10 Kakitangan Sekolah Yang Korang Wajib Ngam

Carta Pentadbiran Sekolah

Mungkin ada orang yang tak berapa setuju dengan post gua kali ni,tapi ini lah hakikat kalau korang kat sekolah tu bukan budak nerd yang disayangi semua guru. Budak budak yang ‘tak jahat tapi nakal‘ macam gua ni perlu sokongan yang kuat kalau nak selamat dalam sekolah.
Haha,budak ‘tak jahat tapi nakal’ ni banyak dalam sekolah berbanding budak ‘yang memang mangkuk jamban’.

Makhluk² mangkuk jamban ni memang bodoh,dah tau diri tu ‘line panas’ dalam sekolah jangan la bagi cikgu² dapat point besar tuk tendang diaorang dari sekolah. Punyalah mangkuk! Mungkin memang diaorang taknak sekolah dah kot,nak buat macam mana kalau dah mangkuk tu mangkuk la jugak. Memang tak dapat nak tolong dah.

Geng bas sekolah ‘tak jahat tapi nakal’ macam gua ni boleh dikatakan 50-50 antara selamat dan tidak dalam sekolah ni. Maklum aje laa bukan semua cikgu leh  co-op dengan budak ‘tak jahat tapi nakal’ ni.

Bagi mengelakkan diri dalam bahaya, bebudak ‘tak jahat tapi nakal’ perlu support yang kuat dalam sekolah untuk menyelamatkan dan menyembunyikan kegiatan nakal diaorang.

[1.jpg]

Itulah tujuan post ni keluar, untuk bagi senarai kat korang tentang 10 Kakitangan Sekolah Yang Korang Wajib Ngam.

Okay,mari kita mulakan.

.
.
Pak Guard Sekolah

  • Kalau dah kawteam dgn Pak Guard sekolah,banyak benda leh selamat. Gua memang kerap datang lewat,jadi kawteam dengan pak guard memang satu keperluan. HAHA. Kalau tidak dah lama surat merah suruh tukar sekolah dah lama sampai rumah,hehehe.
  • Pak Guard jugak penting untuk segala urusan ‘gelap’ kita dalam sekolah.
    Contoh terbaik adalah rokok,tapi gua tak pernah jadi dealer rokok sebab gua tak hisap. Hehe,masa form 3 gua la tokan mercun terbesar sekolah. Apa punya bebal member gua pi bakar mercun dalam kelas,terus ada spotcheck. Mercun gua tak kantoi,yang kantoi mercun bebudak lain. Hahaha,pengawas ingat gua bodoh ke ape. Macam² depa buat nak suruh gua ngaku,pigirahhh. Tak pandai saiko,last² orang yang menyoal gua tu kepanasan. Haha.
  • Lari dari sekolah (fomerly known as PONTENG KELAS)
    Gua takde la selalu ponteng kelas macam budak budak kategori nazak ni,asal lepas rehat je hilang. Gua ponteng bila perlu je,haha. Gua pernah ponteng sekali lepas rehat balik terus rumah sebab kelas gua memang kompem takde cikgu sampai balik. Masa tu semua cikgu sibuk pi kursus + semua subjek dah habis syllibus. Dengan adanya pak guard,gua tak perlu panjat memanjat pagar sekolah ikut hutan belakang yang penuh dengan ranjau berduri dan ular! Keluar ikut pagar besar beb,selambe! haha.
  • Sekolah gua pernah buat undang undang gila,semuanya disebabkan pengetua yang datang bulan walaupun umur dah menjangkau 60 tahun.
    Tiap² hari perhimpunan start 7.20am. Pagar tutup utk bacaan doa lepastu bukak balik sehingga 7.30am. Siapa yang datang selepas 7.30 am akan ditahan.
    Hari pengetua period,perhimpunan start 7.15am. Siapa yang datang 7.16am keatas tidak dibenarkan masuk ke sekolah. Ibu bapa dikehendaki datang mengambil anak² malang diaorang untuk dibawa pulang. Cuba korang bayangkan,ada budak cina ni duk ampang. Mak Bapak dia dah pi kerja,lambat 2 minit je dah kena halau balik. Punya la ramai mak bapak bising hari tu. Agak² la kalau nak mendisiplinkan pelajar pun,akai takda ka? Ada ke undang² sedemikian rupa? Gua ingat nak report kat Jabatan Pelajaran + TV3 je. Baru menggelupur pengetua tu.

.

Makcik Kantin

  • Makcik Kantin amat penting apabila pihak sekolah mengeluarkan arahan² lahabau yang menyebabkan gua takleh makan. Adoy.
    Sekolah cakap pengawas takleh rehat selepas rehat habis. Ok fine,rehat 10.50am. Gua keluar kelas 10.50am,gua bertugas sampai habis waktu rehat 11.10am.
    So masa bila gua nak makan? Jeng jeng jenggg,inilah gunanya makcik kantin.
    ‘Pssss,makcik! Simpankan saya 2 mangkuk bihun sup,lepas rehat saya amik’. Haha,port gua selalunya blakang bengkel. Dah banyak nyamuk jadi mangsa gua masa gua lepak blakang bengkel tuh,haha.
  • ‘Makcikk,mcm biasa yea, buh ayam selagi boleh masuk dlm mangkuk tu,hehe.’ Kenyang gua :D

.

