[Photo] SHOUT! Awards 2009! DAMN GOOD!

Jumaat lepas aku ke Bukit Jalil untuk menyaksikan Malaysia dan Manchester United training,selepas training selesai aku terus ke Shout! Award di stadium tertutup Bukit Jalil.

Boleh bayangkan je la kesesakan lalu lintas yang berlaku,dua event besar dalam satu masa…. Tempat bersebelahan je pulak tu,perghhh. Jumlah motosikal yang ada kat sana mengalahkan jumlah dekat kilang motor,pheew.

Entry ni khas untuk Shout! Award yang pada awalnya dilabel award yang ntah apa apa. Lagu mengarut la itu la ini la,korang nak Dato Siti Nurhaliza masuk ke? Boleh jalan laa,sebab award ni lebih kepada independent artis,funky and stylo. Diaorang nak ketengahkan bakat bakat baru yang berpotensi meletup.

Untuk pengetahuan korang,aku dapat VIP access. HAHA.
Memang best la tengok Sean Kingston betul-betul depan mata,woot. Aku punya port kat award tu mmg best,betul-betul depan stage. Nasib baik camera aku low batt,kalau tak dah beribu gambar aku ragut :x

Aku nyaris nyaris dapat cap Joe Flizzow,tapi ade minachi tangan lagi panjang! Takgunepunyaminahitam!

Gambar yang aku snap untuk tatapan pembaca TengkuAizat.
Loq,sorry beb aku terdelete banyak file. Dan salah satunya video Pesawat! ARRGH! Yang tinggal video Bunkface je, T_T

Kita mulakan mukadimah kita dengan gambar budak comel :P

[Click to ENLARGE]

si comel si comel lagi

bunkface budak kecik
Bunkface,starting performance. Berat siot gitar tu!

one nation mc2 one nation mc
One nation Mcees.

upin ipin upin ipin2
Upin dan Ipin. Klaka siot sore budak ni…. Best On Screen Chemistry Award!

afdlin joget Afdlin Shauki dengan gaya ayam di atas pentas :P
dah macam azwan ali aku tengok

dynaz dynaz comel
Dynaz menang stylo award,dia comel kan kan kan? :P

one buck short
One buck short,sorry tinggal 1 gambar je utk OBS. Banyak terdelete T_T

hot chick hot chick2
Fantasy Girl,weeeeeeeeeeeeeeehuuuuuuuuuuu ^_^

jehan miskin fazura jehan miskin fazura2
Jehan Miskin and Fazura. ‘Putih’ nya peha fazuraaaaaaaaaaaa,haha. BUSUK! :P

jaclyn paul moss naz ghost
Jaclyn and bro Hantu kita,siapa lagi kalau bukan Naz. Hehe,go GHOST!

bunkface2 bunkface bunkface award
Bunkface dapat award,woot!

estrange estrange guitar
Estrange,memang strange. Main gitar tutup mata,gila babun power. Boleh lompat lompat lagi.

joe flizzow Joe Flizzow performance.

sean kingston sean kingston joe flizzow
SEAN KINGSTON sebagai penyampai Flava Award kepada Joe Flizzow.

sean kingston joe flizzow2 sean kingston joe flizzow3
Betapa ghairahnya Joe Flizzow dapat award,haha.

Setakat ni je la gambar yang aku mampu bagi,nak upload video pun bapak lambat.
Internet Malaysia yang berkelajuan tinggi ke bawah ni membantutkan segala usaha aku,hehe.

Performance malam tu semuanya hebat hebat belaka,
Pop Shuvit,Bunkface,Pesawat,One Buck Short,Joe Flizzow,Shiela,Nikki,Estrange mmg best!
but…..

yang paling best ofcourse la SEAN KINGSTON! haha,part last dah macam disco,aku taktau ada ke tak part tu dalam live 8TV.

Apa apa pun tahniah diatas kejayaan hatrik Bunkface, goodjob guys!

Gambar di host di FlickR

Esok aku akan ke Stadium Putra Bukit Jalil sekali lagi,nak tengok Manchester Uniter vs. XI Malaysia Round 2!
Hope Malaysia akan terus bermain dengan penuh semangat, amin.

Posts yang berkaitan

My Life, Review, pendapat, pengalaman

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

18 Responses to “[Photo] SHOUT! Awards 2009! DAMN GOOD!”

Leave Comment

(required)

(required)


CommentLuv Enabled