Archive for the ‘My Life’ Category

Jika diberikan ku satu peluang…

Wednesday, August 24th, 2011

Bagai dijanjikan pertemuan singkat waktu itu
Bagai dituliskan kesetiaanmu diriku dirimu dulu
Jika diberikanku satu peluang tembusi masa depanku
Kan kusuluh tiga tahun dari situ mencari dirimu

Saatnya terhenti
Seketika kau terima lafaznya
Saat yang ku nanti dikau bahagia

Selamat hari raya :)

Nur Kasih – Tiz tiz tiz zaqyah tak boleh menyanyi?

Saturday, April 30th, 2011

Sambungan Entry Drogba tak bagus mana pun.

Gua bangun pi layan TV sekejap. Macam biasa, kalau bukak TV gua akan layan ch 811. Layan sukan omputih 2-3 pam, agak agak mata ni dah berat je gua terus set timer untuk TV off sendiri. Gua pejam mata. Tak ada masa gua nak teringat makwe itu makwe ini. Memang lancar gua punya tidur. Sekali pejam, dia terus pergi macam tu saja.

Prappppp! Alarm henpon yang gua setting sebelah telinga berbunyi lagi. Macam biasa, gua capai dan gua off tanpa bukak mata. Touch screen tak menjadi masalah, gua da hafal koordinat setiap kedudukan button dalam touch screen tu. (more…)

Drogba masa mula mula masuk Chelsea takde la bagus mana pun…

Saturday, April 30th, 2011

[Diari Lelaki Sana Sini]

Lately ni gua memang busy mencari pitih untuk sambung study, 12 tengah hari sampai 12 tengah malam gua kejer. Mana boleh tidur lewat sesuka hati macam kerja blogger. Blog ni pun hampir hampir je gua padam. Hilang rasa nak menulis. Sekarang pukul 6 pagi, tugas sebagai seorang penjaga taman tidak gua abaikan. Habis saja waktu kerja, gua ke uptown Danau Kota cuci mata anak dara metropolitan. Ada sorang awek ni open karaoke lagu Ziana Zain, sebijik beb. Awek ni pakai sleveless, ketiak dia bikin hati gua gelap.

Gua blah…

Pompang pompang, gua dengan Zarul ke taman. Kata penjaga taman, gua dengan penuh rasa tanggungjawab bawak ‘padlock’ baru untuk switchbox taman permainan yang jantan jantan durjana suka rosakkan. Babi rempit mana suka jahanamkan lampu taman, habis aktiviti mencurah peluh gua terbantut.

“Setting timer dan kunci switchbox”

Tengok jam pukul 4 pagi, dalam hati gua cakap tak boleh jadi ni. Kena balik tidur, sebab esok gua ada date dengan apek lelong.com.my yang jual barang rosak harituh. Tiba-tiba…

“Woi Zarul, jom pi CC. Aku nak layan Nur Kasih”

“Jom..” Balas Zarul tanpa membantah. (more…)

Azam tahun baru 2011 yang diperbaharui

Saturday, January 1st, 2011

Masuk tahun 2011, secara semulajadinya umur gua meningkat mengikut kiraan kalender kuda. Tapi gua masih lagi hilang punca, amende la yang gua duk buat tahun ni. Gua sebenarnya tengah celaru dilemma, walaupun gua nampak macam hensem dan kacak, tapi otak still berkocak dengan masalah. Tak patut… tak patut…

Tak silap gua, azam tahun lepas gua taknak makan nasik lemak. Tak sampai 1 bulan gua dah langgar azam tahun baru. Ntah brape bungkus gua hadap, apa yang pasti gua gagal. Lu orang toksah la berazam tinggi langit kalau azam tahun lepas pun still kantoi kan? Tak patut… tak patut…