.

Cikgu ICT

  • Gua dapat full access ke lab computer sebab dapat cikgu ICT yang kawteam. Gua peduli apa junior gua buat kat lab computer,taruk keylogger pe jadah semua. Igt gua bodoh ke hape? Adoiyai,janji gua dapat access lab computer bila bila pun. Senang nak buat kerja. Sayanggg cikgu Hawa,hahaha.

.

.

Makcik Bookshop

  • Air free
  • Photostat free
  • tengok anak dia free

.

.

Cikgu Chemistry

  • Bila ko sakit ade je ubat,haha

.

.

Cikgu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

  • Tak perlu gua hurai panjang²,budak lelaki memang suka main bola. Sekolah pulak tak suka budak main bola je tiap tiap minggu. Nak seimbang la konon pendidikan kesihatan dan pendidikan jasmani. Dengan adanya Cikgu PJK nih,bebudak leh layan bola sampai lebam.

.

.

Ketua Pengawas

  • Gua tau ramai yang tak boleh buat benda ni. Gua pun susah gak mau satu kepala dengan Ketua Pengawas ni,tapi menyedari kelebihan yang ada kalau gua ngam nan dia,gua pasrah. Haha,sekarang bukan main ngam lagi. Segala perbuatan antara kami hanya geng kami je yang tau,ni la bagusnya ketua pengawas gua.
  • Cable dia dengan pengetua juga selalunya besar,jadi gunakan cable yang ada :D

.

.

Cikgu Disiplin

  • Lesen paling berkesan kalau nak masuk kelas lambat.
  • Biskut free
  • Pen free
  • Liquid Paper free
  • Tali Pinggang Timberland Original free
  • Cincin free
  • Gula Gula free
  • Semua yang free,hasil rampasan pengawas :P
  • Merit free~~

.

.

PK Hem

  • Korang suka keluar sekolah? Nak request ape2 tuk event sekolah? Berbaik baik lah dengan PK Hem ye

.

.

PENGETUA!

  • Sponsorship?
    Takde hal la. *bergantung kepada kedudukan kewangan poket pengetua*
    Team robot gua pernah di sponsor sehingga RM5000++ sebab kitaorang pioneer dalam bab robotik ke pertandingan ni. Sape tak suka kan? Barang semua baru,khas utk team gua. Haha,1 team 3 orang je lagipun ^_^
  • Banyak buat hal?
    Takde hal la. *kemampuan utk berlakon sedikit sangat penting disini*
    Gua ade kes mercun,orang lain kantoi pastu petik nama gua as dealer mercun,haram betoi. Tapi pengetua time tu mmg ngam dgn gua,so sebelum gua kena tendang sekolah,gua berpakat dengan bapak+member² gua. Pengetua call bapak gua,bapak gua marah marah,gua buat muka sedih + air mata romantik,member² datang pujuk,gua lepas. HAHAHAHAHAHAHH! Member gua pun bodoh gak, boleh nak tergelak depan pengetua,tak professional langsung nak berlakon. Keluar je pejabat sekolah,semua ketawa besar hahaha. Kenangan tu,hee….
  • Ditentang dalam sekolah?
    Dulu gua ade join team zapin,tapi gua tak minat pun. Masuk pun sbb cikgu roz******* ketot  janji macam2,nak bagi sijil la ape la. Dah 4 tahun gua kat sekolah tu,paper sijil tak pernah nampak pun. Tapi tu bukan masalah,dulu team zapin gua dikritik keras oleh MAJORITI cikgu cikgu sekolah. Sebab? Diaorang cakap laki dan perempuan duk menari same same tak elok. Adoy,team menari ni bukan menari zapin je,macam2 lagi la. Ade ke tarian kebudayaan yang takde menari lelaki perempuan?
    Bebal,belajar tinggi tinggi bodoh bertingkat tingkat. Bukannya gua pi duk cium2 pompuan pun time menari tu,siap ada gap,jauh lagi antara lelaki & perempuan. So gua rasa takde masalah,lagipun menari utk wakil sekolah jugak,bukan saje saje.
    Dalam meeting cikgu²,disebabkan pengetua ngam dgn kitaorang + dia pun bekas penari tak silap gua, so pengetua berpihak kepada kami. Haha,lepas tu dah takde bunyi² tungau pasal tarian ni dah. Depa dah kena sound kot.

Siriusli,pengetua kami memang baik. Tapi sampai tang beberapa perkara,dia keterlaluan. Kan Datin Panglima Zavirah? :smile:

So kepada junior² gua,kalau nak selamat+aman+selesa dalam sekolah,sila ikut tips ni.
Terima kasih:up:

p/s : Banyak gila open house.
pss : Esok jamuan raya seperti tahun² lepas di sekolah,gua mesti pergi. Junior banyak hawt,rawrr!
psss : Cikgu disiplin ade blog? haha

http://2.bp.blogspot.com/_dq3_4kpRdy8/SDZNikt3TbI/AAAAAAAACI0/th-pJ3lo5IM/s400/budak%2Bsekolah.PNG

Aku suka baju seragam budak perempuan,HAHA!

Random Posts