Kucing hilang anak menangis separuh mati, manusia hilang anak… lebih baik mati? Gua rasa lu orang patut tengok video ni, dan fikir sendiri karenah sana sini. Jaga anak bukan macam jaga kambing, tuhan bayar cash kalau lu orang menganjing tak tentu pasal. Real beb…
Berita sukan yang agak sedikit berbanding dengan surat khabar lain berdasarkan pemantauan gua.
(sebab utama gua beli paper nak baca part sukan je. lu orang pecaya tak? )
Content berilmiah masih lagi banyak walaupun kebanyakkan content dah di jadikan rojak bersama agenda agenda politik.
Kurang berita “berjiwa rakyat”. Ramai orang cakap Utusan Malaysia kurang news tentang rakyat Malaysia. Lu orang nak news macam mana lagi?
Lu orang ade point point best lagi? meh kasi tembak. Apepun, gua tetap cakap yang Harian Metro lagi best.
Gua sekarang ni nak tanya pendapat saja, nak komen boleh taknak komen pun takde hal la. Lu orang semua kalau buat open house, mesti bajet kaw kaw tinggi kan? Ye la untuk invite semua kawan kawan, bukannya sorang dua ye dok?
Tapi macam mana plak kalau lu lu orang yang bajet paras paras payudara, tak tinggi tak rendah. Nak jemput semua, takut makanan tak cukup. So jemput je la rakan yang dekat dekat dan mana yang mempunyai percentage yang tinggi untuk hadir kan?
Okay, member gua sudah pindah. Jauh jugak la. So gua takde la msg dia, sebab gua punya open house memang setting last minute. Hari khamis open house, hari rabu PETANG baru decide nak buat. So hari rabu tengah malam tu baru gua terhegeh hegeh sent invitation thru SMS kepada mereka mereka yang mempunyai prospek yang tinggi untuk hadir ke rumah ‘tak seberapa terbuka’ gua.
Innalillahiwainnailahirajiunn. Hidup mati di tangan tuhan.
Takziah kepada pemergian allahyarham Aminul Rasyid, perlajar tingkatan 3 SMK Seksyen 9, Shah Alam. Moga Allah mencucuri rahmat keatas roh adik. Amin.
Dah banyak news yang korang boleh baca, gua rasa semua orang pun dah tau. Tapi gua taknak letak kat sini, kang berjela jela entry ni. Hanya nak bagi point point ringkas untuk kita semua berfikir seketika.
Dalam situasi sekarang, ramai orang menyalahkah pihak polis dalam kes kematian Allahyarham Aminulrasyid Amzah. Ramai orang kata, polis tak patut bunuh budak berusia 15 tahun. (more…)
Kat post tersebut gua ada sebut serba sedikit tentang filem ni dan kat entry tu jugak ada trailer cerita ni. Dua hari lepas, KRUSTUDIO meng’upload’ trailer baru cerita Hikayat Merong Mahawangsa @ The Malay Chronicles : Bloodlines.
Berdasarkan apa yang gua tengok dari trailer no. 2 dia, satu je gua cakap. Superb! (more…)