suara perempuan hebat ke?

Gua bukan nak bangkitkan isu remeh temeh, bukan cara gua pun nak kasi trafik blog naik dengan memainkan sentimen jantina. Cuma gua tertarik dengan persoalan seorang perempuan UITM Shah Alam kat twitter. Dia tanya,
‘ Sejauh mana kesannya suara perempuan terhadap lelaki? ‘.

Gua dengan penuh konpiden dan yakinnya menjawab pertanyaan itu,
‘ Banyak… Sangat banyak :)

Nasib gua tak berapa nak baik, dia mintak penjelasan lebih lanjut. Terpaksa gua perah otak nak menjawab pertanyaan minah ni. Bila orang tanya secara spontan, gua boleh jawab. Bila orang suruh senarai, gua kantoi. Otak gua jem. Mungkin gua kena masuk balik kelas Bahasa Melayu dengan olahan bahasa bunga bunga dan mimik muka watak antagonis ala ala Adnan Sempit + kasi garang sikit. Pokoknya disini, gua takut nak jawab. Kang tak pasal pasal makan diri sendiri.

Secara teori dari segi agama pun, suara perempuan ni memang ade power satu macam.
Kenapa? Sebab suara merdu perempuan tu perlu dijaga, disimpan daripada lelaki-lelaki rakus kat luar tuh. Sesuai dengan hadis nabi, yang menyuruh perempuan tidak melembuatkan suara, dengan erti kata lain, bajet ‘ayu’.

Tidak ada larangan wanita untuk berbicara dengan kaum lelaki kecuali dengan suara manja, merayu, mendayu atau keluhan yang dapat menimbulkan  keinginan kaum lelaki untuk berbuat jahat, serong dan perbuatan dosa besar yang lainnya terhadap wanita tersebut.

Tak paham?

Suara ayu perempuan mampu memacakkan apa yang boleh terpacak, titik. Gua pun suka dengar awek suara manja manja ni, geram je dengar. Kalau suara jantan, dia baru bukak mulut gua dah sumbat selipar. Tak sanggup! Ghey. Lumrah alam, sifat semulajadi sebagai seorang lelaki blogger yang kachak. :P

Ada dalil mengatakan bahawa suara perempuan itu aurat, dan ada yang mengatakan tidak. Gua tak berani komen bab ni. Ilmu gua pun baru sekangkang, gua sangat bersenang hati jika ada sesiapa yang mampu menerangkan tentang aurat suara perempuan ni.

Ntah la, suara wanita mampu mencairkan hati lelaki dan mengeraskan err… apa yang boleh keras lah. Psst psst MJ.
Suara wanita mampu mengubah situasi dalam sekelip mata, jika pandai bermain dengan nada. Suara perempuan ada satu skill yang tak mampu diungkap dengan kata kata.

Tapi, hebat sangat ke suara perempuan?
Ape kata dokte dokte sekalian?

p/s : Gua pernah tertipu dengan suara awek. Minah ni dulu selalu ‘love story’ dengan gua. Suara dah merdu gile babi macam Siti Swift. Sekali muka macam S Jibeng, memang tak layak masuk GadisComel.com. Cilakee ko catt! Haha.

Posts yang berkaitan