Harga Petrol RON97 Naik 20 Sen
Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 dari RM1.80 sekarang ini kepada RM2.00. Ini akan berkuatkuasa pada 1 Sept 2009 bila RON95 yang akan berharga RM1.75 diperkenalkan.
Aduh,GTR150 aku guna minyak RON97! Macam mana ni?!
Bak kata Kak Jie,
makcik pakcik kat kampung bukannya tahu pun pasal RON RIN nih
“Awat mahai ikan ni Chong…â€
†Minyak dah naiklah makcikâ€
†Awak jangan nak tipu, lori awak guna RON95 bukan RON97?.
-Dialog dari Kak Jie
Apa yang orang akan faham,minyak akan naik!
CHOYY!
Apa beza minyak RON97 dengan RON95 ni?
Dekat Malaysia,sekarang ni ada 3 jenis minyak.
RON97,RON95 dengan RON92.
Ada yang kata minyak RON92 adalah minyak untuk kereta lama sahaja atau hanya untuk kereta yang menggunakan karburetor.
Tau tak minyak Shell V-Power? Ada orang cakap tu minyak RON98,yang ni aku tak sure.
RON = Research Octane Number/Octane Rating *belajar chemistry sket today*
RON adalah RESEARCH OCTANE NUMBER dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam engine
Secara ringkas,
Semakin tinggi RON = semakin tinggi rintangan = semakin susah minyak tu nak dibakar/diletupkan dalam engine = Lagi kurang ‘Knocking’ = Lagi selamat enjin
Knocking?
Kenapa wujudnya minyak yang mempunyai rating tinggi? Minyak yang mempunyai RON yang tinggi pada asasnya direka untuk kereta yang berprestasi tinggi seperti kereta sport dan kereta lumba.Ini adalah untuk mengelakkan letupan pra matang;bermaksud letupan sebelum nyalaan spark plug,juga dikenali sebagai KNOCKING.Knocking boleh terjadi oleh beberapa sebab iaitu compression engine yang terlalu tinggi,nyalaan spark plug terlalu awal(advance ignition)ataupun campuran angin dan minyak yag terlalu panas.
Tapi jangan risau sebab kebanyakan kereta moden dilengkapi dengan Knock Sensor dimana ia akan mengesan fenomena knocking dan secara automatic akan melambatkan nyalaan spark plug (retard ignition) untuk mengelakkan nyalaan pra matang atau knocking.
Tetapi bukan semua kereta memerlukan Octane Rating yang tinggi.Kebanyakan kereta yang berada di jalan sekarang masih lagi boleh menggunakan minyak RON92. Baca buku manual kereta/motor untuk kepastian tentang engine tu,berapa RON paling rendah yang engine tu boleh support.
Tetapi tak lama lagi kerajaan dah mansuhkan penggunaan RON92,bagus laa. Minyak tu pun bukan bagus sangat.
Engine dah biasa teguk RON97,tiba² dia dapat RON92 mesti ada effect sikit pada engine tu. Lama atau cepat je nak nampak kesan dia.
Sedikit info dari KOSMO!
Adakah penggunaan minyak RON yang lebih rendah menyebabkan prestasi enjin merosot ?
Harus diingatkan bahawa nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, ataupun kelajuan bagi api palam pencucuh untuk sampai merentasi kebuk pembakaran. Ia hanya ukuran ketahanan bahan api terhadap nyalaan sendiri.
Tapi minyak RON95 ni rasanya semua kereta boleh kot,sebab kereta kat Malaysia di bukan direka untuk racing,hehe
Kereta baru Proton pun support minyak RON95 ni,semua engine jepun pon boleh pakai minyak ni.
So tiada masalah buat Gen 2,Persona,Exora,Viva,Myvi,blablabla untuk guna minyak ni.
Ingat RON yang lebih tinggi tidak bermaksud minyak tu lebih berkuasa, tetapi bermaksud minyak itu lebih susah untuk dinyalakan dan setiap engine direka dengan minimum octane rating yang tersendiri.
Harap engine motor aku tak meragam ler T_T
So siapa pergi ke pasar nak beli ikan,
kalau tokey ikan cakap harga ikan mahal sebab harga minyak naik
Sound je tokey tu okay!
‘Tokey jangan jadi penipu boleh tak?! Macam la saya taktau yg lori tokay guna minyak RON95… Waklu!’

bla bla bla bosan. hahaha
[Reply]
bla bla bla bosan. hahaha
.
[Reply]
blowie Reply:
June 30th, 2009 at 9:20 pm
ko suke megan fox je,aku tau
[Reply]
hahha, sama je kan bro minyak tu?
sama gred je kan..
[Reply]
jeng2!!…org minyak dtg…aku kt kl ni…huhuhu
[Reply]
blowie Reply:
July 1st, 2009 at 1:32 am
bagus2,nk beli minyak dagu ni
)
[Reply]
Harap-harap jangan la selalu naik harga minyak ni….
[Reply]
blowie Reply:
July 1st, 2009 at 3:01 am
tau xpe,minyak naik semua naik T_T
[Reply]
kak jie baru tau RON tu ape..cesss…..sik bek ade info berjela kt sini..
tp kak jie baca lompat2 je…mcm lompat galah!
[Reply]
aku harap pak aji dan mak aji study pasal minyak ni supaya tak kena kencing dengan orng yang selalu bagi alasan minyak naik…
[Reply]
hehe… nasib baik aku tak bawak motor g kusza….hehe..tak payah pikir pasal minyak
haha…kawan aku pun dok suruh bawak motor…
[Reply]