
Apa yang penting? Kerjasama ^_^
Umum mengetahui bahawa skuad bola sepak Malaysia baru sahaja menamatkan penantian rakyat Malaysia selama 20 tahun setelah mendapat pingat emas pada kejohanan Sukan SEA yang berlangsung di Vientien, Loas baru baru ini setelah mengalahkan Vietnam dengan jaringan 1-0.
Perghh,ayat intro takleh bla arr. Haha.
Ada lagi rakyat Malaysia yang bising. Malaysia menang nasib je sebab own goal dari player Vietnam? Gua pedulik apa, janji menang.
Kalau takde si Safiq yang buat inner crossing tu takde nye Malaysia nak dapat 1 gol. Pi tengok balik video final tuh.
Gua dah tak nampak mana mana pihak ulas tentang skuad bola sepak WANITA Malaysia yang pergi ke Laos baru baru ni. Depa ni pi makan angin kot, tu pasal kena titik kaw² punya. Ni skuad bolasepak padang ke futsal nih? Lawan 3 game, semua game kena titik lebih daripada 5 gol. Ape kejadahnya? Malaysia masih belum ada lagi league yang proper untuk skuad bola sepak padang WANITA, so pendapat gua tak payah la menghabiskan duit hantar depa ni masuk any competition. Bikin malu aje.
Gua kompem ramai tertanya tanya macam mana minah² ni boleh masuk selection skuad negara walaupun takde league kan? FAM pilih diaorang berdasarkan kejohanan² futsal yang dianjurkan. Futsal dengan bola padang jauh beza beb.
Dah sesat jauh nihh,haha.
(more…)