xppost0pj.jpg

Jam menunjukkan pukul 3 petang, Minah berkata dalam hati “ahh cantikk la lagi sejam aku abis kijer, boleh layan ABC dekat stesen Putra Wangsa Maju”. Minah meneruskan kerja seperti biasa dengan harapan dapat pulang ke rumah segera.”Minahh! U sudah kira stock ar?” kata Bos Minah, Chin Eei Hui. “Sudahh!” balas minah penuh yakin. Sejam kemudian, Minah dengan rakusnya berlari ke stesen bas berdekatan tempat kerjanya. Takut terlepas bas mungkin. “Ahh, aku mesti pantas! RapidKL dah la bas paling ‘efisyen’ kat KL ni!”

Minah menaikki bas dan turun di stesen LRT Wangsa Maju. Sempat lagi Minah membeli ABC di tepi jalan sebelum pulang ke rumah menaikki LRT. Sedang asyik melepak di kedai ABC, Minah terbaca satu artikel pada paper Utusan Malaysia yang berada di atas meja. “Keputusan SPM diumumkan Khamis depan?! Alamakk, cepatnya 11 haribulan…” Keluh Minah. Minah berasa gementar dengan keputusan SPM yang bakal diumumkan. Selesai minum, Minah menapak lenggang lengguk ke Stesen LRT Wangsa Maju. Kepala Minah terasa sedikit pening.

Tiba di Stesen LRT Taman Melati.

Minah berjalan sedikit perlahan dari hari hari biasa, keadaan cuaca yang terlampau panas menyebabkan Minah keletihan. Jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Sedang Minah berjalan di laluan yang dilaluinya tiap tiap hari, tiba tiba…

Minah kat sini.

PompomPompomPompomPompom, berhenti satu motorsikal di tepi Minah. Kelihatan rider motorsikal itu berpewatakan seperti Mat Laloq. Dengan memakai rantai besi ala-ala gengster jepun yang sengkek wang ringgit, topi ala rappers US buatan Uptown Danau Kota,  kotor dan berbau, Mat Laloq menegur Minah sambil menghalang laluan Minah.

“Awak, saya suka awak.” Kata Mat Laloq yang berbau bangkai. “Kenapa saya? Tolong jangan halang saya, saya nak balik rumah. Kejap lagi ade citer American Next Top Modal.” Kata Minah yang ketakutan. ” Awak ni comel la. Sebab apa saya suka awak? Awak pakai tudung, saya belum pernah ada kawan yang pakai tudung. Lagipun saya tengok awak ni macam letih semacam je.” Minah cuba menolak dan lari tetapi dihalang. ” Kalau awak lari, saya akan ikut awak balik rumah dan cakap kat orang tua awak yang awak ni pernah main dengan saya!”

Minah menangis ketakutan. Mat Laloq berbau mengajak Minah untuk lepak lepak petang di taman. Minah menolak dan sekali lagi minah diugut. ” Kalau ko taknak, aku rogol ko!”

Minah menaikki motor Mat Laloq, terpaksa… Minah berkata dalam hati, “perghh busuknye mamat ni, ade hati nak lepak taman dengan aku”.

Sampai saja di taman area PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) GOMBAK, Mat Laloq mengajak Minah untuk singgah ke rumah neneknya yang berada di flat tinggi berhampiran. Minah menangis sambil menolak permintaan Mat Laloq. “Awak tak boleh duduk kat bawah ni sorang sorang, bahaya. banyak orang jahat.” Kata Mat Laloq kepada Minah dah terus menarik Minah hingga ke lif flat tinggi.

*Tingg* Lif menunjukkan angka 21.

Minah ditarik dan dipaksa duduk di tangga. Kawasan di tingkat 21 sangat sunyi berikutan banyak rumah yang tidak berpenghuni. Tiba tiba…

Mat Laloq menunjukkan ‘anjing panas’ yang tak seberapa tu kepada Minah. Minah menangis teresak esak ketakutan. Minah dipaksa untuk pegang dan gosok dan…. Macam bangla selalu buat kat stesen minyak tu. Setelah puas memaksa Minah, tiba tiba telefon bimbit Mat Laloq berbunyi. Mat Laloq sedikit khayal sambil bersembang menggunakan telefon bimbit, memberikan peluang kepada Minah untuk melarikan diri.

Minah lari sekuat hati untuk pulang kerumah, menggunakan laluan yang sama.

Minah sempat menghantar sms kepada rakannya meminta bantuan.

Minah sampai dirumahnya pukul 8.30 malam. Minah tidak bercerita kepada sesiapa. Minah takut.

Report polis? Jauh sekali. Orang tua Minah pun tak tahu menahu.

Woi Minah, Guna Otak!

p/s : Cerita ini diolah sedikit, 95% dalam cerita ini adalah benar sebenar benarnya :P

Posts yang berkaitan