Live Blogging, Pengalaman

Kempen Blogger, We Care!

Disaat kita bergumbira huha huha dengan kemeriahan Anugerah Juara Lagu 2010 AJL 24, gua rasa kita terlupa seketika tentang perihan rakan kita yang dalam kesusahan. Ya, perkataan ‘rakan’ rasanya lagi molek digunakan.

Walaupun kami para blogger belum pernah berjumpa sesama sendiri, tapi kesepakatan kami dalam memberi pendapat dan membincangkan tentang apa jua perkara dah macam satu keluarga. Tiada rasa kecil hati dan sebagainya. Kami blogger, 1 keluarga.

Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit.

Mungkin ada para blogger yang dah dapat menangkap tentang apakah sebenarnya entry ini. Pada yang belum tahu, ini adalah entry khas untuk saudara megat yang memerlukan spmbantuan tatkala kita semua masih mampu makan, tidur, dan bekerja dengan selesa.

Untuk mengetahui lebih lanjun tentang masalah saudara megat, anda semua boleh membacanya.

Dia tidak meminta untuk jadi begini, dia tidak meminta untuk namanya dijaja di alam maya, tetapi dia terpaksa.
Pernah dengar ungkapan ‘Hari ini saya tolong saudari, esok lusa saudari pulak tolong saya’ dalam cerita p ramlee?

Dalam kes sebegini, gua kalau boleh taknak berkira. Sebab gua kenal siapa diri gua. Gua tak selamanya hidup senang. Tapi gua berpijak di bumi yang nyata. Sekarang ni gua hanya penganggur yang hanya menunggu keputusan SPM. Tapi gua bantu selagi boleh.

Itulah tujuan post ini dibuat.

Kepada sesiapa sahaja yang mempunyai blog, tampalkan ribbon kempen ‘blogger we care’ ini di blog anda dan linkkan image itu ke blog encik hydir. Jangan lupa untuk memaklumkan encik hydir tentang penyertaan kita dalam kempen ini. Setiap banner yang ditampal di dalam blog anda, pihak sponsor akan membayar RM1 kepada encik hydir dan wang itu akan disumbangkan kepada saudara megat kita yang lebih memerlukan.

Jom la join, tak susah pun kan? tak perlu keluar duit sesen pun. Tunjukkan sifat ‘suka tolong menolong’ yang menjadi trademark Malaysia di mata dunia sekarang! 

Diminta sesiapa sahaja tolong menyebarkan perkara ini, terima kasih. Walaweh!

p/s : Penat betul gua bermadah 

Previous Post Next Post

You Might Also Like