Pelajar Malaysia Di Indonesia Dinasihati Jangan Berdebat Isu Panas


Oleh Mohd Nasir Yusoff

JAKARTA, 3 Jun (Bernama) — Semua pelajar Malaysia di Indonesia dinasihatkan agar tidak berdebat mahupun berbincang mengenai beberapa isu panas yang sedang dimainkan oleh media massa Indonesia sekarang, termasuk tuntutan bertindih ke atas Ambalat di perairan Sulawesi dan isu Cik Puan Manohara Odelia Pinot.

Menteri Penasihat Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia di sini, Dr Junaidi Abu Bakar berkata beliau mengeluarkan peringatan itu kepada semua pemimpin pelajar di 13 kampus di mana terdapat pelajar Malaysia, bagi mengelak terjadinya perdebatan yang tidak terkawal sehingga mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

“Pesan saya kepada semua pelajar dan pimpinan Persatuan Kebajikan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) seboleh-bolehnya kita janganlah berdebat dengan mana-mana pihak dari Indonesia. Biarlah pihak berkuasa menangani pemasalahan ini termasuk isu Ambalat dan juga Manohara,” katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata di samping itu, pelajar Malaysia juga dinasihatkan lebih berhati-hati semasa menghadiri kuliah, pulang kuliah dan juga ketika berada di khalayak ramai serta memberitahu teman-teman lain sekiranya ingin pergi ke sesuatu tempat.

“Jika ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, harap dimaklumkan segera kepada saya atau Kedutaan Besar Malaysia atau pihak berkuasa tempatan,” katanya yang menambah bahawa semua pelajar sudah mempunyai nombor hubungan dengan beliau mahupun para pegawai kedutaan.

Mengenai laporan media massa bahawa ada pihak tertentu akan mengusir pelajar-pelajar Malaysia dari kampus mereka, beliau berkata Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia telah memberi jaminan kepadanya bahawa hal itu tidak akan berlaku.

“Saya telah berhubung dengan pihak Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi di sini dan diberitahu bahawa setakat ini tidak ada apa-apa arahan dikeluarkan ke arah itu berkaitan perkembangan terbaru isu-isu dua hala Malaysia-Indonesia,” kata Junaidi.

Satu laporan dari Medan hari ini menyebut sebuah pertubuhan tempatan, Pertubuhan Masyarakat Pancasila Indonesia (MPI) memberi jaminan akan melindungi mahasiswa Malaysia yang belajar di pelbagai universiti di Indonesia sama ada daripada diusir mahupun diganggu keselamatan mereka.

Junaidi yang juga Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia berkata MSD sentiasa memantau perkembangan mahasiswa yang berada di semua universiti di sini.

Beliau meminta ibu bapa di Malaysia yang memerlukan maklumat lanjut supaya menghubunginya melalui SMS ke telefon bimbitnya bernombor 6281808811111 atau email ke alamat [email protected]

Katanya sehingga kini belum ada sebarang aduan diterima daripada mana-mana pelajar Malaysia di sini mengenai sebarang ancaman ke atas mereka.

– BERNAMA

Ambalat? What the heck is that?!

Semalam aku dapat call dari kakak aku yang berada di Sulawesi,dia belajar kat sana. Aku lupa la pulak apa bidang dia ambil,kedoktoran or something like that.

sulawesi_map-copy

Menurut kakak aku,dekat indonesia dah kecoh sekarang ni pasal tuntutan bertindih AMBALAT… Apasal aku tak tahu pun haa? :cry:

pelajar Malaysia juga dinasihatkan lebih berhati-hati semasa menghadiri kuliah, pulang kuliah dan juga ketika berada di khalayak ramai serta memberitahu teman-teman lain sekiranya ingin pergi ke sesuatu tempat.

Dah macam duduk dalam negara yang tengah berperang,nak pergi kuliah pun takut takut je. Aku sebagai seorang rakyat Malaysia yang tipikal,tak pernah dan tak hingin ambil tahu pun pasal ambalat ambalut ni,tapi bila benda ni dah kecoh sangat dan melibatkan keluarga aku sendiri barulah terhegeh hegeh aku research pasal Ambalat ni.

Tapi,kenapa isu ni kat Malaysia jarang dikeluarkan di mana² tv mahupun radio? Mungkin ada,tetapi amat jarang. Mungkin mereka juga bersifat tipikal seperti aku,bagi mereka banyak lagi isu isu best yang patut disiarkan,seperti runtuhnya Pasaraya Jaya atau Runtuhnya Bumbung Stadium Sultan Mizan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu yang baru berusia setahun tu. Macam bodoh je kan? Stadium yang diberi nama Yang diPertuan Agung Sultan Mizan,rebah menyembah bumi…..

Alasan? Bukan kontraktor Malaysia yang buat… BULLSHIT LAH!
Inilah jadinya kalau nak berjimat (baca cmni-nak untung),guna simen cap ayam togel sampai tertogel bumbung stadium tuh.

Image


Image

Adekah ini punca sebenar stadium runtuh?


Aduhh,biarkan saja politikus politikus menyelesaikan propaganda mereka sendiri. Kembali tentang cerita Ambalat tadi,kakak aku cakap sekarang ni kat Indon banyak kejadian membakar,memijak dan sbgnya kepada bendera Jalur Gemilang. Dan media massa mereka dilihat cuba menyemarakkan semangat ‘patriotik’ dengan mempengaruhi rakyat supaya berperang dengan Malaysia T_T

Cetek betul la tahap pemikiran media massa di Indonesia ni.

