http://www.malaysiasite.nl/images/roti.jpg

Rasanya bila gua sebut saja ‘mapley’,majoriti kau semua dah dapat agak kan apa yang aku nak membebel ni? Bagi yang belum tahu, mapley ni lebih dikenali sebagai kedai mamak. Ya,kedai mamak memang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Tumbuh bak cendawan,kedai kedai mamak area Kuala Lumpur ni memang boleh dikatakan tiap tiap minggu penuh terutamanya bila ada game EPL.

Iklan sebentar : Chelsea on the top again,one game in hand :P

Semalam, gua kembali bergelumang seketika dengan kerja lama gua,cybercafe (cc) di area Batu Caves. Saja la lepak lepak, skali member gua si Bahar ni ajak pi mapley. Gua follow ajer, katanya mapley baru run bisnes 1 bulan.

Mapley : Mau order apa?
Gua        : Teh tarik.
Bahar   : Err,ko lynn minum pe?
Lynn     : Bagi milo ais satu.
Mapley : Wokeyhh. U encik?
Bahar    : Bagi teh o ais satu.
Mapley : Ais tak ada. *sambil geleng geleng perut*
Bahar    : Habis tu air minah ni ada pulak? *sambil tunjuk arah lynn
Mapley : Ada ada!
Bahar    : Teh o ais.
Mapley : Ais takda!

Gua dah pecah perut dah time ni. Mapley ni rasanya baru masuk Malaysia kot.

Bahar    : Makan apa ada?
Mapley : Nasi goreng ada,roti canai ada,coca cola ada etc…
Gua        : Haa? Coca cola? Makan?
Mapley : Coca cola ada.
Lynn      : ….

Nampak tak apa yang gua nak tunjuk?

Mapley : Apa minum?
Bahar    : Sudah order
Mapley : *sambil jerit dengan kuat dan penuh konpiden* SUDAH ORDER SATUU!
Satu kedai tengok mapley ni,hahaha.

Persoalan yang sering buat gua tertanya tanya ;

1. Kenapa kebanyakkan mapley di KL menjadi kegilaan rakyat Malaysia tak kira umur agama dan bangsa berbanding dengan kedai Melayu/Cina?

2. Kenapa harga Mapley boleh je murah tapi kedai lain demand gila harga. Alasan – Harga gula,minyak etc naik. =.=

3. Dekat KL ni banyak kedai mapley yang dah maju. Ada kedai dah macam gudang. So kedai kedai ni mana dapat pekerja? Semuanya india,tapi bahasa malaysia fail. Bukan isu perkauman,cuma gua rasa ini mmg india yg mmg original dari Mumbai sana tuh. Kebanyakkan masuk secara haram,penguatkuasa?

4. Majoriti konsep kedai mapley 24/7,macam mana dia boleh rolling duit tu dan teruskan berniaga sedangkan ini la alasan utama peniaga melayu untuk tidak open kedai 24/7. Waktu malam tak ramai,rugi blablablabla…

5. Kadang kadang mapley ni pengotor, tapi tetap ramai pelanggan. Haha. Cuba fikir,1 hari brapa kilo tepung ko nak kena uli untuk kegunaan esok hari,lagi lagi kalau kedai ko memang ramai orang. Kalau ko uli 30kg sehari,makin lama makin bertambah korang larat ke nak uli pakai tangan? Bukan semua kedai mamak beli mesen utk uli tepung tu. :)

Gua rasa cukup je bagi 5 dulu, entry panjang panjang pun tak bagus jugak kan? Hehe.
Ada sesiapa boleh terangkan persoalan yang bermain di fikiran ambo ni? :D

p/s : Lama menghilang. Bajet nak buat comeback,haprakk. Ini batu,kapla ada duduk. Dugaan dugaan….

Posts yang berkaitan