Hari ni rasanya nak menulis tentang Ovi Maps pula. Agaknya masih ada ke rakyat Malaysia yang tidak tahu akan kegunaan Ovi Maps? Sedikit penerangan untuk korang, Ovi Maps ini adalah application GPS yang memang sedia terbina di dalam Nokia N8. Ovi Maps mempunyai 90++ map meliputi seluruh dunia yang sedia untuk dimuat turun. Dan apa yang paling penting sekali, Ovi Maps kini telah diberikan percuma untuk pengguna smartphone Nokia yang mempunyai “intergrated GPS”. Maknanya korang tidak perlu menggunakan sebarang sambungan internet dari smartphone untuk menggunakan applikasi GPS Ovi Maps ini.
Tapi Maxis juga ada menyediakan package internet Rm18 untuk 2 minggu dengan kuota 100Mb, rasanya kalau guna smartphone tanpa internet macam kurang best kan? So aku subscribe, kalau nak ambil bill pun bukannya aku tiap masa guna internet dekat phone, so baik ambil package macam ni je. Bila nak pakai baru aku subscribe.
*Dulu Ovi Maps kena bayar, sekarang dah percuma. Apa lagi, jom guna!
Gambar di atas adalah gambar homescreen Nokia N8 aku. Simple je, hanya icon icon penting yang selalu digunakan diletakkan di homescreen. Salah satu icon penting tak lain tak bukan mestilah Ovi Maps! Icon Ovi Maps yang berwarna hijau dan seakan akan kompas tu nampak menarik kan? Jom kita tengok interface Ovi Maps pula.
Gambar diatas pula adalah gambar interface applikasi Ovi Maps. Seperti yang kita nampak, ada 8 icon penting dekat situ ;
- My Position
- Search
- Share Location
- Favourites
- Drive
- Walk
- Setting ( Gambar spanar tu )
- Exit
Default setting untuk Ovi Maps telah diset untuk “driving mode”, jadi bila kita navigate menggunakan Ovi Maps, applikasi ini secara automatik menunjukkan jalan yang boleh dilalui kereta. Kita juga boleh menggunakan GPS Ovi Maps untuk “walk mode”, contoh kalau korang pergi melancong ke mana mana dan nak cari kedai makan atau hotel yang berdekatan sambil jalan kaki, Ovi Maps memang dapat membantu. Applikasi ini akan navigate khas untuk laluan pejalan kaki. Dekat mana nak lintas jalan pun di beritahu tau!
Okay, kita kembali kepada “driving mode”.
Sedikit tips, kalau nak search guna Ovi Maps ni jangan masuk “Search” terus. Sila masuk ke “My Position” terlebih dahulu sehingga GPS dapat mengesan lokasi kita dengan tepat, baru korang search. Sebab apa, jika GPS tidak dapat mengesan lokasi kita terlebih dahulu, hasil carian agak sedikit merapu dan LAMBAT.
Masuk ke dalam My Position pula ye ;

Ovi Maps mencari lokasi kedudukan terkini

5 saat kemudian, Ovi Maps dah dapat lokasi terkini aku. Pantas kan? Hehe
Jika korang berada di tempat terbuka, korang dapat gunakan GPS Ovi Maps ni dengan pantas. Sebab apa? Bila di tempat terbuka, smartphone Nokia korang lagi senang nak berkomunikasi dengan satellit bagi menentukan kedudukan. Lagipun kan, Nokia N8 punya GPS ni macam sedikit powerful berbanding dengan smartphone Nokia lain yang pernah aku pakai sebelum ni. Sebelum ni aku guna Ovi Maps di Nokia 5800XM, agak mengambil masa juga lah Ovi Maps nak detect lokasi kedudukan aku. Tapi dengan Nokia N8 ni, rasanya 80% lagi cepat Ovi Maps dapat detect lokasi aku, tak sampai beberapa saat pun.
Okay, selepas Ovi Maps dah detect lokasi aku, baru aku memulakan pencarian destinasi. Tekan je butang “Search” dekat penjuru bawah kanan seperti yang ada dalam gambar kat atas.

Okay sekarang dah keluar menu Search tu, aku tak suka leceh leceh nak masukkan kategori carian, so aku terus cari je dengan tulis nama tempat yang aku nak pergi dekat dalam box atas tu. Tekan di kotak kosong atas tu untuk tulis, QWERTY keyboard akan muncul.
Tulis la mana tempat korang nak pergi. Aku nak pergi genting sempah, tempat favorite aku dikala otak serabut. Jadi aku pun tulis la “Genting sempah” kat kotak tu.
Dalam masa beberapa saat sahaja, result tentang kawasan kawasan sekitar Genting Sempah pun keluar. Pilih la yang mana korang nak pergi. Kalau aku nak pergi ke sesuatu tempat tu kan, aku akan search landmarks yang paling dekat dengan tempat tu. Sebab mencari landmarks lagi mudah dari mencari alamat di dalam Ovi Maps!
Siap boleh preview lagi lokasi yang dicari.
Selepas dah cari dan dah jumpa lokasi yang dicari, mestilah kita nak Ovi Maps untuk navigate kan untuk kita kan? Kelebihan Ovi Maps berbanding applikasi GPS yang lain adalah kita boleh set suara navigator dalam Nokia N8 kita untuk menggunakan suara siapa. Dalam menu Ovi Maps, kita boleh pilih Malay – Female, Mandarin, Indonesia – Male, English UK dan banyak lagi. Kalau korang pilih Malay – Female, maka bila korang navigate dengan Nokia N8 Ovi Maps, suara awek melayu tersebut akan membantu korang. Ada simpang ada flyover semua dia sebut, mudah kan? Orang yang tidak faham/fasih berbahasa inggeris pun boleh menggunakan Ovi Maps! Semuanya boleh di set di dalam menu setting Ovi Maps.

