All Posts By

Nathaniel Hughes

Pendapat

16 alasan mengapa lelaki menyayangi wanita

  1. Mereka selalu wangi, meskipun hanya wangi sabun LUX.
  2. Cara mereka makan begitu lucu.
  3. Waktu berjam-jam yang mereka gunakan untuk berdandan dan dressup, dan ternyata hasilnya sangat cantik.
  4. Mereka selalu panas, meskipun udara di luar sangat sejuk.
  5. Mereka selalu nampak menarik, tak peduli baju apa pun yang mereka kenakan.
  6. Cara mereka berusaha untuk dipuji.
  7. Cara mereka berdebat err, lawak. Comel pun ade 
  8. Senyum mereka.
  9. Selalu cair dengan suara mereka, terutamanya selepas bergaduh.
  10. Cara mereka mengatakan, “Kita jangan bertengkar lagi yee?”
  11. Cara mereka menerima kita seadanya.
  12. Cara mereka memukul kita dan mengharapkan kita kesakitan, dan selalunya memang sakit  .
  13. Lalu, cara mereka minta maaf jika pukulannya memang menyakitkan (pura pura macho takde ape2).
  14. Cara mereka mengatakan rindu.
  15. Cara kita merindukan mereka.
  16. Cara mereka menangis, yang membuat kita ingin mengubah dunia agar mereka tidak terluka lagi.
  17. Dan banyak lagi, more point on entry akan datang.

“Namun, sekalipun kita mencintai mereka, membenci mereka, mengharapkan mereka mati, atau kita akan mati tanpa mereka… tidaklah jadi soal.

Sebab, setelah mereka memasuki kehidupan kita, bagaimanapun orang lain memandang mereka, mereka adalah segalanya bagi kita. Saat kita menatap mata mereka, menusuk ke dalam jiwanya, dan kita mengatakan jutaan kata tanpa bersuara, kita tahu bahwa hidup kita menghirup debaran jantung mereka.”

Apa tujuan post ni?
Gua bukan gay faker. Semalam gua dapat email ngorat dari gay, so ni entry khas buat dia. Moga ko insaf dari nafsu songsang tu. Lelaki tidak diciptakan untuk lelaki 

Pendapat

Ada apa dengan suara perempuan?

Gua bukan nak bangkitkan isu remeh temeh, bukan cara gua pun nak kasi trafik blog naik dengan memainkan sentimen jantina. Cuma gua tertarik dengan persoalan seorang perempuan UITM Shah Alam kat twitter. Dia tanya,
‘ Sejauh mana kesannya suara perempuan terhadap lelaki? ‘.

Gua dengan penuh konpiden dan yakinnya menjawab pertanyaan itu,
‘ Banyak… Sangat banyak  ‘

Nasib gua tak berapa nak baik, dia mintak penjelasan lebih lanjut. Terpaksa gua perah otak nak menjawab pertanyaan minah ni. Bila orang tanya secara spontan, gua boleh jawab. Bila orang suruh senarai, gua kantoi. Otak gua jem. Mungkin gua kena masuk balik kelas Bahasa Melayu dengan olahan bahasa bunga bunga dan mimik muka watak antagonis ala ala Adnan Sempit + kasi garang sikit. Pokoknya disini, gua takut nak jawab. Kang tak pasal pasal makan diri sendiri.

Secara teori dari segi agama pun, suara perempuan ni memang ade power satu macam.
Kenapa? Sebab suara merdu perempuan tu perlu dijaga, disimpan daripada lelaki-lelaki rakus kat luar tuh. Sesuai dengan hadis nabi, yang menyuruh perempuan tidak melembuatkan suara, dengan erti kata lain, bajet ‘ayu’.

Tidak ada larangan wanita untuk berbicara dengan kaum lelaki kecuali dengan suara manja, merayu, mendayu atau keluhan yang dapat menimbulkan  keinginan kaum lelaki untuk berbuat jahat, serong dan perbuatan dosa besar yang lainnya terhadap wanita tersebut.

Tak paham?

