pengasih, nyawa bayi perempuan yang berusia 4 bulan itu terselamat kerana belum sempat bayi itu menyusu ibunya,
keracunan itu telah dapat diketahui oleh keluarganya
kerana pemandu ayahnya ditemui pengsan dengan mulut berbuih-buih dan keluar darah kerana keracunan
racun tikus.
[X Bernama]

Cheers,dah lama tak update blog merapu ni. Hehehehe :P

p/s : Update theme,ok tak?

Posts yang berkaitan