Archive for January, 2010

Mapley #001 – Seribu satu persoalan

Friday, January 29th, 2010

http://www.malaysiasite.nl/images/roti.jpg

Rasanya bila gua sebut saja ‘mapley’,majoriti kau semua dah dapat agak kan apa yang aku nak membebel ni? Bagi yang belum tahu, mapley ni lebih dikenali sebagai kedai mamak. Ya,kedai mamak memang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Tumbuh bak cendawan,kedai kedai mamak area Kuala Lumpur ni memang boleh dikatakan tiap tiap minggu penuh terutamanya bila ada game EPL.

Iklan sebentar : Chelsea on the top again,one game in hand :P

Semalam, gua kembali bergelumang seketika dengan kerja lama gua,cybercafe (cc) di area Batu Caves. Saja la lepak lepak, skali member gua si Bahar ni ajak pi mapley. Gua follow ajer, katanya mapley baru run bisnes 1 bulan.

Mapley : Mau order apa?
Gua        : Teh tarik.
Bahar   : Err,ko lynn minum pe?
Lynn     : Bagi milo ais satu.
Mapley : Wokeyhh. U encik?
Bahar    : Bagi teh o ais satu.
Mapley : Ais tak ada. *sambil geleng geleng perut*
Bahar    : Habis tu air minah ni ada pulak? *sambil tunjuk arah lynn
Mapley : Ada ada!
Bahar    : Teh o ais.
Mapley : Ais takda!

Gua dah pecah perut dah time ni. Mapley ni rasanya baru masuk Malaysia kot.
(more…)

Nak pindah hosting!

Wednesday, January 20th, 2010

Rawanaz Studioz Malaysia

Dear Tengku Aizat,

The domain name listed below will expire in 61 days.

tengkuaizat.com – 12/03/2010

To ensure the domain does not expire, you should renew it now. You can do this from the domains management section of our client area here: http://rawanaz.com.my/system

Should you allow the domain to expire, you will be able to renew it for up to 30 days after the renewal date. During this time, the domain will not be accessible so any web site or email services associated with it will stop working.

Best Regards,
Rawanaz Studioz Malaysia

http://www.rawanaz.com.my

[email protected]

Rasanya siapa yang follow blog gua pasti ingat tentang post yg gua tak habis ngomel ngomel dulu. Post apa? Dah tentu la pasal “WORLD CLASS HOSTING PROVIDER – Rawanaz!”

Rasanya title world class tu macam langit dengan bumi untuk dibandingkan dengan Rawanaz! Siyes,gua dah tensi dengan ini world hosting provider. Gua punya hosting sekarang ni still bermasalah, penat dah YM email segala bagai tapi takdak respon. Gua tak kesah servis banyak problem, tapi pls inform la client bila boleh settle dan sebagainya. Dah la ilang mcm tu je, masalah tak settle².
(more…)

Azam Tahun 2010

Wednesday, January 13th, 2010

Setelah hampir seminggu gua pikir apa azam gua tahun ni, rasanya gua dah dapat.

Azam gua senang je,
taknak makan nasik kat kedai mamak dengan papadom dan
kurangkan makan nasik lemak.

Sekian,terima kasih.

p/s : Domain dan hosting dah nak expired. Ade sesiapa nak taja blog picisan ni? :D

(more…)

Kempen Blogger, We Care!

Monday, January 11th, 2010

Ribbon Kempen Blogger We Care

Disaat kita bergumbira huha huha dengan kemeriahan Anugerah Juara Lagu 2010 AJL 24, gua rasa kita terlupa seketika tentang perihan rakan kita yang dalam kesusahan. Ya, perkataan ‘rakan’ rasanya lagi molek digunakan.

Walaupun kami para blogger belum pernah berjumpa sesama sendiri, tapi kesepakatan kami dalam memberi pendapat dan membincangkan tentang apa jua perkara dah macam satu keluarga. Tiada rasa kecil hati dan sebagainya. Kami blogger, 1 keluarga.

Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit.

Mungkin ada para blogger yang dah dapat menangkap tentang apakah sebenarnya entry ini. Pada yang belum tahu, ini adalah entry khas untuk saudara megat yang memerlukan spmbantuan tatkala kita semua masih mampu makan, tidur, dan bekerja dengan selesa.

Untuk mengetahui lebih lanjun tentang masalah saudara megat, anda semua boleh membacanya
disini :
Tangisan Aku, Isteri dan Anak-anak

Dia tidak meminta untuk jadi begini, dia tidak meminta untuk namanya dijaja di alam maya, tetapi dia terpaksa.
Pernah dengar ungkapan ‘Hari ini saya tolong saudari, esok lusa saudari pulak tolong saya’ dalam cerita p ramlee?

Dalam kes sebegini, gua kalau boleh taknak berkira. Sebab gua kenal siapa diri gua. Gua tak selamanya hidup senang. Tapi gua berpijak di bumi yang nyata. Sekarang ni gua hanya penganggur yang hanya menunggu keputusan SPM. Tapi gua bantu selagi boleh.
(more…)

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 24)

Monday, January 11th, 2010

Anugerah Juara Lagu 24

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 24)

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 24 (2010).

Persembahan Terbaik
-Aizat AF (Kau Aku)

Vokal Terbaik
- Black Mentor (Aku Rindu Sayang Kamu)

Tempat Ketiga
- Faizal Tahir (Bencinta)

Naib Juara Lagu
- Yuna (Dan Sebenarnya)

Juara Lagu ke 24
- Aizat (Pergi)

Goodluck to all the winners,harap bole pegi jauh lagi ^_^

Bak kata@nescagraff, tape…  asalkan Tomok tak menang, semua dikira menang :) #ajl24 #fb

Sedikit kecewa kerana MUH macam dah kurang kickk, dan Search tak nyanyi Isabella T__T.
Dan AJL 24 kali ni,kebanyakkannya didominasi geng geng baru :)

Search
Chat Chot


FeedBurner RSS



Page 1 of 212

Copyright © 2012 TengkuAizat ^_^. Search Engine Optimization by Star Nine. Distributed by Wordpress Themes

Creative Commons License
Blog Tengku Aizat is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.
Based on a work at www.tengkuaizat.com.