Azam tahun baru gua, nak masuk Highland Towers dengan geng mamak waktu malam. Agak agak bawak 30 orang pun terlaksana tak azam ni? Gua dah survey tapak runtuhan yang mengejutkan Malaysia sekitar tahun 1993, ternyata ada orang buat pemujaan syaiton di situ. Ade gambar ade video, azam gua adalah untuk upload kesemua video dan gambar tu untuk lu orang tengok dengan jayanya. Azam… azam…

Pasal sambung belajar, yang ni pun gua kusut. Dah brape banyak tawaran gua tolak, sebab nak tunggu tawaran yang satu tu. Tapi… tunggu punya tunggu, dah setahun dah gua bela bulu ari-ari ni tanpa cukur. Azab beb, serious azab… Lepas ni mana yang datang, gua sebat aje la. Malas dah nak tunggu janji orang.

Gua kena ada seseorang untuk dijadikan inspirasi belajar, dan juga sebuah inspira untuk dijadikan kenderaan rasmi pergi dan pulang belajar. Smart guys get it kan? So nak jadi smart, kena naik Inspira.

Duit dari blog ni takde la seberapa, cukup untuk gua pi dating sekali sekala. Memang gua jadikan blog ni sebagai pendapatan sampingan, tapi sebagai bakal student memang gua kena cari lubang lain untuk cari duit. Blog memang boleh buat duit, kalau lu rajin.

Orang tua gua pun duk bebel non-stop, bila hang nak sambung belajar ni Aizat oii? Surat tawaran berlambak gua sumbat dalam tong sampah, semuanya bersebab. Bukan gua memilih, tapi gua tunggu janji orang.  Azab… azab..

Sekarang, gua freelance setup blog orang + maintenance cybercafe. Azab siot takde duit, azab… azab…
Orang kata aku tak guna, apa ada hal? Zaman gua jatuh ni la boleh test rakan rakan.

#The Rambling of Unknown – Tengku Aizat

Malaysia juara AFF Suzuki Cup dengan membaham Indon Si Garuda Pondan aggreget 4-2.

[Photo] Trip to Bukit Broga

Thursday, December 9th, 2010

[Photo] Trip to Bukit Broga, Semenyeh.

Signboard kaki bukit broga

Minggu lepas ramai aweks email gua merayu rayu mintak gua update blog, okay okay gua update. Reti sabar tak? Haha. Minggu lepas jugak gua janji nak update tentang Bukit Broga, bukit famous yang ada dalam scene filem Lagenda Budak Setan. Haa skarang ni baru berpeluang nak update, tu pun sebab Kuala Lumpur tengah hujan mencurah curah pagi ni. Kalau tak, memang gua dah hilang dari rumah. Jogging pepagi tengok budak SPM pi skolah~!

Entry ni memang bersepah gambar, so kalau internet connection kurang memuaskan tu harap maaf la, lu orang akan terseksa sikit nak tengok entry ni. Lagipun banyak gambar syok sendiri gua je, lu orang tak suka tak payah tengok. Gambar² hot tits Bukit Broga gua tak publish, buat kenangan sendiri sudah hahaha.

Direction : Kalau lu orang berhajat untuk ke Bukit Broga jugak, memang tak susah untuk cari tempat ni.
Pergi Semenyeh, cari signboard Universiti Nottingham, dan korang lalu je jalan tu.
Sampai jumpa universiti, korang continue terus jalan tu sampai jumpa kedai rabbit disebelah kanan, dan korang boleh park kereta di ladang kelapa sawit sebelah kiri lu orang.

Pukul 5 pagi gua dah bertolak. Entry ni biar gambar yang lebih banyak berkata kata, gua pemalas.

(more…)

Search
Chat Chot


FeedBurner RSS



Page 1 of 712345...Last »

Copyright © 2012 TengkuAizat ^_^. Search Engine Optimization by Star Nine. Distributed by Wordpress Themes

Creative Commons License
Blog Tengku Aizat is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.
Based on a work at www.tengkuaizat.com.