Suara ayu perempuan mampu memacakkan apa yang boleh terpacak, titik. Gua pun suka dengar awek suara manja manja ni, geram je dengar. Kalau suara jantan, dia baru bukak mulut gua dah sumbat selipar. Tak sanggup! Ghey. Lumrah alam, sifat semulajadi sebagai seorang lelaki blogger yang kachak. 

Ada dalil mengatakan bahawa suara perempuan itu aurat, dan ada yang mengatakan tidak. Gua tak berani komen bab ni. Ilmu gua pun baru sekangkang, gua sangat bersenang hati jika ada sesiapa yang mampu menerangkan tentang aurat suara perempuan ni.

Ntah la, suara wanita mampu mencairkan hati lelaki dan mengeraskan err… apa yang boleh keras lah. Psst psst MJ.
Suara wanita mampu mengubah situasi dalam sekelip mata, jika pandai bermain dengan nada. Suara perempuan ada satu skill yang tak mampu diungkap dengan kata kata.

Tapi, hebat sangat ke suara perempuan?
Ape kata dokte dokte sekalian?

p/s : Gua pernah tertipu dengan suara awek. Minah ni dulu selalu ‘love story’ dengan gua. Suara dah merdu gile babi macam Siti Swift. Sekali muka macam S Jibeng, memang tak layak masuk GadisComel.com. Cilakee ko catt! Haha.

Live Blogging, Pengalaman

Kempen Blogger, We Care!

Disaat kita bergumbira huha huha dengan kemeriahan Anugerah Juara Lagu 2010 AJL 24, gua rasa kita terlupa seketika tentang perihan rakan kita yang dalam kesusahan. Ya, perkataan ‘rakan’ rasanya lagi molek digunakan.

Walaupun kami para blogger belum pernah berjumpa sesama sendiri, tapi kesepakatan kami dalam memberi pendapat dan membincangkan tentang apa jua perkara dah macam satu keluarga. Tiada rasa kecil hati dan sebagainya. Kami blogger, 1 keluarga.

Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit.

Mungkin ada para blogger yang dah dapat menangkap tentang apakah sebenarnya entry ini. Pada yang belum tahu, ini adalah entry khas untuk saudara megat yang memerlukan spmbantuan tatkala kita semua masih mampu makan, tidur, dan bekerja dengan selesa.

Untuk mengetahui lebih lanjun tentang masalah saudara megat, anda semua boleh membacanya.

Dia tidak meminta untuk jadi begini, dia tidak meminta untuk namanya dijaja di alam maya, tetapi dia terpaksa.
Pernah dengar ungkapan ‘Hari ini saya tolong saudari, esok lusa saudari pulak tolong saya’ dalam cerita p ramlee?

Dalam kes sebegini, gua kalau boleh taknak berkira. Sebab gua kenal siapa diri gua. Gua tak selamanya hidup senang. Tapi gua berpijak di bumi yang nyata. Sekarang ni gua hanya penganggur yang hanya menunggu keputusan SPM. Tapi gua bantu selagi boleh.

Itulah tujuan post ini dibuat.

Kepada sesiapa sahaja yang mempunyai blog, tampalkan ribbon kempen ‘blogger we care’ ini di blog anda dan linkkan image itu ke blog encik hydir. Jangan lupa untuk memaklumkan encik hydir tentang penyertaan kita dalam kempen ini. Setiap banner yang ditampal di dalam blog anda, pihak sponsor akan membayar RM1 kepada encik hydir dan wang itu akan disumbangkan kepada saudara megat kita yang lebih memerlukan.

Jom la join, tak susah pun kan? tak perlu keluar duit sesen pun. Tunjukkan sifat ‘suka tolong menolong’ yang menjadi trademark Malaysia di mata dunia sekarang! 

