Nokia N8 Homescreen

Hari ni rasanya nak menulis tentang Ovi Maps pula. Agaknya masih ada ke rakyat Malaysia yang tidak tahu akan kegunaan Ovi Maps? Sedikit penerangan untuk korang, Ovi Maps ini adalah application GPS yang memang sedia terbina di dalam Nokia N8. Ovi Maps mempunyai 90++ map meliputi seluruh dunia yang sedia untuk dimuat turun. Dan apa yang paling penting sekali, Ovi Maps kini telah diberikan percuma untuk pengguna smartphone Nokia yang mempunyai “intergrated GPS”. Maknanya korang tidak perlu menggunakan sebarang sambungan internet dari smartphone untuk menggunakan applikasi GPS Ovi Maps ini.

Tapi Maxis juga ada menyediakan package internet Rm18 untuk 2 minggu dengan kuota 100Mb, rasanya kalau guna smartphone tanpa internet macam kurang best kan? So aku subscribe, kalau nak ambil bill pun bukannya aku tiap masa guna internet dekat phone, so baik ambil package macam ni je. Bila nak pakai baru aku subscribe.

*Dulu Ovi Maps kena bayar, sekarang dah percuma. Apa lagi, jom guna!

Gambar di atas adalah gambar homescreen Nokia N8 aku. Simple je, hanya icon icon penting yang selalu digunakan diletakkan di homescreen. Salah satu icon penting tak lain tak bukan mestilah Ovi Maps! Icon Ovi Maps yang berwarna hijau dan seakan akan kompas tu nampak menarik kan? Jom kita tengok interface Ovi Maps pula.

Ovi Maps Interface

Gambar diatas pula adalah gambar interface applikasi Ovi Maps. Seperti yang kita nampak, ada 8 icon penting dekat situ ;

  1. My Position
  2. Search
  3. Share Location
  4. Favourites
  5. Drive
  6. Walk
  7. Setting ( Gambar spanar tu )
  8. Exit

Default setting untuk Ovi Maps telah diset untuk “driving mode”, jadi bila kita navigate menggunakan Ovi Maps, applikasi ini secara automatik menunjukkan jalan yang boleh dilalui kereta. Kita juga boleh menggunakan GPS Ovi Maps untuk “walk mode”, contoh kalau korang pergi melancong ke mana mana dan nak cari kedai makan atau hotel yang berdekatan sambil jalan kaki, Ovi Maps memang dapat membantu. Applikasi ini akan navigate khas untuk laluan pejalan kaki. Dekat mana nak lintas jalan pun di beritahu tau!

Okay, kita kembali kepada “driving mode”.
Sedikit tips, kalau nak search guna Ovi Maps ni jangan masuk “Search” terus. Sila masuk ke “My Position” terlebih dahulu sehingga GPS dapat mengesan lokasi kita dengan tepat, baru korang search. Sebab apa, jika GPS tidak dapat mengesan lokasi kita terlebih dahulu, hasil carian agak sedikit merapu dan LAMBAT.

Masuk ke dalam My Position pula ye ;
Nokia N8 Ovi Maps GPS 2
Ovi Maps mencari lokasi kedudukan terkini

Nokia N8 Ovi Maps GPS
5 saat kemudian, Ovi Maps dah dapat lokasi terkini aku. Pantas kan? Hehe

Jika korang berada di tempat terbuka, korang dapat gunakan GPS Ovi Maps ni dengan pantas. Sebab apa? Bila di tempat terbuka, smartphone Nokia korang lagi senang nak berkomunikasi dengan satellit bagi menentukan kedudukan. Lagipun kan, Nokia N8 punya GPS ni macam sedikit powerful berbanding dengan smartphone Nokia lain yang pernah aku pakai sebelum ni. Sebelum ni aku guna Ovi Maps di Nokia  5800XM, agak mengambil masa juga lah Ovi Maps nak detect lokasi kedudukan aku. Tapi dengan Nokia N8 ni, rasanya 80% lagi cepat Ovi Maps dapat detect lokasi aku, tak sampai beberapa saat pun.

Okay, selepas Ovi Maps dah detect lokasi aku, baru aku memulakan pencarian destinasi. Tekan je butang “Search” dekat penjuru bawah kanan seperti yang ada dalam gambar kat atas.

Nokia N8 Ovi Maps Search
Okay sekarang dah keluar menu Search tu, aku tak suka leceh leceh nak masukkan kategori carian, so aku terus cari je dengan tulis nama tempat yang aku nak pergi dekat dalam box atas tu. Tekan di kotak kosong atas tu untuk tulis, QWERTY keyboard akan muncul.

Nokia N8 Ovi Maps Search Qwerty

Tulis la mana tempat korang nak pergi. Aku nak pergi genting sempah, tempat favorite aku dikala otak serabut. Jadi aku pun tulis la “Genting sempah” kat kotak tu.

Nokia N8 Ovi Maps Search Result

Dalam masa beberapa saat sahaja, result tentang kawasan kawasan sekitar Genting Sempah pun keluar. Pilih la yang mana korang nak pergi. Kalau aku nak pergi ke sesuatu tempat tu kan, aku akan search landmarks yang paling dekat dengan tempat tu. Sebab mencari landmarks lagi mudah dari mencari alamat di dalam Ovi Maps!

