*Ribbontales*

Entry ni khas untuk Eny Doraemon.
http://www.tengkuaizat.com/pic/enyclone.jpg

Kebelakangan ni aku ada sedikit kebosanan,taktau kenapa. Dengan internet semakin pantas mengalahkan siput sedut,nak update blog pun rasa tensen saje. Maklum la aku lelaki,aku suka laju². HAHA!

Entry kali ini khas buat @sickchild72 a.k.a eny ronggeng.

Cik Eny ronggeng ni menjual handmade ribbon dan brooch,mmg lawa pon sebab aku dah beli.

http://ribbontales.blogspot.com/Photobucket

Aku beli 2 ribbon dari Ribbontales, mmg puas hati la. Untuk couple² pun boleh jugak beli,korang pilih la warna pe yang korang nak. Semua boleh bincang,bagus betul la Eny debab ni.

Owner ribbontales a.k.a debab,sama tak rambut dia dgn rambut aku? ;p

Eny @ owner Ribbontales ni berbincang melalui Twitter dgn Yahoo Messengger,sangat mudah oke! Tipu la si eny ni tak online,keje dia menghadap pc je. Kalau dia sembelit je baru dia tak online,haha.

1 yg aku suka pasal eny ni
- sgt open minded,boleh mencarut je sesuka hati ko
tak mcm kwn pompuan aku yg len. Senang sgt tangkap leleh+narrow minded T_T :cry:
aku tulis ‘tetek’ pun dah dianggap lucah…aku mmg suka menggantikan perkataan ‘kepala otak ko‘ kepada ‘tetek ko
Lebih ringkas dan xde menghina sgt. Buat masa ni hanya si Eny je paham bahasa aku,best rasanya ade geng :P
“tetek mmg lucah oke :P

Aku beli ribbon colour hitam+putih+merah+biru,angau ke aku ni? :P

Ni haa ribbon aku, cun bukan?

Gambar dari Ribbontales

Gambar² tersebut cik Eny yang tangkap, phone camera saya sangat huduh kalau bergambar.
Sedikit info :-

Cara penghantaran : Boleh pilih pos biasa stem 2 posen,pos berdaftar or pos laju. Kos penghantaran ditanggung si pembeli.
*murah je pos berdaftar tu,rm1.70 kalau tak salah aku ler…selamat sket ribbon tu*

Cara pembayaran : ATM,Maybank2U,Cash-on-Delivery
*cash on delivery utk sesiapa yg tinggal area shah alam,leh korang jumpa eny debab ni :P *
*no akaun M2U akan diberi selepas korang bincang dgn si Eny ni. Aku prefer YM,mudah dan pantas korang nk berchatting*

Masa tempahan : Lebih kurang 2 minggu siap korang pnya order. Ye la,cik Eny debab ni pon ade life,takkan nak buat ribbon je sepanjang masa.
*2 minggu tu kalau ramai tempah la,aku order sekejap je siap dlm 2~3 hari je*

Aksesori tambahan : Korang boleh letak button,loceng,keitai strap dll.
Harga boleh bincang,setiap aksesori tambahan dikenakan harga.

Korang kena bank-in dulu duit total kos order korang,baru barang dihantar. Jangan risau kalau ditipu,aku ade alamat rumah dia. Bila² boleh pegi umah dia kasi makan julap,hehehe.
*Benda ni murah je,bwh RM10 biasanya. Takkan la Eny nak lari dgn RM10 tu,tak kemana pun*

Disaat post ini ditulis,Eny bukan sahaja menjual ribbon malah dia menjual brooch yg cute² belaka untuk para wanita.

Lawa bukan? Kebiasaannya Brooch di Ribbontales adalah unrestockable,bermakna kalau gambar tu tunjuk ade 10 biji,mmg 10 biji je la yg dia jual. So first come first serve. Nak tau lebih lanjut sila ke http://ribbontales.blogspot.com/. Macam2 ada kat sana,hehe.

Ingat tak tentang post lepas bertajuk Oh! Goodbye Nokia 6500s ?

Lepas je dari kejadian tu,aku kehilangan 50% contact number dan salah seorang yang bertuahnya adalah cik Eny debab ni.
Jadi semalam aku pun mintak la balik no tel dia.

Blowie (7/4/2009 7:38:34 PM): wehh
Blowie (7/4/2009 7:38:37 PM): bg blk no tel ko
Blowie (7/4/2009 7:38:41 PM): senang ape2 aku msg
Blowie (7/4/2009 7:38:52 PM): aku pnya hp kan jahanam

SickChild (7/4/2009 7:38:56 PM): ****6342476
SickChild (7/4/2009 7:38:59 PM): weh mampos doh

Blowie (7/4/2009 7:39:06 PM): asal?

Oke,aku pun save la no Cik Siti Nurhaliza ehh Cik Eny ni….
Di pagi ahad 5 Julai 2009 yang indah,aku melayari Ribbontales sebab bosan. Aku nampak brooch baru dan hampir kesemua borrch tu dah ditempah! Aku dengan segeranya mencarik henpon aku,semata mata utk mesej eny debab ni reserve utk aku brooch dia.

Tet tet tet tet tettttt *bunyi type msg :P *
‘Wei gemok,aku cop no1 ngan 12,jgn ckp dh ade org book. Aku babab kang.’
send to *****342476

Selepas 1 minit :-
‘I dont care who u are,where ure from,what u do,as long as u love me’
*bunyi msg masuk*

‘Ah!xde2!mamp0s ar ko! Babap tgk pe jd..’

Aku – Kimon! Aku tuang clorox kt akmal pnya anu baru tau! Nk bg utk aku ke x?! Haha
Dia – Xnk! Pe nk jd,jd ar!
Aku – Smpai ati ko :( (
Dia – Wrong num bro! Haha!
*aku dah pelik sket dh time nie*
Aku – Ni bkn no Eny debab ke?

Dan perbualan aku tamat disitu.
Aku dengan rasa pelik dan ingin tahu yg menebal,terus bukak YM check Archive.
Mmg betul no yg Eny bagi dengan no yg ade dlm henpon aku,jd pe yg salahnye? Haihhh,eny off pulak dah time tu.
Aku check archive aku dengan si Eny,aku baru teringat yang dia ade bg no tel kat aku 1 bulan yg lepas

Blowie (6/7/2009 1:01:10 AM): no phone plssss
Blowie (6/7/2009 1:01:14 AM): ahahha

SickChild (6/7/2009 1:01:19 AM): ****642476
SickChild (6/7/2009 1:01:20 AM): =D

Blowie (6/7/2009 1:01:25 AM): aduhh,celcom dehh
SickChild (6/7/2009 1:01:32 AM): hihi
Blowie (6/7/2009 1:01:32 AM): :( (
SickChild (6/7/2009 1:01:35 AM): padan muko

Dah nampak perbezaan? no tel dulu dengan no tel yang baru dia bagi.

Yg lama,
****642476

Yg baru,
****6342476

Boleh pulak tersesat angka ’3′ kat situ,haih. JAGA KO ENY RONGGENGGGGGG!
Yg best nya,boleh pulak mamat yg aku salah send msg tu berlakon jd ENY DEBAB!
Kan senang dia cakap ‘wrong number’ dari awal,sialan.

Sebab apa aku panggil Eny Debab? Sebab jari dia besaw sgt,tekan no kat keyboard pun bole salah. HAHHAHAHAHHAHA.

Apa2 pun, RIBBONTALES RAWKK!

Posts yang berkaitan