Diminta sesiapa sahaja tolong menyebarkan perkara ini, terima kasih. Walaweh!

p/s : Penat betul gua bermadah 

Hiburan, My Life

Earth Hour

About Earth Hour Malaysia

Earth Hour in Malaysia is planned and run by WWF-Malaysia and its partners. They’re welcome all parties to participate in Earth Hour on the 28th of March 2009 by turning off your lights for one hour from 8.30pm-9.30pm

For one hour,made a powerful statement about the urgent need for action on global warming.
By turning off its lights 

Yeahh! Lets join the non-profit event,turn off all the lights on
March 28 // 8:30 until 9.30 (your local time)

Haha,you can register here

:XO:

Lets archived the target that 5 million Malaysian would be registered in the event!

Earth Hour TShirt Template by Earth Hour Global

FYI : Malaysia landmarks that would turn off their lights

– KLCC
– KL Sentral
– KL Tower
– Penang Bridge
– One Utama Shopping Centre
– Astro
– Boulevard Hotel Mid Velley
– Bukit Jalil Sport School
– Bursa Malaysia
– KL, Mid Valley & Penang City
– Genting
– Hilton Hotel
– KL Pavilion Sdn Bhd
– Pangkor Laut Resort (bestt siot resort dia,give it a try)
– YTL Corp.
– Vistana KL/Penang/Kuantan
– Sunway Pyramid
– Starhill
– The Curve

And many more!
National Geographic Channel also suspend their channel for one hour!

So what are you waitin for?
Jom beli candle banyak²,bukan selalu dapat buat macam ni

Earth Hour 2009 VT


Augie March – One Crowded Hour

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Foot note : Bahasa rojak,sorry.

Foot note 2 : Gian berblog dlm BI

Foot note 3 : Segala info dapat dari EARTH HOUR

Foot note 4 : Aku nak t-shirt EH! Lawa siott

Foot note 5 : Ini adalah promosi ikhlas dari aku,tiada sebarang bayaran

Foot note 6 : Jika ada salah dalam ejaan/penggunaan kata,harap dimaafkan.

Foot note 7 : Banyaknye footnote

Craps, My Life

Bebel kosong waktu petang

Halo! Kali ni korang bersama aku . Aku bukan Tengku Aizat tau! Haha. Siapa aku? Haaa. Lu pikirlah sendiri! Haha.

Kehadiran aku tidak lain tidak bukan nak huru-harakan blog budak nie. Haa. Mat crack ni dalam mood kekecewaan dan memang takde mood nak update blog. Jadi aku telah diberi amanat besar oleh tengkuaizat.com untuk kasi meriah ini blog. Muahahaha. Aku ingat nak jahanamkan je blog ni tapi malas arh. Aku kan baik hahaha 

Aku sebaya ngan budak crack ni. Dan baru-baru ini, aku dan beberapa ratus ribu orang yang telah mengambil peperiksaan SPM 2009 . Dan pada 11 March 2010, kitorang semua telah menerima keputusannya. Bagi yang gempak tu, setinggi tahniah aku ucapkan. Kepada yang kurang bernasib baik, maybe ada silap mana-mana. Ala semua ni rezeki Tuhan. Tak bermakna kalau kau tak okay dalam SPM, sampai mati ko akan bad luck!. Ni semua nasib. Ada hikmah wehh. Mana tau kat U nanti ko gempak ke en? Haa.

Keputusan aku? Alhamdulillah. Tapi aku ada sikit tak puas hati. Emm takpelah. Maybe aku tak berusaha kot. Keputusan kawan-kawan aku pun aku tengok semua okay. Mungkin ada sesetengah yang tak berpuas hati. Tapi korang boleh cuba lagi. Banyak laluan sekarang. Yang penting kau minat nak belajar. Kalau kau minat nak belajar lagi, tu memang dah cukup bagus aku rasa.

Bila dah dapat result SPM, baru aku terasa yang WAOO AKU DAH BESAR! Haha. Wehh, pening kepala jadi orang dewasa. Kira, umur macam kitorang ni baru nak hidup lah. Kalau zaman muda-mudi remaja dulu, mana pernah kisah. Nak duit, AMBANK kan ada ; Abah Mama Bank. Kalau nak keluar lepak, keluar je lah. So sekarang, bila dah dapat result, kira macam dah nak melangkah ke alam dewasa. Alam yang penuh cabaran aku rasa. Cabaran. Macam-macam cabaran.

