South Africa World Cup
Mandela : Emas siot, meh nak geletek sket piala elele timang timangg.

Pagi tadi telah berlangsungnya game EPL antara MU dan Portsmouth. Gua sedikit kecewa sebab walaupun MU menang 5-0, tapi rooney hanya sumbat 1 gol bersama sama berbatov cocktail. Jatuh lagi point fantasy gua. Lagi 3 gol disumbat pemain Portsmouth sendiri khas untuk hari kekasih yang bakal tiba tidak lama lagi, sungguh gay… Tetapi konspirasi untuk menjatuhkan Chelsea tidak akan pernah berjaya,takkan.

Teeeett, *wakeup call*

Apasal starting dah mabuk?

Gua sure tak ramai kenal Subkhiddin ni, meh sini gua nak perkanalkan.
1996 -2000 = Pengadil FAM
2000~ sekarang = Dinaiktaraf sebagai pengadil FIFA.

Subkhiddin Mohd Salleh, dia adalah antara pengadil bolasepak elite Malaysia yang berpengalaman mengadili beberapa perlawanan besar seperti U-20 World Cup, Asian Cup dan beberapa lagi perlawanan yang sememangnya berprestej.

Dan berita terbaru, Subkhiddin Mohd Salleh telah tersenarai sebagai pilihan untuk menjadi pengadil utama piala dunia (South Africa World Cup 2010) yang akan berlangsung pada Jun ini.

Keputusan akhir tentang pemilihan pengadil ini bakan diketahui Mei ini apabila Subkhiddin berjaya di dalam ujian seminar dan penilaian lain yang perlu jalani.

Setakat ini belum ada mana mana pengadil dari Malaysia yang layak menjadi pengadil utama piala dunia. Yang ada pun cuma jadi pembantu pengadil. So mari la kita sama sama doa buat yang terbaik untuk Subkiddin, seorang guru dan juga pengadil yang fames di rantau Asia.

Nak tengok macam mana rupa Subkiddin?

Asian Cup 2011 Qualifying Indonesia vs. Oman

Portsmouth



U-20 World Cup Portugal vs. Chile

Video macam haram, haha. Gua gelak je tiap kali tengok video2 ni.
Pengadil Malaysia dah preselect utk World Cup, Player Malaysia bila lagi? :P

Posts yang berkaitan