Norman KRU Pengetua AF8

Pecah perut gua bila tengok audition AF8 ni. Ada pondan nyanyi garau la, itu la ini la. Secara jujur gua cakap, gua dah tak tengok pun AF ni. Gua dah cuba perah sampai habis da nafsu gua untuk tengok, tapi otak gua cakap jangan buang masa tengok AF. Haha. Dari season 1 hingga 7, rasanya gua cuma tengok season 2,3,4 dan 5. Season 5 pun tengok gitu gitu aje.
Percaya atau tidak kalau gua cakap gua tak kenal pun siapa juara AF 6 dan 7?
Final pun gua tak tengok, pengaruh EPL lagi power.
KUALA LUMPUR 9 Feb. – Diberi tanggungjawab besar menggalas tugas sebagai Pengetua Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) merupakan satu penghormatan buat Norman Abdul Halim, 37.
Atas alasan itu, dia berazam untuk membimbing dan membentuk bakat-bakat baru dalam mencari hala tuju mereka dalam seni khususnya bidang muzik.
“Saya mahu melakukan satu perubahan baru dalam AF8 iaitu mencari muzik yang sesuai untuk setiap pelajar yang terpilih nanti.
“Seperti mana yang kita tahu, bukan semua boleh menjadi penyanyi versatil dan semua ini harus dilakukan di peringkat awal agar mereka tidak akan tercari-cari arah apabila keluar dari akademi.
“Saya percaya dengan bantuan barisan tenaga pengajar, impian ini dapat direalisasikan dalam mencari penghibur negara yang disegani,” jelas Norman ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman pengetua, tenaga pengajar dan pengacara AF8 di sini malam ini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah dan Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi.
Pemilihan Norman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios itu dilihat bertepatan sekali memandangkan trek rekod cemerlang yang pernah dicipta bersama kumpulannya, KRU.
Namun begitu, Norman sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan dan menganggapnya sebagai satu cabaran sebagai Pengetua AF8.
“Apa yang boleh saya katakan, saya akan menerajui AF8 sebaik mungkin berdasarkan pengalaman saya selama 18 tahun bersama KRU,” ujar Norman yang mengesahkan kedudukannya sebagai Pengetua AF8 pada pertengahan bulan Januari lalu.
Sementara itu, Sarimah Ibrahim terus diberi kepercayaan untuk mengendalikan program baru, Debaran Akademi Fantasia. – Utusan
Secara rasmi Norman KRU menjadi Pengetua Akademi Fantasia 8. Gua akan cuba untuk follow up AF ni, tu pun kalau gua tak jumpa remote Astro untuk tukar channel.
p/s : Rasanya ada lagi kaa orang tengok AF ni?
pss : Maaf la bagi sesiapa yang dah terkomen kan entry Liveblog semalam. Entry tu hilang disebabkan pemindahan server dari Rawanaz ke Fivio. Gua pun sengal pi update time tu. Beberapa komen di entry lain jugak hilang, duplicate comment katanya. Lantak ler.
Random Posts
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.







hmmm…. Sarimah lak jadi pengacara….sure kecoh….
[Reply]
blowie Reply:
February 13th, 2010 at 11:28 am
hahaha,mulut yg tak penah behenti
[Reply]
daa takde makna tengok AF….. asyik2 bende sama jer yang blaku.. penyanyi2 pun bukannye berkualiti sgt.. hehehe

samanosuke_04´s last blog ..Dunia Orang Takde Awek “DotA”
[Reply]
blowie Reply:
February 13th, 2010 at 11:28 am
artis mee segera dah jadi lambakan,muak tgk
[Reply]
haha…abaikan sbb aku mmg xlayan AF sbb kat rumah xde astro
[Reply]
blowie Reply:
February 13th, 2010 at 11:29 am
goooood,leh join geng dgn aku
[Reply]
masa zaman jahiliah dulu , ada la layan sikit.. tapi sekarng tak perasan lah pulak dah season8… biar betik.. lantaklah..boikot af!!
zik´s last blog ..Budaya menabung.
[Reply]