Nokia N8 Ovi Maps Search Result 2

Siap boleh preview lagi lokasi yang dicari.

Selepas dah cari dan dah jumpa lokasi yang dicari, mestilah kita nak Ovi Maps untuk navigate kan untuk kita kan? Kelebihan Ovi Maps berbanding applikasi GPS yang lain adalah kita boleh set suara navigator dalam Nokia N8 kita untuk menggunakan suara siapa. Dalam menu Ovi Maps, kita boleh pilih Malay – Female, Mandarin, Indonesia – Male, English UK dan banyak lagi. Kalau korang pilih Malay – Female, maka bila korang navigate dengan Nokia N8 Ovi Maps, suara awek melayu tersebut akan membantu korang. Ada simpang ada flyover semua dia sebut, mudah kan? Orang yang tidak faham/fasih berbahasa inggeris pun boleh menggunakan Ovi Maps! Semuanya boleh di set di dalam menu setting Ovi Maps.

Nokia N8 Ovi Maps Setting Interface
Masuk menu Navigation untuk set suara. Ada beberapa menu lain di situ, tapi rasanya yang lain tak perlu diusik. Semua dah di setkan.

Nokia N8 Ovi Maps Setting Voice

Malah dengan Ovi Maps, korang boleh gunakan suara korang sendiri! Serius tak tipu, haha. Apabila korang pilih nak set korang punya suara sendiri, Nokia akan muat turun satu applikasi khas untuk record suara korang. Ikut je langkah langkah satu per satu untuk record suara korang, tapi mesti kelakar kan kalau tengah driving tiba tiba dengar suara sendiri suruh “masuk simpang kanan lagi 50 meter” :P

Nokia N8 Ovi Maps Setting Internet Interface

Last sekali, kalau korang bukan pengguna package internet DAN nak selamat, sila setkan Internet di Ovi Maps kepada offline. Sebab apa, jika korang menggunakan Maxis Prepaid/ Hotlink tanpa subcribe apa apa internet package, sebarang penggunaan internet walaupun sedikit menyebabkan kredit korang mengalir keluar macam air. Ini yang terjadi pada aku, tak prasan yang mula mula Ovi Maps memang di set untuk menggunakan Internet, baru on 20 minit Ovi Maps kredit aku RM18 hilang macam tu saje. Sedihh woo~

Cuma aku rasa Nokia boleh lagi improve Ovi Maps ni untuk lebih memudahkan lagi. Sebab bila tengah view map/navigate, korang tak boleh zoom in/zoom out map menggunakan button Zoom di tepi Nokia N8 tu, korang kena tekan button di touchscreen tu jugak. Macam agak susah la nak tekan dekat touchscreen bila tengah driving kan, so kalau boleh tekan dari button zoom di tepi Nokia N8 tu mesti jauh lebih memudahkan. Tak tahu macam mana rupa button zoom Nokia N8? Boleh tengok kat sini.

***

Dan lagi satu Symbian^3 Nokia N8 bug yang aku baru jumpa, apabila korang send SMS  tanpa kredit/di tempat tiada coverage, mesti la SMS korang tu pending kan? Dalam kes Nokia N8, SMS korang tu akan deferred di dalam Outbox dan korang TAK BOLEH DELETE SMS DEFERRED DEKAT OUTBOX tu! Aku tak tahu apa masalah, tapi memang tak ada option untuk delete SMS dalam Outbox tu. So sms tu memang tersangkut kat situ, nak send or delete pun tak boleh. The only solution yang aku jumpa adalah, delete the whole conversation! Agak sedih sebenarnya sebab aku ni jenis orang yang suka simpan segala SMS, agak agak dah penuh dalam hanphone je aku transfer SMS masuk ke dalam PC. Terpaksa korbankan the whole conversation.

Tapi aku percaya bug yang ada dalam Symbian^3 ni akan segera di fix oleh Nokia. Hanya tunggu software update dari mereka je. Kita semua sedia maklum kan yang Symbian^3 ni pertama kali digunakan dalam Nokia. Jadi mesti la ada beberapa minor bug yang boleh di perbetulkan. Percaya la tak lama lagi mesti ade firmware update, hehehe. Bercakap berdasarkan pengalaman menggunakan Nokia 5800XM.

Sambungan internet aku tak mengizinkan aku untuk upload video demo, apakan daya. Next post tentang TV Output! *favorite aku!*

Ada orang tanya aku brapa harga Nokia N8 ni, aku baru ingat nak tulis dekat post summary last sekali nanti. Tapi takpe, aku tulis jugak dekat sini. Harga retail Nokia N8 adalah RM1699 di pasaran, tetapi kalau korang beli dengan Maxis, korang dapat beli Nokia N8 yang serba canggih ni dengan harga RM999 sahaja! Hebat bukan? Ofcourse kalau beli dengan Maxis, ade contract. So sesiapa yang nak pakai bill dengan Maxis tu, boleh la consider untuk angkat Nokia N8, murah siot!

Posts yang berkaitan