[Diari Lelaki Sana Sini]
Lately ni gua memang busy mencari pitih untuk sambung study, 12 tengah hari sampai 12 tengah malam gua kejer. Mana boleh tidur lewat sesuka hati macam kerja blogger. Blog ni pun hampir hampir je gua padam. Hilang rasa nak menulis. Sekarang pukul 6 pagi, tugas sebagai seorang penjaga taman tidak gua abaikan. Habis saja waktu kerja, gua ke uptown Danau Kota cuci mata anak dara metropolitan. Ada sorang awek ni open karaoke lagu Ziana Zain, sebijik beb. Awek ni pakai sleveless, ketiak dia bikin hati gua gelap.
Gua blah…
Pompang pompang, gua dengan Zarul ke taman. Kata penjaga taman, gua dengan penuh rasa tanggungjawab bawak ‘padlock’ baru untuk switchbox taman permainan yang jantan jantan durjana suka rosakkan. Babi rempit mana suka jahanamkan lampu taman, habis aktiviti mencurah peluh gua terbantut.
“Setting timer dan kunci switchbox”
Tengok jam pukul 4 pagi, dalam hati gua cakap tak boleh jadi ni. Kena balik tidur, sebab esok gua ada date dengan apek lelong.com.my yang jual barang rosak harituh. Tiba-tiba…
“Woi Zarul, jom pi CC. Aku nak layan Nur Kasih”
“Jom..” Balas Zarul tanpa membantah.
*****
Keluar dari CyberCafe, telinga gua duk terngiang-ngiang lagu Nur Kasih nyanyian Yassin tu. Serius gua rasa, macam jalan atas angin. Yang Zarul pula duk sengeh bila dapat tau ada awek Matriks Banting minat kat dia. Bukan 1 tapi 2. Gua cakap sepatah, Zarul cakap sepatah, dua dua angguk tanda setuju sambil senyum lebar walaupun gua yakin bahawa Zarul tak faham sepatah pun pe gua cakap. Orang angau, mengantuk. Pakej terbaik untuk dapat mimpi panjang.
*****
Gua bukak pintu bilik, gua on Youtube dan terus play lagu Nur Kasih. Gua off monitor gua sambil setting kipas kasi “level 5″. “Level 5″ ada dual-function, tambahan kepada pakej menarik mimpi panjang + angin ala-ala sayup sayup sejuk tepi pantai halau nyamuk.
Gua tutup lampu, tarik tilam campak bantal. Gua baring, tarik selimut sambil usha kipas jenama KDK duk berputar ligat atas kepala. Tiba tiba gua dengar ada nyamuk racing tepi telinga. Gua tak faham betul macam mana nyamuk tu boleh lepas “level 5″, memang dasar nyamuk olimpik…

haram.. belah mana yang cerita drogba .. baik ko cakap remy ishak masa muda dulu pon tak kacak je..
topo´s last [type] ..Koleksi Gambar Bayi yang Sangat Comel
[Reply]
[...] Sambungan Entry Drogba tak bagus mana pun. [...]