http://tengkuaizat.com/pic/genting%20rider/lonely.jpg

Siapa pernah naik ke Genting Highlands pukul 3 pagi?
Kepada sesiapa yang pernah,itulah contoh contoh orang yang mencari masalah….macam aku :grin:

Sabtu 4/4/09

Dengan menggunakan motor yang belum diservis,aku dengan bangga dan selambanya mengajak 2 orang rakan,wan dan shameen untuk menyertai aktiviti paranormal aku. Mencari masalah bukan? haha

Setelah berkumpulnya 4 org  “Ghost Buster” dengan 2 rakan aku,kami berenam menuju ke ‘Lombong Biru’.
Lepak² jap dalam lombong terbiar yang sangat besar itu
Lombong Biru di Google Maps

Ade la jumpa benda² pelik,kalau diceritakan pun mungkin sukar untuk dipercaya.

Selepas keluar dari Lombong Biru,kami ber-6 tiada hala tuju :mad:

Dan terpacul keluar lah idea merapu meraban,pergi PD lahh,pergi KL lahh…Tapi kami sepakat pergi ke Genting Highlands,mula² nak ke Genting Sempah je,tapi dah naik separuh jalan macam rugi la pulak,ngeh3. :razz:

http://tengkuaizat.com/pic/genting%20rider/group.jpg

3 motor 6 orang mencapap di pagi hari!

Haha! sudah separuh jalan,penat,kami rehat. Kesejukkan pagi Genting mula menusuk ke tulang hitam~~

Kami meneruskan perjalanan,sambil berlumba menaiki motor yang tak seberapa laju :roll:

http://tengkuaizat.com/pic/genting%20rider/rest.jpg

Sempat lagi rehat :D

Perjalanan sudah hampir 3/4,
kami berhenti rehat,lagi. Penat woo atas motor,lenguh segala tulang yang ada.

Aku sempat snap berberapa KL view menggunakan kamera handphone yang tak serberapa ini.

http://tengkuaizat.com/pic/genting%20rider/klview.jpg

KL view yg huduh T_T

Kami meneruskan lagi perjalanan tanpa rasa segan silu,haha.
Setibanya di Awana Skyways,kami rehat untuk kali ke-3.
Tak tahan kesejukan,kabus tebal membataskan pemandangan ‘rider rider power’ ini:arrow:

http://tengkuaizat.com/pic/genting%20rider/cloudy.jpg

Cloudy bukan?

Setibanya di Genting Highlands,kami lepak+borak+rehat. Perasaan ‘menyesal atas perbuatan bodoh ini’ mula menyelubungi diri,sebab mane ade entertainment kat Genting pagi² buta ni bodoh! :cry:

Ehh,ada laa….HOTEL! hahahahha,entertainment di atas katil sambil di lambung² oleh lenglui,cost = RM300.

Shitt,pagi² pulak diaorg aktif mencari pelanggan…tergugat sedikit walaupun aku tak mempunyai duit :grin:

http://tengkuaizat.com/pic/genting%20rider/signboard.jpg

Jalan pulang?

Kalau signboard pun dah suruh balik,balik laa… Jangan la degil sangat wahai Tengku Aizat!

Kami ber-6 turun Genting dalam pukul 5 pagi,aku tak start enjin motor sampai bawah :grin:

Tangan aku berais dan kebas sewaktu dalam perjalanan pulang,boleh bayangkan macam mana sejuk tak? Itu pun setelah menggunakan jaket.
Pembonceng aku,Pyan hanya menyarungkan t-shirt nipis.Berlagak!
Balik je terus demam! hahahahahaha.

Nak keluar je Genting,kami ditahan pak polisi.
Ohh tidakk,adakah aku kelihatan seperti mat rempit? TIDAK!
Akulah penunggang motorsikal paling berhemat dalam ranking JPJ:evil:

Kami ber-6 lepas tanpa diganggu pakcik polis. Kan aku da cakap aku ni penunggang paling baik,HAHA! Tapi azab sebelum melepasi polis ni memang pedih. Ade ke patut dia sindir misai+janggut aku?!

Setelah tiba di KL,kami terus menuju kedai mamak. Sangat memerlukan minuman panas,terutamanya teh tarik :razz:

Selamat pulang ke rumah dalam pukul 7 pagi,hehehe.


Nota Kaki

  1. Aku tidur sangat lena lepas pulang
  2. Selamat pengantin baru buat Irwan Pilus,aku igt dia gay :wink:
  3. Kemengarutan terlampau,perlukan tidur sekarang.

Posts yang berkaitan