Archive for June, 2009

Ambalat! Save my sister T_T

Saturday, June 6th, 2009

Pelajar Malaysia Di Indonesia Dinasihati Jangan Berdebat Isu Panas


Oleh Mohd Nasir Yusoff

JAKARTA, 3 Jun (Bernama) — Semua pelajar Malaysia di Indonesia dinasihatkan agar tidak berdebat mahupun berbincang mengenai beberapa isu panas yang sedang dimainkan oleh media massa Indonesia sekarang, termasuk tuntutan bertindih ke atas Ambalat di perairan Sulawesi dan isu Cik Puan Manohara Odelia Pinot.

Menteri Penasihat Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia di sini, Dr Junaidi Abu Bakar berkata beliau mengeluarkan peringatan itu kepada semua pemimpin pelajar di 13 kampus di mana terdapat pelajar Malaysia, bagi mengelak terjadinya perdebatan yang tidak terkawal sehingga mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

“Pesan saya kepada semua pelajar dan pimpinan Persatuan Kebajikan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) seboleh-bolehnya kita janganlah berdebat dengan mana-mana pihak dari Indonesia. Biarlah pihak berkuasa menangani pemasalahan ini termasuk isu Ambalat dan juga Manohara,” katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata di samping itu, pelajar Malaysia juga dinasihatkan lebih berhati-hati semasa menghadiri kuliah, pulang kuliah dan juga ketika berada di khalayak ramai serta memberitahu teman-teman lain sekiranya ingin pergi ke sesuatu tempat.

“Jika ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, harap dimaklumkan segera kepada saya atau Kedutaan Besar Malaysia atau pihak berkuasa tempatan,” katanya yang menambah bahawa semua pelajar sudah mempunyai nombor hubungan dengan beliau mahupun para pegawai kedutaan.

Mengenai laporan media massa bahawa ada pihak tertentu akan mengusir pelajar-pelajar Malaysia dari kampus mereka, beliau berkata Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia telah memberi jaminan kepadanya bahawa hal itu tidak akan berlaku.

“Saya telah berhubung dengan pihak Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi di sini dan diberitahu bahawa setakat ini tidak ada apa-apa arahan dikeluarkan ke arah itu berkaitan perkembangan terbaru isu-isu dua hala Malaysia-Indonesia,” kata Junaidi.

Satu laporan dari Medan hari ini menyebut sebuah pertubuhan tempatan, Pertubuhan Masyarakat Pancasila Indonesia (MPI) memberi jaminan akan melindungi mahasiswa Malaysia yang belajar di pelbagai universiti di Indonesia sama ada daripada diusir mahupun diganggu keselamatan mereka.

Junaidi yang juga Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia berkata MSD sentiasa memantau perkembangan mahasiswa yang berada di semua universiti di sini.

Beliau meminta ibu bapa di Malaysia yang memerlukan maklumat lanjut supaya menghubunginya melalui SMS ke telefon bimbitnya bernombor 6281808811111 atau email ke alamat [email protected]

Katanya sehingga kini belum ada sebarang aduan diterima daripada mana-mana pelajar Malaysia di sini mengenai sebarang ancaman ke atas mereka.

– BERNAMA

Ambalat? What the heck is that?!

(more…)

Review! Night at the Museum : Battle of the Smithsonian

Thursday, June 4th, 2009

http://www.costumzee.com/view/wp-content/uploads/2009/05/night_at_the_museum_2_poster.jpg

post ini tentang
Night at the Museum: Battle of the Smithsonian

Rasa nak tercabut bulu kaki seharian berjalan di Starhill KL,tempat dimana bersepahnya orang yang tak sedar diri. Ya,didepan Pavilion lah makhluk makhluk ni nak tunjuk bagus depan awek² yang prasan bagus dan lawa. Aduhh,kecoh sekarang kes budak perempuan kena rogol la,kena culik la,itu la ini la…. Macam mana tak kena rogol kalau si perempuan tu pun pakai baju tak cukup kain? :mad:

Lantak laaa,post ni bukan untuk golongan² itu okay.Sambung balik cerita,masa aku,sudin,afiq,zarul dan syafiq dalam perjalanan ke Pavilion kami terserempak dengan junior yang dalam perjalanan pulang,dan syafiq telah berjumpa dengan adik kesayangan dia :razz:

syafiq-adik

Baju sama,seluar pun sama.
GAY! hahaha

Bila dah sampai pavilion,kami semua pusing² sebab sudin nak beli baju. Masyukk gila mamat ni,hehe. Maklum la dia ni dah bekerja jadi model topmen malaysia,tu yg banyak duit je tuh :razz:

din-baju-topmen

Nampak baju yg bergantung tuh?
Kalau tak nampak boleh tengok kat model macha ni,sudin. Ahahhahahah

Lepas shopping trus jumpa member lama kat Pavi,Akmal.
Dan kitaorg buat la apa benda yang patut,beli itu ini bla bla bla.

(more…)

Oh! Azwan Ali,CAK CAK ABAH KO!

Tuesday, June 2nd, 2009

aa4-copy

Sudah agak berhabuk blog aku ni,maklum sajalah minggu exam. Tapi aku punya attitude macam takde exam pun,ahahhaha… Dalam sebok exam sana sini,ade jugak mamat yang tak paham bahasa nak guna khidmat aku.:twisted: Aku exam la weyy,repair komputer ko suruh orang lain lerrr T_T
Bukan tolak rezeki, tapi dah sebok sgt. Kalau sorang je yang mintak takpe lagi,1 minggu repair 5 pc yang aku taktau pe rosaknya. Perghhhh,penatt.
(more…)

Search
Chat Chot


FeedBurner RSS



Page 2 of 212

Copyright © 2012 TengkuAizat ^_^. Search Engine Optimization by Star Nine. Distributed by Wordpress Themes

Creative Commons License
Blog Tengku Aizat is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.
Based on a work at www.tengkuaizat.com.