Jadual Waktu Siaran Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 RTM
Jadual Waktu Siaran Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 RTM.

Gua rasa bukan gua sorang je menyirap dan tersirap pabila perlawanan bola sepak piala dunia 2010 tak disiarkan di RTM. Ya, rumah gua memang ada Astro, tak perlu risau lagi tentang siarang piala dunia. Semuanya akan disiarkan secara langsung, takde hal punya.

Tapi kadang kadang bila gua bertapa kat rumah member yang kosong, kedai makan yang takde astro, gua menyirap separuh jiwa raga bila perlawanan bola sepak piala dunia 2010 tidak disiarkan di RTM. Time gua predict RTM akan siarkan siaran langsung, time tu la dia nak tunjuk sukan SUKMA yang ntah apa apa tu. Siapa nak tengok ulangan sukan SUKMA pukul 2 pagi? Kalau tayang drama melayu pun gua boleh terima akal lagi la.

Gua lepak ‘rumah bujang’. Megi dah siap masak 6 paket, Pepsi dah terhidang, keropok untuk mengunyah tunggu masa untuk dijamah. Sekali bukak RTM, dia tunjuk SUKMA selangor menang main galah panjang. WTF?!

Untuk tidak menjadi mangsa siaran perlawanan RTM lagi, gua sertakan Jadual Waktu Siaran Perlawanan Bola Sepak Piala Piala Dunia 2010 RTM. So boleh la rujuk game game peberet korang yang bakal disiarkan di RTM, jangan jadi macam gua sudah. Layan SUKMA galah panjang macam orang bangang duk depan TV.

Jadual Waktu Siaran Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 RTM

Nahh, korang belek la jadual waktu siaran perlawanan bola sepak piala dunia 2010 RTM ni elok elok. So lepas ni dah boleh prepare awal awal kalo nak lepak tempat takdak Astro.

Sapa nak follow gua pi beli megi? Prepare untuk 12 Julai punya game :P

p/s : Gua igt nak buat post balas terhadap entry abe Luthtextile, tapi macam tak berkesempatan aje. Gua akan cuba siapkan post tu sebelum tamatnya Piala Dunia. Muahahahahhaa.

Posts yang berkaitan