Yang paling pening, borang universiti. Perghh yang ni boleh bikin kepala tercabut. Pening nak isi apa untuk UPU. Aku pun mengalaminya. Dan sampai ke hari ini, aku masih belum update borang UPU aku. Entah bila aku nak update aku pun tak tahu. Tu baru UPU, belum lagi kalau borang universiti lain. Politeknik lah, biasiswa lah. Boleh pecah otak beb!

Ni baru nak pikir pasal U. Belum lagi masuk U. Haiihh. Masalah oh masalah. Masalah duit, kawan-kawan, cinta. Ops, cinta? Isu sensitif! Haha. Masalah cinta memang perit! Tak mau komen lebih lah. Haha 

Kadang-kadang aku rindu zaman sekolah. Rindu la dow sekolah! Syok bhai! Belajar , main . Langsung takde masalah besar-besar ni. Nak duit, mintak je parents. InsyaAllah dapat. Dan sekarang, aku rasa aku tak bersedia lagi nak jadi dewasa. Sebab apa, banyak benda nak kena fikir. Aku bernasib baik, mak dan abah aku bukan jenis yang memaksa. Diorang ikut je aku nak belajar kat mana, nak jadi apa. Apa yang aku rasa bagus, bagi diorang pun bagus. Terima kasih Mama Abah *ceyy promote parents sendiri , bangga abah muahahaha .

Entahlah. Yang penting sekarang ni, perjalanan aku dan kawan-kawan aku masih jauh. Aku kena kuat! Haha. Tengku! Kite kuat kan! Haa. 

Yang paling tak best, sekarang semua kena fikir sendiri. Dah takde orang nak bimbing. Kalau salah pilih jalan, hancur ahh. Kan kan? Haa. Tu lah. Aku selalu ingatkan diri aku supaya jangan sekali-kali lupa siapa diri kita. Tu paling penting aku rasa. Dan ingat lah mak bapak, Tuhan. Haa paling penting tuh. Emm.

Baiklah, banyak dah aku mengarut. Kang haru biru kang blog ni jadinya. Aku kalau dah bercakap susah sikit nak stop.

Terasa nak dengar aku membebel lagi? Boleh-boleh. Silalah berkunjung ke blog murahan aku . http://angkasawancat.blogspot.com/ . Haa kat sini aku lagi mengarut songkla baik punye. Haa. HAHA. Papepun, thanks sekali lagi kepada TengkuAizat.com . Adios Astalavista bebeyhhh  By the way, name aku Catt . Tu nickname jeh .

*Problemo tak sudah lah dow! Haihh. Aku takde mood nk update gak, tp takpe ah, member kan? Haha  Papepun chill! Hee.

Craps, My Life, Pengalaman

Genting di pagi hari?

Siapa pernah naik ke Genting Highlands pukul 3 pagi?


Kepada sesiapa yang pernah,itulah contoh contoh orang yang mencari masalah….macam aku 

Sabtu 4/4/09

Dengan menggunakan motor yang belum diservis,aku dengan bangga dan selambanya mengajak 2 orang rakan,wan dan shameen untuk menyertai aktiviti paranormal aku. Mencari masalah bukan? haha

Setelah berkumpulnya 4 org  “Ghost Buster” dengan 2 rakan aku,kami berenam menuju ke ‘Lombong Biru’.
Lepak² jap dalam lombong terbiar yang sangat besar itu
Lombong Biru di Google Maps

Ade la jumpa benda² pelik,kalau diceritakan pun mungkin sukar untuk dipercaya.

Selepas keluar dari Lombong Biru,kami ber-6 tiada hala tuju 

Dan terpacul keluar lah idea merapu meraban,pergi PD lahh,pergi KL lahh…Tapi kami sepakat pergi ke Genting Highlands,mula² nak ke Genting Sempah je,tapi dah naik separuh jalan macam rugi la pulak,ngeh3. 

3 motor 6 orang mencapap di pagi hari!