Editor Kanan Jakarta Post, Encik Sabam Siagian, yang juga bekas seorang diplomat bersetuju bahawa kedua-dua negara akan rugi kalau konflik sekarang dibiarkan berlarutan.

Beliau berpendapat bahawa tugas utama yang harus diambil oleh kedua-dua pihak ialah membetulkan persepsi rakyat kedua-dua negara terhadap satu dengan lain. Menurutnya rakyat Indonesia kini melihat rakyat dan sesetengah pemimpin Malaysia sebagai sombong dan tidak bertimbang rasa.

Sabam memberi tahu saya bahawa perkara yang kini paling menyakitkan hati rakyat Indonesia, di samping Ambalat, ialah kemenangan yang diberikan kepada Malaysia oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubungan tuntutan terhadap pulau Sipadan dan Ligitan, cara Malaysia Indonesia dan pembalakan haram pembalak Malaysia di Kalimantan Indonesia.

Ramai di Indonesia yang menganggap pihak berkuasa Malaysia bersekonkol dengan pembalak-pembalak haram itu.

Persepsi yang negatif ini disahkan oleh seorang lagi wartawan Indonesia, Endang Sukendar daripada akhbar Gatra. Endang dalam E-Mailnya kepada saya sebagai mengulas artikel saya mengenai masalah yang sama dalam ruangan ini pada 12 Mac lalu mengakui bahawa bagi kebanyakan rakyat dan wartawan Indonesia, Malaysia adalah satu-satunya negara jiran yang paling dikenali dan dibenci.

Artikel dipetik di sini

Mungkin rakyat indonesia sudah tidak mempercayai Mahkamah Antarabangsa? mungkin…..

Effect of the Sipadan and Ligitan case

In late 2002, the ICJ awarded the two islands to Malaysia based on “effective occupation“. The decision however did not touch on the issue of the Indonesia-Malaysia maritime boundary in that area of the Celebes Sea.

Indonesia amended its baselines to take into consideration the ICJ decision, removing the islands as basepoints, and redrawing its baseline in 2008 from the eastern shore of Sebatik Island to Karang Unarang and three other points to the south-east. This results in the Ambalat Block no longer being entirely inside Indonesian internal waters. And with Sipadan and Ligitan becoming Malaysian territory, Malaysia, which has not officially declared its baselines, could make the islands its basepoints and this could theoretically put Malaysia in a better position to claim the Ambalat area.

However, any determination of the ownership of Ambalat would require the maritime territorial limits of two countries to be determined via negotition.

Source – Wikipedia

Dan keadaan menjadi semakin tegang apabila…

Indonesia nyaris tembak kapal Malaysia
JAKARTA 29 Mei – Tentera Laut Indonesia mendakwa hampir menembak sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia yang didakwa menceroboh perairan itu, tetapi dibatalkan setelah kapal terbabit beredar.

Kejadian itu berlaku pada Isnin lalu di kawasan Ambalat, Laut Sulawesi dekat Kalimantan Timur, yang dikatakan kaya dengan minyak dan kini dituntut oleh kedua-dua buah negara berjiran tersebut.

Tentera Laut Indonesia mendakwa Tentera Laut Diraja Malaysia dan Polis Cawangan Marin Malaysia sering menceroboh perairan Indonesia.

Mereka mendakwa sejak awal tahun ini sebanyak sembilan kejadian pencerobohan dikesan.

Jurucakap Tentera Laut Indonesia, Leftenan Kolonel Toni Syaiful dipetik akhbar The Jakarta Globe hari ini berkata, tentera laut Malaysia memasuki sejauh 12 batu nautika ke perairan Indonesia dan merupakan kejadian paling buruk dan mendakwa sebelum ini tentera Malaysia hanya menceroboh beberapa batu nautika sahaja.

Toni mendakwa kapal Malaysia itu juga tidak menghiraukan amaran oleh tentera Indonesia supaya mereka meninggalkan kawasan berkenaan.

Situasi itu, jelas beliau menyebabkan Komander Kapal Perang Indonesia di kawasan berkenaan, Kapten Salim mengarahkan anak kapalnya supaya bersiap sedia untuk bertempur.

“Selepas itu kapal Malaysia meninggalkan perairan Indonesia,” katanya.

Toni berkata, sebanyak tujuh kapal perang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengawal kawasan Ambalat.

Beliau mendakwa Malaysia mempunyai empat buah kapal perang di kawasan berkenaan.

Ape tunggu lagi? Kasi tembak saja! AHAHAHHAHHAHA
Ada blogger indonesia yang membuat perbandingan tentang cara penyampaian berita oleh media cetak di indonesia tentang isu Ambalat,artikel boleh dibaca disini

Dari apa yang aku lihat,provokasi yang dilakukan media indonesia telah berjaya membangkitkan rasa marah terhadap Malaysia terutamanya tentang isu Ambalat mahupun isu yg lepas lepas (pulau sipadan dan sbgnya)

Kuasa yang ada pada media tak boleh dipertikaikan,media indonesia jika berterusan bertindak ‘macam ayam’ boleh memburukkan keadaan Malaysia-Indonesia.

Kapal perang Indonesia di Ambalat

kalau betul la Indonesia selesaikan perkara ni melalui jalan perang,aku rasa indonesia yang akan sakit. Sakit dari segi ekonomi dan sebagainya. Tetapi aku percaya,presiden indonesia tu tak la bodoh sangat sampai nak berperang.

Apa apa pun aku harap masalah negara ni takkan berpanjangan,dan semoga kakak aku selamat di perantauan.
Amin~~

Entry kali ini lebih kepada entry mengkaji,banyak source aku ambli dari pakcik google.

Posts yang berkaitan