Masuk menu Navigation untuk set suara. Ada beberapa menu lain di situ, tapi rasanya yang lain tak perlu diusik. Semua dah di setkan.
Malah dengan Ovi Maps, korang boleh gunakan suara korang sendiri! Serius tak tipu, haha. Apabila korang pilih nak set korang punya suara sendiri, Nokia akan muat turun satu applikasi khas untuk record suara korang. Ikut je langkah langkah satu per satu untuk record suara korang, tapi mesti kelakar kan kalau tengah driving tiba tiba dengar suara sendiri suruh “masuk simpang kanan lagi 50 meter”
Last sekali, kalau korang bukan pengguna package internet DAN nak selamat, sila setkan Internet di Ovi Maps kepada offline. Sebab apa, jika korang menggunakan Maxis Prepaid/ Hotlink tanpa subcribe apa apa internet package, sebarang penggunaan internet walaupun sedikit menyebabkan kredit korang mengalir keluar macam air. Ini yang terjadi pada aku, tak prasan yang mula mula Ovi Maps memang di set untuk menggunakan Internet, baru on 20 minit Ovi Maps kredit aku RM18 hilang macam tu saje. Sedihh woo~
Cuma aku rasa Nokia boleh lagi improve Ovi Maps ni untuk lebih memudahkan lagi. Sebab bila tengah view map/navigate, korang tak boleh zoom in/zoom out map menggunakan button Zoom di tepi Nokia N8 tu, korang kena tekan button di touchscreen tu jugak. Macam agak susah la nak tekan dekat touchscreen bila tengah driving kan, so kalau boleh tekan dari button zoom di tepi Nokia N8 tu mesti jauh lebih memudahkan. Tak tahu macam mana rupa button zoom Nokia N8? Boleh tengok kat sini.
***
Dan lagi satu Symbian^3 Nokia N8 bug yang aku baru jumpa, apabila korang send SMSÂ tanpa kredit/di tempat tiada coverage, mesti la SMS korang tu pending kan? Dalam kes Nokia N8, SMS korang tu akan deferred di dalam Outbox dan korang TAK BOLEH DELETE SMS DEFERRED DEKAT OUTBOX tu! Aku tak tahu apa masalah, tapi memang tak ada option untuk delete SMS dalam Outbox tu. So sms tu memang tersangkut kat situ, nak send or delete pun tak boleh. The only solution yang aku jumpa adalah, delete the whole conversation! Agak sedih sebenarnya sebab aku ni jenis orang yang suka simpan segala SMS, agak agak dah penuh dalam hanphone je aku transfer SMS masuk ke dalam PC. Terpaksa korbankan the whole conversation.
Tapi aku percaya bug yang ada dalam Symbian^3 ni akan segera di fix oleh Nokia. Hanya tunggu software update dari mereka je. Kita semua sedia maklum kan yang Symbian^3 ni pertama kali digunakan dalam Nokia. Jadi mesti la ada beberapa minor bug yang boleh di perbetulkan. Percaya la tak lama lagi mesti ade firmware update, hehehe. Bercakap berdasarkan pengalaman menggunakan Nokia 5800XM.
Sambungan internet aku tak mengizinkan aku untuk upload video demo, apakan daya. Next post tentang TV Output! *favorite aku!*
Ada orang tanya aku brapa harga Nokia N8 ni, aku baru ingat nak tulis dekat post summary last sekali nanti. Tapi takpe, aku tulis jugak dekat sini. Harga retail Nokia N8 adalah RM1699 di pasaran, tetapi kalau korang beli dengan Maxis, korang dapat beli Nokia N8 yang serba canggih ni dengan harga RM999 sahaja! Hebat bukan? Ofcourse kalau beli dengan Maxis, ade contract. So sesiapa yang nak pakai bill dengan Maxis tu, boleh la consider untuk angkat Nokia N8, murah siot!








