Senang cerita,gua benci kena framed.

http://i112.photobucket.com/albums/n174/tukiman/DSC_8025.jpg

———————–
1 Oktober
———————–

Gua tak datang kelas,ade masalah kesihatan (sape ragu² leh contact utk penjelasan lebih lanjut ^_^)

———————–
2 Oktober
———————–

Gua datang kelas,diaorang rancang nak pi rumah english teacher di Bukit Antarabangsa. Gua on je.
Lepas tu gua dengar yang budak perempuan semua nak naik motor dengan budak lelaki,sebab takde transport nak ke Bukit Antarabangsa.
Gua on je. Perancangan asal gua bawak cik suraya bimbo.

———————–
4 Oktober
———————–

Gua set alarm pukul 9.30,janji dengan member kelas nak jumpa kat stesen LRT Taman Melati pukul 11.00 pagi.

———————–
5 Oktober
———————–

8.30am – Gua bangun,salam mak gua. Dia nak pi Langkawi. Ayah gua beleter blablabla. Gua tidur balik,selesema.

12.30pm – Siriusli shit! Gua terlewat 1 jam! Check handphone,37 misscall 5 new sms. Gua call member,diaorang baru sampai Bukit Antarabangsa. Gua dengan cergasnya mandi+gosok gigi+sabun.

1.10pm – Gua sampai rumah teacher di Bukit Antarabangsa. Semua dah ada,semua dah makan. Gua makan sorang,peduli apa.
Masa gua sampai,ada junior nak balik. Member gua hantar junior ke taxi stand.

1.15pm – Teacher gua cari henpon dia,gua pun taktau macam mana rupa henpon dia tu. Gua cakap kat teacher,”teacher misplaced kot,cuba cari betul betul”

1.20pm – Teacher resah,gua resah,member gua resah,raya punah. Kami dah start syak junior kami yang baru pulang tu sita henpon teacher gua. Semua budak kelas kena spotcheck,takde pun.
Isi dalam rumah = Teacher + bibik + anak dia sorang, Student 5M2+ sorang member kepada member gua

1.30pm – Anak teacher check CCTV,malangnya tempat henpon tu takde CCTV. Lain kawasan dalam rumah tu semua complete berkamera litar tertutup.

1.50pm – Budak kelas 5L sampai,diaorang nak beraya rumah teacher. Diaorang tak masuk,tunggu semua member kelas sampai dulu.

2.00pm – Teacher call husband dia,teacher kena marah. Dia menangis.

2.05pm – Teacher,sambil menangis suruh kami semua balik,suami dia suruh. Suami dia marah kelas gua. Gua tak kesah.
Dalam erti kata lain,kami dihalau.

2.30pm ~ 4.00pm – Mencari junior 4 orang  yang dah pulang lebih awal dari rumah teacher, diaorang memang sial. Sekejap kat utara sekejap kat selatan. Lepas kena maki baru nak bagitau kat mana diaorang berada. Gua dah panas,plan dengan budak kelas yang sepatutnya membawa tuah dan kegembiraan menjadi plan mencari junior yang hilang,sial.

4.05pm – Junior tengah beraya rumah cikgu hape ntah. Junior tak mengaku. Cikgu backup depa. Takpe,gua tak kesah.

4.30pm – Kami sekelas decide untuk ke Jusco Alpha Angle Wangsa Maju. Gua gian nak main mesen dapat anak patung kat tempat permainan tu.

4.35pm – Sampai ke destinasi,ada yang dah pulang. Antaranya member gua yang bawak member dia.

4.40pm ~ 5.30pm – Makan Mcd,gua nak collect all 7 contour glass kat Mcd. Hehe. Jalan jalan sikit.

5.30pm ~ 7.00pm – Hantar semua budak perempuan pulang. Dari wangsa maju ke selayang, dari selayang ke sentul, dari sentul ke greenwood. Ohh indahnya,haha! Siapa yang kenal gua kompem tak percaya sapa yang gua bonceng atas Naza GTR150 gua ^_^

8.00pm – 1 SMS RECIEVED. Member gua call teacher. Teacher syak kelas gua. Dia syak mamat yang member gua bawak. Gua tak kesah. Yang gua kesah,teacher syak lagi 2 orang budak 5M2. Itu gua kesah. Gua tau member gua sorang ni tak buat benda macam tu,sebab dah banyak kali gua test dia kat rumah gua. Yang lagi sorang gua taktau,tak rapat sangat.

9.30pm – Alarm henpon gua berbunyik,HAHA! Gua salah set AM ke PM. Sengal.

12.00pm – Entry ini siap ditulis.

.

.

.

Sekarang ni gua taktau macam mana,nama kelas dah busuk sebab ada budak sial mana ntah yang panjang tangan. Nak main tuduh tuduh pun tak boleh,hurmm. Kelas gua jugak yang kena,sekor lembu kena lumpur habis semua lembu kena lumpur. Kerana setitik nila rosak susu sebelanga.

Pasrah….

Taktau macam mana esok,teacher dah hilang kepercayaan terhadap kelas kami. Itu gua kesah.

Sesiapa ada tips untuk mendapatkan barang tu balik?

Posts yang berkaitan