Craps, My Life

Bebel kosong waktu petang

Halo! Kali ni korang bersama aku . Aku bukan Tengku Aizat tau! Haha. Siapa aku? Haaa. Lu pikirlah sendiri! Haha.

Kehadiran aku tidak lain tidak bukan nak huru-harakan blog budak nie. Haa. Mat crack ni dalam mood kekecewaan dan memang takde mood nak update blog. Jadi aku telah diberi amanat besar oleh tengkuaizat.com untuk kasi meriah ini blog. Muahahaha. Aku ingat nak jahanamkan je blog ni tapi malas arh. Aku kan baik hahaha 

Aku sebaya ngan budak crack ni. Dan baru-baru ini, aku dan beberapa ratus ribu orang yang telah mengambil peperiksaan SPM 2009 . Dan pada 11 March 2010, kitorang semua telah menerima keputusannya. Bagi yang gempak tu, setinggi tahniah aku ucapkan. Kepada yang kurang bernasib baik, maybe ada silap mana-mana. Ala semua ni rezeki Tuhan. Tak bermakna kalau kau tak okay dalam SPM, sampai mati ko akan bad luck!. Ni semua nasib. Ada hikmah wehh. Mana tau kat U nanti ko gempak ke en? Haa.

Keputusan aku? Alhamdulillah. Tapi aku ada sikit tak puas hati. Emm takpelah. Maybe aku tak berusaha kot. Keputusan kawan-kawan aku pun aku tengok semua okay. Mungkin ada sesetengah yang tak berpuas hati. Tapi korang boleh cuba lagi. Banyak laluan sekarang. Yang penting kau minat nak belajar. Kalau kau minat nak belajar lagi, tu memang dah cukup bagus aku rasa.

Bila dah dapat result SPM, baru aku terasa yang WAOO AKU DAH BESAR! Haha. Wehh, pening kepala jadi orang dewasa. Kira, umur macam kitorang ni baru nak hidup lah. Kalau zaman muda-mudi remaja dulu, mana pernah kisah. Nak duit, AMBANK kan ada ; Abah Mama Bank. Kalau nak keluar lepak, keluar je lah. So sekarang, bila dah dapat result, kira macam dah nak melangkah ke alam dewasa. Alam yang penuh cabaran aku rasa. Cabaran. Macam-macam cabaran.

Yang paling pening, borang universiti. Perghh yang ni boleh bikin kepala tercabut. Pening nak isi apa untuk UPU. Aku pun mengalaminya. Dan sampai ke hari ini, aku masih belum update borang UPU aku. Entah bila aku nak update aku pun tak tahu. Tu baru UPU, belum lagi kalau borang universiti lain. Politeknik lah, biasiswa lah. Boleh pecah otak beb!

Ni baru nak pikir pasal U. Belum lagi masuk U. Haiihh. Masalah oh masalah. Masalah duit, kawan-kawan, cinta. Ops, cinta? Isu sensitif! Haha. Masalah cinta memang perit! Tak mau komen lebih lah. Haha 

Kadang-kadang aku rindu zaman sekolah. Rindu la dow sekolah! Syok bhai! Belajar , main . Langsung takde masalah besar-besar ni. Nak duit, mintak je parents. InsyaAllah dapat. Dan sekarang, aku rasa aku tak bersedia lagi nak jadi dewasa. Sebab apa, banyak benda nak kena fikir. Aku bernasib baik, mak dan abah aku bukan jenis yang memaksa. Diorang ikut je aku nak belajar kat mana, nak jadi apa. Apa yang aku rasa bagus, bagi diorang pun bagus. Terima kasih Mama Abah *ceyy promote parents sendiri , bangga abah muahahaha .

Entahlah. Yang penting sekarang ni, perjalanan aku dan kawan-kawan aku masih jauh. Aku kena kuat! Haha. Tengku! Kite kuat kan! Haa. 

Yang paling tak best, sekarang semua kena fikir sendiri. Dah takde orang nak bimbing. Kalau salah pilih jalan, hancur ahh. Kan kan? Haa. Tu lah. Aku selalu ingatkan diri aku supaya jangan sekali-kali lupa siapa diri kita. Tu paling penting aku rasa. Dan ingat lah mak bapak, Tuhan. Haa paling penting tuh. Emm.

Baiklah, banyak dah aku mengarut. Kang haru biru kang blog ni jadinya. Aku kalau dah bercakap susah sikit nak stop.

Terasa nak dengar aku membebel lagi? Boleh-boleh. Silalah berkunjung ke blog murahan aku . http://angkasawancat.blogspot.com/ . Haa kat sini aku lagi mengarut songkla baik punye. Haa. HAHA. Papepun, thanks sekali lagi kepada TengkuAizat.com . Adios Astalavista bebeyhhh  By the way, name aku Catt . Tu nickname jeh .

*Problemo tak sudah lah dow! Haihh. Aku takde mood nk update gak, tp takpe ah, member kan? Haha  Papepun chill! Hee.

Previous Post Next Post

You Might Also Like