oo best jugak ovi maps ni rupanya ye.. haha
topo´s last [type] ..Paper Art daripada Anime yang Sangat Comel
[Reply]
blowie Reply:
November 12th, 2010 at 12:14 pm
memang best pun abe topo, nak beli ke?
[Reply]
wow..seem like this brand new nokia N8 buatkan niat i nak beli iphone 4 terbantut!!
[Reply]
blowie Reply:
November 12th, 2010 at 12:14 pm
kan kan? lagi lagi dgn camera nokia n8 yang lawa gile ni~!
[Reply]
ye ke ovimaps ni percuma?dengan garmin mana lagi bes?bese aku guna garmin je..takut ovimaps ni kena bayar
aizuddin´s last [type] ..Tutorial Cara Nak Buat Facebook Shoutbox Di Blog
[Reply]
momo Reply:
November 9th, 2010 at 10:52 pm
its free..just tukarkan setting to offline..
for sure garmin is the best compare to ovimaps..
[Reply]
haaaa kenapakah amek screen shot home time Social Twitter tu yg Ayong tgh reply kat org?
bubbles182´s last [type] ..Nokia N8 – Capturing Penang with the 12MP camera
[Reply]
blowie Reply:
November 12th, 2010 at 12:15 pm
saje promote sket, hahahahahahaha.
nak tggu social twitter tu tunjuk tweet amanfirdaus, tp tak keluar2 plak
[Reply]
cool habes.. cam segala fungsi ade jer kat N8 nie.. haha, rasa jeles lak aku tak dapat buat review.. hohohoho
samanosuke_04´s last [type] ..Blogresipi Versus PascaSPM
[Reply]
blowie Reply:
November 12th, 2010 at 12:16 pm
ko beli sebijik dgn maxis, pastu ko review habis habisan hahaha
[Reply]
samanosuke_04 Reply:
November 12th, 2010 at 1:39 pm
hehe.. blanje rr bro.. kalo aku ade duit dah lame aku buat camnie.. hahhaha
samanosuke_04´s last [type] ..Blogresipi Versus PascaSPM
[Reply]
Does Ovi Maps work in offline and don’t need Internet connection at all?
Jayce´s last [type] ..Download Free Malaysia & Singapore GPS Maps for Garmin- Papago & Galactio
[Reply]
blowie Reply:
November 12th, 2010 at 12:17 pm
yes, only for the GPS. If you want live traffic update, then u need the internet connection.
[Reply]
semalam dah try, best gak ada suara awek melayu bagi tahu jalan.. hahahahaa
syahirul´s last [type] ..Cerita bersama Lisa Surihani lagi
[Reply]
blowie Reply:
November 12th, 2010 at 12:17 pm
awek melayu macam robot, hahahaha
[Reply]
ello, i guna N8 nak subscribe data plan ngn maxis yg rm58 for 500mb..tp tak smpai sebulan, penggunaan internet aku dah smapai rm300++..agak terkejut…padahal aku cuma tgk facebook, youtube n email je..ada sape2 leh bgtau tak ape yg buat bill aku tinggi ni? ada ape2 setting kat N8 yg aku tak off ke ape ke…
thank you
[Reply]
blowie Reply:
February 4th, 2011 at 8:41 am
maxis?
[Reply]
[...] GPS Ovi Maps didalamnya sama dengan Nokia C7. Nak tahu apa dia Ovi Maps? Korang boleh baca dientri Ovi Maps Mesra Pengguna nukilan blogger Tengku Aizat dan Terbaik Di Nokia N8 nukilan blogger [...]
saya memang selalu pakai ovi maps. sajalah nak menggatal. aha. tapi.. bila nak guna ovimaps, saya kena pakai wifi dulu dari rumah then baru boleh gerak. kalau on secara offline macam tu je tak boleh. kenapa eh?
[Reply]
blowie Reply:
February 4th, 2011 at 8:40 am
haa kena on wifi baru boleh gerak? pakai phone model pe ni? salah setting tuh rasanya
[Reply]
destem Reply:
February 5th, 2011 at 10:59 am
saya pakai nokia n8 lah.
oh ya, saya pernah hard reset phone saya ni sebab kena virus dari pc T_T tsk tsk
and, saya pernah baca kat blog ovi, dia cakap kalau pernah hard reset phone n8 ni, dia punya ovi store,ovi map, segala macam ovi tu tak berapa nak best macam mula2 beli dulu. betul ke? T_T
pastu, homepage map saya dulu masa beli kaler biru, lepas dah hard reset, dia kaler putih. haa.
bantulah saya
dan, jangan lah kasi jawapan ‘hantar kedai’ T_T
[Reply]
blowie Reply:
February 5th, 2011 at 4:17 pm
http://www.n8fanclub.com/2010/11/solution-hard-reset-on-nokia-n8-caused.html
follow “case 2″ dalam blog tu
Aku baru nak pegi amek N8 dark grey or silver ari ni di Hello. tp since penulis inform ada problem dngn deferred sms tu, Nokia dah bgi solution ke? Or tu only happens when on CONVERSATION mode only?
[Reply]
blowie Reply:
February 4th, 2011 at 8:39 am
benda tu aku boleh delete dah, tapi kena off on handphone. kalau tak sampai lebam dia pending
[Reply]
chanteek… minggu depan angkat satu…
[Reply]
aku pakai prepaid..tapi topup hot tiket…airtime cam biasa la RM0.00…tapi bile set pada online …tak ada apa2 perubahan….masih ble gps…cam biasa…ada dia tolak kredit apa2 ker….tapi hot tiket tak plak berganjak…..
[Reply]