Haha! sudah separuh jalan,penat,kami rehat. Kesejukkan pagi Genting mula menusuk ke tulang hitam~~

Kami meneruskan perjalanan,sambil berlumba menaiki motor yang tak seberapa laju 

Sempat lagi rehat 

Perjalanan sudah hampir 3/4,
kami berhenti rehat,lagi. Penat woo atas motor,lenguh segala tulang yang ada.

Aku sempat snap berberapa KL view menggunakan kamera handphone yang tak serberapa ini.

KL view yg huduh T_T

Kami meneruskan lagi perjalanan tanpa rasa segan silu,haha.
Setibanya di Awana Skyways,kami rehat untuk kali ke-3.
Tak tahan kesejukan,kabus tebal membataskan pemandangan ‘rider rider power’ ini

http://tengkuaizat.com/pic/genting%20rider/cloudy.jpg

Cloudy bukan?

Setibanya di Genting Highlands,kami lepak+borak+rehat. Perasaan ‘menyesal atas perbuatan bodoh ini’ mula menyelubungi diri,sebab mane ade entertainment kat Genting pagi² buta ni bodoh! 

Ehh,ada laa….HOTEL! hahahahha,entertainment di atas katil sambil di lambung² oleh lenglui,cost = RM300

Shitt,pagi² pulak diaorg aktif mencari pelanggan…tergugat sedikit walaupun aku tak mempunyai duit 

http://tengkuaizat.com/pic/genting%20rider/signboard.jpg

Jalan pulang?

Kalau signboard pun dah suruh balik,balik laa… Jangan la degil sangat wahai Tengku Aizat!

Kami ber-6 turun Genting dalam pukul 5 pagi,aku tak start enjin motor sampai bawah 

Tangan aku berais dan kebas sewaktu dalam perjalanan pulang,boleh bayangkan macam mana sejuk tak? Itu pun setelah menggunakan jaket.
Pembonceng aku,Pyan hanya menyarungkan t-shirt nipis.Berlagak!
Balik je terus demam! hahahahahaha.

Kami ber-6 lepas tanpa diganggu pakcik polis. Kan aku da cakap aku ni penunggang paling baik,HAHA! Tapi azab sebelum melepasi polis ni memang pedih. Ade ke patut dia sindir misai+janggut aku?!

Setelah tiba di KL,kami terus menuju kedai mamak. Sangat memerlukan minuman panas,terutamanya teh tarik 

Selamat pulang ke rumah dalam pukul 7 pagi,hehehe.

Blog Culture, Live Blogging

Firefox

ktdi-hacked

Aku dah menyampah dengan kaum berbau gudang garam ni!

benar atau tidak,post aku dah terpesong. ahahhahaha

Firefox Optimizer!

Ni la yang aku nak cerita sebenarnya,tapi panas punya pasal ter’emo’ pula di awal post,hehehe~~

Apa sebenarnya Firefox Optimizer ni?

Bahasa aku sendiri :-
Meringankan firefox ko,terutamanya yang suka bukak tab banyak banyak tuh.(macam aku,hehe)

Tak faham lagi? tengok ni…

Before use firefox optimizer

Before use firefox optimizer

After use firefox optimizer

Haa,dah nampak bukan? Software ni mengurangkan Mozilla Firefox memory usage,sekaligus meringankan pc 

Apa yang diperlukan untuk run software ni?

Mozilla Firefox v1.x / 2.x / 3.x
Windows 98, Me, 2000, Windows 2003, Windows XP SP1 (or higher), Windows Vista
the regular hardware requirements for your operating system
3 MB free space on your harddrive
* .NET Framework 2.0

*aku tak test lagi untuk firefox 3.5,sesiapa boleh testkan untuk aku? 

Lepas korang install,akan ada 2 icon dekat desktop korang.

-FireTune Ultimate Optimizer
-Firefox Ultimate Optimizer

Bukak FireTune Ultimate Optimizer,lepas tu korang leh tune firefox korang.
Senang je,pilih option yang korang nak lepastu tekan button ‘tune it!’
Kalau malas,terus je tekan button ‘tune it!’ tuh,hehe

Kalau korang malas jugak,korang terus je bukak Firefox Ultimate Optimizer.
Akan ade icon firefox kecik je sebelah jam di notification area,
right click icon tuh dan select ‘Start with Windows’

Jadi software ni akan run bila korang on je pc,mudah bukan?

Nak tahu macam mana bentuk icon Firefox Ultimate Optimizer tuh?
Cuba tengok kat gambar atas sekali,gambar Kolej Tun Dr Ismail kena hack tu.
Dekat sebelah jam ada icon YM,sebelah icon YM ada icon Firefox Ultimate Optimizer….

Dan yang paling penting,software ni PERCUMA! hehe,I LIKEEE!

The truth is,aku sayangkan Google Chrome. hehe.

Craps, Hiburan, Live Blogging

Penangan Gadis Sosial Network

Apabila aku terbaca Siri Tafsiran Benjolan Sweet Thinker yang bertajuk ‘Awek Social Site, Errr Beloger? aku segera berfikir….

Gadis Social Site,wth? Ya! Banyak manusia yang bersifat ‘multitask’ di dalam sana. Apakah multitask?

Perempuan lebih menguasai sifat “multitask” bak kata Extremist Thinker.
Kenapa? Di Malaysia saja sudah banyak gadis sosial site yang bersifat “multitask”

Agak hebat bukan sifat “multitask” mereka?
Gambar didalam social network juga menunjukkan mereka lebih bersifat “multitask”. Yea,tunjukkan segalanya! Multitask!

Baru baru ni kecoh pasal sorang mamat ni
(http://www.myspace.com/udy89) ambil gambar awek yang bersifat “multitask” dalam sosial network dan letak pendapat+kemahuan dia untuk setiap gambar. Sanggup buat profile baru untuk dajal gadis social network.
Kesiannn….. *kemahuan menjurus kepada sifat “multitask” *

Shhhh,aku agak suka dengan apa yang ditulis,bersifat multitask!~

Tapi… aku tak salahkan dia 100%.
Kamu berada di dalam social site bukan? HAHA!
Nak buat report polis? Ingat laki ni bodoh ke ape,all information bout him fake buddy! Tipu belaka! Ntah2 dia siap buat profile ni kat cybercafe,mana hang nak cari?

Kalau nak buat report polis pun,boleh saman dia *kalau jumpa la* atas sebab gangguan seks sahaja. Pasal gambar yang dia ambil secara ‘curi’,dia sebenarnya tak mencuri pun.
Social site babe, sila baca TOS myspace/facebook/friendster dll.

Pandai laki tu cari gambar,semua yang daring2 gitu.Menunjukkan sifat “multitask” bukan?

Oleh itu,cari lah awek blogger 
Kerna kami bertukar buah fikiran,bukan buah yang ranum bak kata ET 

Satu lagi conton sifat “multitasking”
Contoh: Tekan Sini!
Sgt hawtt.

Dunia Ohh Dunia~~

Ringkasan dari apa yang aku mengarut,gadis sosial network sgt rapat dengan sifat multitask babeyh 

Artikel ini tidak bermaksud untuk menghina mana2 individu/kaum/agama dan sebagainya~~

Ps : Mamat tu da delete profile dia
Pss : Siapa awek blogger aku?
Pss : Kepada udy89, contact aku kalau ko bace blog ni.
Psss : Maaf lama tak berupdate, hard disk kurap!

Ada sesiapa yang menjual Cakera keras jenama Pagar Laut yang murah utk aku tak

Berani Hidup Untuk Gagal

Hidup Berani Untuk Gagal

Hari ni gua nak bercerita sedikit tentang HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Dah lama rasanya tak tulis post yang agak personal, selama ni banyak post merapu rapik aje muahahaha. Back to the topic, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Gua nak bercerita pasal kegagalan dalam berbisnes. Dah banyak dah gua tengok orang buat drama pasal tikam belakang, kawan makan kawan dan sebagainya dalam berbisnes sampai tercetus kegagalan dalam hidup. Lepas tu mula la hidup terumbang ambing. Kawan kawan? Duk enjoy ntah mana mana.